HARI PERTAMA JUAL ROTI JOHN, LAKU 3 BIJI
Ya, hari pertama aku mula berniaga Roti John di bazaar Ramadhan, cuma terjual 3 biji sahaja.
2 biji abah aku yang beli, dan bila balik rumah aku lah yang makan Roti John yang aku sendiri jual petang tadi. Maknanya kalau abah aku tak datang bazar hari itu, sebiji sajalah yang terjual.
Malam tu lepas solat terawih aku termenung. Esok nak berniaga ke tak.
Masa itu masih bujang, baru lepas grad. Ada masa sebulan lebih sementara tunggu panggilan interview dari syarikat oil and gas. Kebetulan pula tiba bulan Ramadhan. Aku buat keputusan untuk jual Roti John di bazar dengan niat; nak belajar berniaga, memerhati perangai manusia, dan cari duit modal untuk bayar sewa rumah & duit makan sebelum dapat gaji pertama bila mula bekerja nanti.
Hasil untung berniaga online dan berniaga di kampus, aku buat modal untuk beli kuali burger, dan bahan-bahan mentah. Dapur tungku, meja lipat, tong gas; ambil yang sedia ada di rumah.
Tapak gerai –tumpang lot gerai nasi kerabu sepupu aku, dia ni bekas Chef di PELANTAR MINYAK, dan pakar buat FRUITS CRAVING. Kau nak ukir muka Najib pun boleh.
Esoknya, hasil daripada merenung renung, aku pun ubah strategi sikit:
[Harga] Dari RM2.50 (harga standard untuk Roti John pendek) > Turun jadi RM2.00 (bazar depan HUSM, ramai pelajar universiti. Harga sesuai dengan market Kelantan)
[Signboard] Tulis dengan pen atas kertas minyak – kecil > Print tulisan hitam atas kertas putih – besar
[Tagline] Tak ada > Tulis dalam signboard “Maghi try skali” (Datang cuba sekali)
[Promosi] Tak ada - senyap > Bila orang lalu, buat macam lelong barang
Alhamdulillah, pada hari-hari seterusnya, tak kurang 50 biji sehari. Ada masa 70 biji. Ada masa boleh balik awal sebab stok habis. Ada masa, berbuka puasa dengan peniaga-peniaga lain di bazar dan bertukar-tukar makanan yang tak habis dijual.
Ok lah masa tu. Belum ada anak bini nak tanggung.
Ada satu hari di penghujung Ramadhan, hujan + ribut melanda bazar. Ada khemah yang senget, terbang. Ada kuali berisi minyak terbalik. Ada makanan yang kebasahan. Aku turunkan payung untuk lindung kuali dan semua barang-barang mentah. Lepas ribut berhenti, payung naik semula dan hari itu stok Roti John aku habis walaupun peniaga lain terpaksa balik awal.
--
Kenapa ada orang jual kek laku 15 biji sehari. Tapi jualan kek Anis Chocolate Moist Cake di outlets Mydin saja lebih 47,000 pcs (rekod jualan 2014: Sumber dari blog http://anischocmoistcakeofficial.blogspot.my).
Makcik Minah jual nasi kerabu laku 60 bungkus sehari di tepi jalan. Tapi Nasi Berlauk Air Dingin terjual berapa ribu bungkus sehari di seluruh negeri Kelantan? Mereka ada pekerja lebih dari 10 orang, dan pagi-pagi buta terus export melalui kapal terbang untuk dibuat sarapan oleh pekerja di KL / Selangor.
*
Hukum sunnatullah – berniaga dengan strategi yang betul akan menjadi asbab kepada kejayaan. Kita mungkin tak akan dapat untung RM1 juta dengan menjual pen berharga RM1.50 sebatang di pasar malam. Tapi kalau jual pen berharga RM4,000 sebatang kepada 1,000 orang yang tandatangannya bernilai RM50,000 sekali toreh?
Sambil jual Roti John, aku belajar banyak faktor yang menjadi asbab kepada masuknya duit ke dalam poket kita (Duit yang kita dapat tak semestinya menjadi rezeki kita. Contohnya untung berniaga RM100; kena curi RM90, atau bagi sedekah/zakat kepada orang lain RM80).
Asbab makanan yang dijual laku keras:
Sedap – resepi bagus, bahan berkualiti (ayam fresh, tak busuk)
Servis bagus – cara melayan pelanggan, bahasa yang digunakan, servis after-sale tiptop.
Lokasi betul – tempat laluan orang, mudah parking, lokasi mudah dijumpai.
Harga berpatutan – tak ‘sembelih’ pelanggan, harga setimpal dengan kualiti servis.
Marketing – promosi meluas, tepat kepada sasaran, guna tools yang betul.
Branding – bina imej, tingkatkan keyakinan pelanggan, profesionalism.
Packaging – menarik, kemas, lain daripada yang lain, bersih dan selamat.
Selesaikan masalah pelanggan (Contoh: Roti John sesuai untuk orang yang bosan makan nasi, tak nak makan berat tapi mengenyangkan).
Strategi berniaga – banyakkan channel, ejen, gerila marketing.
Dan banyak lagi faktor lain
Semasa aku berniaga Roti John, ada seorang dewasa (aku agak berumur 40-an) berniaga air dan kerepek. Mungkin dia jadi peniaga jalanan sejak muda. Disebabkan aku datang berniaga untuk belajar, aku kerap memerhati sekeliling dan dapati tak ramai pengunjung bazar yang beli air dari gerai dia.
Kenapa? Mungkin…
- Warna air hambar, tak menarik.
- Tak ada signboard/label air perisa apa dan harga
- Promosi tak ‘gila-gila’ macam orang muda jual air di gerai lain
- Tak ada signboard/label air perisa apa dan harga
- Promosi tak ‘gila-gila’ macam orang muda jual air di gerai lain
Ada satu masa anaknya (aku rasa, umur dalam lingkungan sekolah menengah) datang dengan motosikal, minta duit (nak isi minyak kot). Bayangkan macam mana orang kampung berniaga, pakai van uzur, untung tak berapa banyak (apa yang aku perhatikan), dan anak pula datang minta duit. Tengok wajah dia pun kesian...
Tapi,
Masuk waktu Asar, dia terus naik pasaraya di sebelah bazar untuk pergi solat. Aku pernah jumpa dia di masjid, dan di Medan Ilmu KB.
*
Berniaga; betul betul bergantung kepada rezeki dari Allah – jiwa lebih dekat kepada Allah.
Orang berniaga (terutama peniaga jalanan), setiap hari, setiap masa akan berdoa supaya Allah murahkan rezeki dan gerakkan hati orang yang lalu lalang supaya membeli makanan / barangannya. Kerana itulah sumber rezeki mereka untuk menyuap nasi ke mulut isteri dan anak-anak.
Orang berniaga, LEBIH DEKAT kepada Allah = Power
Orang berniaga yang untung banyak, LEBIH-LEBIH-LEBIH DEKAT kepada Allah = Power Gila
Orang berniaga, JAUH daripada Allah = Rugi
Orang berniaga yang untung banyak, SEMAKIN JAUH daripada Allah = Rugi
Berniag, ada masa naik dan masa turun. Berniaga, boleh jadi ASBAB untuk iman kita terus naik dan naik. Semoga perniagaan, menjadi asbab untuk kita menjadi hamba yang semakin dekat kepada Tuhan nya.
P/s:
Orang makan gaji dalam syarikat swasta pun hakikatnya berada dalam kitaran perniagaan. Cuma kerjanya ialah memastikan perniagaan tokey nya berjalan lancar.
SHARE dan TAG kawan-kawan anda yang berniaga. Semoga kita dimurahkan rezeki di zaman gawat ini.
___________
Caption gambar:
Caption gambar:
Satu-satunya gambar yang ada.
Gambar dirakam oleh Almarhum Saeed Bin Mohamed Saeeddov, kawan se-universiti yang berasal dari Somalia, menetap di Mekah, kahwin dengan orang Kelantan. Dia dan isteri meninggal dunia dalam satu kemalangan bas semasa dalam perjalanan balik ke Kelantan.
Pakai kopiah tu bukan sebab alim ke apa. Tapi memang syarat berniaga makanan kena tutup kepala.
Kredit Story To : Mohd Hafizul Helmi
terima kasih atas perkongsian ikhlas.memberi inspirasi kpd orang lain
BalasPadamterima kasih atas perkongsian ikhlas.memberi inspirasi kpd orang lain
BalasPadamTips abang ni memang power
BalasPadamBagus. Banyak pengajaran boleh ambil dari post ni. Thanks.
BalasPadamPerkongsian yang bagus.
BalasPadamSemua orang boleh berjaya tapi usaha kena ada.. Thanks perkongsian ni..
BalasPadamTersentuh dengan ayat berniaga boleh jadi asbab iman kita naik dan terus naik. Semoga apa yg kita usahakan diberkati oleh Allah. Aamin
BalasPadam