Halaman

Ahad, 26 Februari 2017

Resepi Macaroni Salad Mudah

Haii, teringat pula zaman sekolah menengah dulu .. hihi Terflashback tauu ! Dulu asal Raya Aidilfitri , majlis perpisahan guru, majlis hujung tahun dan majlis asrama selalu kan buat makan-makan ? yang paling bikin pening .. Saya tinggal hostel then think apa makanan yang patut dibawa .. seperti sedia maklum student asrama tak boleh masak right dalam asrama . Yang da pun cuma cerek karen ( water heater ) sahaja.

Fikir-fikir terdetik dalam hati mahu buat makaroni , ini slah satu favourite food . haha kalau boleh tak pandang sudah makanan lain . Jadi plan la sama kaan-kawan , kumpul duit then beli bahan-bahan.

Ok kita go through untuk resepi dan bahan-bahan makaroni legend ciptaan budak asrama ^_*.

Bahan-bahan ;-
1. Makaroni
2. Susu manis
3. Mayonis
4. Buah-buahan dalam tin ( suka hati mahu campur-campur atau sejenis punya saja ) kalau mahu jimat bajet boleh beli buah & kupas sendiri .. hihi
5. Sedikit garam

Step #1
-Kita rebus terlebih dahulu makaroni sampai agak-agak lembut. Jangan lembut sangat sampai hancur nanti tak sedap. Oleh kerana dulu di asrama cuma ada water heater apalagi kami hanya rendam makaroni dalam air panas hahaha .. kesiaan kalau ingat masa ni . Tapi makaroni tetap masak tau .

Step #2
-Biarkan makaroni sejuk sedikit , sebab kita nak letak mayonis , kalau letak time dia panas-panas mayonis akan cair jadi tak sedap .. So, biarkan dalam 5-10 minit then masukkan mayonis + sedikit garam + susu manis + buah-buahan ( kuantiti agak-agak makaroni yang orang buat ya .

Step #3
-Gaul makaroni tadi dengan semua bahan-bahan, lepas tuu korang rasa sedap ke tidak .. then jangan dulu makan tauu~ kita simpan dalam peti sejuk 1 jam atau 2 jam agar makaroni sejuk dan sedapp ! Dulu petisejuk pergi dewan makan dan minta aunti tolong simpankan dalam peti sejuk ,,haha nasib baik aunti baik tauu~

Nah, kamu budak asrama yang pening-pening mahu buat makanan bawa pergi majlis sekolah should try this .. hihi ehh~ yang baca entri ne pun sangatlah digalakkan buat resepi ne tau .. mudah macam makan kacang kan ? susah lagi makan kacang sebab mahu buka kulit hahah sampai sekarang kalau ada kawan-kawan mahu buat makaroni mesti mesej tanya saya macamana , wow angkat bakul sendiri nampak ..haha .

Sekian perkongsian resepi dari saya , Hope anda semua enjoy ^_*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan