Halaman

Khamis, 2 Mac 2017

Resepi Udang Buttermilk Mudah ..

Selamat petang dan salam sejahtera .. Ada yang tengah fikir menu mahu masak untuk makan malam ka ? Sini-sini saya share resepi buttermilk yang sangat mudah ~ hihi

Sebenarnya lama sudah teringin mahu makan udang buttermilk, asal pergi kedai makan diluar lupa pula order .. ahaha tau bah tu kan kenapa , sebab dalam otak mahu juga makan yang lain.. Nasib baik la pula ada udang dalam peti sejuk boleh buat sendiri kan ? Tak membazir .. kakakah

So, mari kita terus lihat apa perlu kita sediakan dan bagaimana untuk masak . Ini resepi untuk 2-3 orang makan yaa~ boleh kamurang tambah sendiri bahan-bahan kalau ramai-ramai makan..

Bahan-bahan :
Udang (500gm mahu lebih pun boleh ) 
Tepung Jagung ( 1 sudu makan )
Tepung Serbaguna *sebagai tambahan saja, kalau tak letak pun takpa
Daun kari ( dalam 20 helai )
2 Ulas Bawang Putih
Mentega ( 3 sudu makan )
Susu Cair ( 1/2 tin ) *boleh juga guna susu segar cth: dutch lady 
Garam 
Secukup Rasa / Ajinamoto


Cara memasak : 

#Step 1
-Cuci bersih udang . Kalau rajin boleh kopek sekali kulit udang supaya senang bila masa makan .. hihih tapi saya malas nak kopek ^_* .. Setelah itu , campurkan udang dengan tepung serbaguna. Contoh tepung yang saya guna .. saya sangat suka guna tepung ne sebab dia ada rasa pedas-pedas ..hihi so, saya tak perlu la tambah cili dalam kuah buttermilk nanti .


#Step 2
-Goreng udang sehingga kekuningan, Kemudian ketepikan seketika.


#Step 3
-Panaskan kuali, boleh juga guna kuali bekas kita goreng udang tadi .. Masukkan 2 sudu minyak masak dan tambah mentega 3 sudu tadi ..Setelah mentega cair masukkan pula daun kari dan bawang putih yang dicincang halus, setelah daun kari dan bawang putih agak garing macam dalam gambar .. Tambahkan susu cair tadi .. Dan biarkan mendidih, jangan lupa letak garam dan secukup rasa. . Tips :- Perlahankan api semasa susu cair dimasukkan .


#Step 4
-Setelah susu cair tadi mendidih bolehlah korang tambah tepung jagung.. Tapi sebelum tu, bancuh dulu tepung jagung dengan sedikit air .. Ini untuk memekatkan kuah buttermilk kita ~


#Step 5
-Setelah kuah buttermilk pekat, boleh lah masukkan udang yang telah kita goreng tadi kedalam buttermilk .. Gaul dalam 2 minit kemudian tutup api .. Sedia untuk dihidang dan dimakan ..

Senang dan mudah kan ? Mesti cuba resepi ne .. memang gerenti tambah nasi bila makan .. hahaha, ok sekian perkongsian resepi daripada saya, semoga bermanfaat untuk semua ..

Terima Kasih. Luv Jesz .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan