Pernah tak korang bertapa dalam tandas 30 minit atau lebih lama lagi ? sebab mengalami masalah sukar untuk membuang air besar kerana najis yang keras . Keadaan ini dinamakan sembelit dan amat menyeksakan bagi sesiapa yang mengalaminya kan ? Saya sendiri juga pernah mengalami masalah ini. Namun ianya dapat diatasi sekarang.
Apa itu sembelit ?
-Sembelit bukanlah penyakit. Ia adalah berkaitan dengan sistem usus pembuangan kita. Selalunya orang yang menghidapi sembelit kurang membuang air besar (kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu ). Selain itu , najis yang dihasilkan juga keras dan anda terpaksa meneran semasa membuang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga ,,hihi . Seterusnya rasa tidak puas walaupun setelah selesai membuang air besar dan sanggup duduk lama didalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar. Akhir sekali, penghidap sembelit akan berasa perut kembung, kejang atau sakit tetapi sukar untuk najis keluar.
Punca sembelit .
-Kurang minum air.
-Kurang pengambilan serat.
-Selalu menahan diri dari membuang air besar atau bertangguh-tangguh.
-Kurang bersenam atau kurang pergerakan tubuh badan terutama warga tua.
-Sembelit yang berpunca dari perubahan hormon terutama sekali ketika mengandung. Perubahan hormon progestron yang tinggi ketika mengandung akan meregangkan otot-otot menyebabkan keadaan sembelit. Bukan itu sahaja, janin yang menekan bahagian usus juga akan menyebbkan sembelit.
-Otot-otot perut dan usus menjadi semakin lemah disebabkan peningkatan usia.
-Ubat-ubatan ang diamalkan.
Bahaya dan komplikasi Sembelit.
-Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau anal fissures ( koyakan pada kulit disekkeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot sphinchcter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, dimana darah kelihatan di permukaan najis.
Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot sphinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).
Cara mengatasi sembelit .
-Pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ramai terasa sukar untuk minum 3 liter sehari, cara mudah untuk minum air sebanyak itu, dengar signal tubuh badan anda. Apabila terasa dahaga, terus minum air dan dalam masa yang sama perhatikan warna air kencing anda. Jika ianya berwarna kekuningan, perbanyakkan minum air.
-Banyakkan makanan serat seperti bijirin, gandum , sayur-sayuran dan buah-buahan.
-Kerap melakukan senaman bagi meningkatkan kadar metabolisme dan sekaligus melancarkan proses penghadaman.
-Lastly, the most important is jangan malas ketandas ..haha
Terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat ^_*..
Sakit betul bila sembelit. Perut pun jadi tak selesa. Cegumanes akan pastikan setiap hari untuk membuang di wakt pagi. Lega rasa bila dapat membuang.
BalasPadammemang x best klu sembelit.rasa bloated!
BalasPadambetol tu bila kita sembelit memang menyeksakan...lebih baik kita jaga dan amalkan supllmnt shaklee..tak rugi malah menyihatkan badan..
BalasPadamfirst time kena sembelit teruk masa dalam pantang anak pertama..seksanya berjam-jam di dalam tandas..sekarang alhamdulillah, dah ada solusi untuk elak sembelit.
BalasPadamSaya risau klu trkena sembelit..sbb sya pernah kena dh..huhu berjam2 d dlm tandas..syukur ada suplemen shaklee yg membantu mnyelesaikn mslah sembelit
BalasPadamInfo yg bmanfaat.tq for sharing
BalasPadam