Sabtu, 15 April 2017

Resepi Karipap Inti Kentang

Lama suda teringin mahu makan karipap, tapi asal pergi ke kedai, kuih selalunya dah habis. So, kita merajinkan diri untuk membuat karipap sendiri dirumah~ hehe Dan inilah hasilanya. Dibawah ini saya ada kongsikan resepi untuk anda buat sendiri dirumah :)

Bahan-bahan :

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan mentega 
  • Kentang 3 biji
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Kari ayam 3 sudu makan
  • Air 1/2 cawan
  • Garam sedikit
  • 200Gram isi ayam (Tambahan)
Cara Memasak :

Inti Karipap
  • Buka kulit kentang, dan rebus kentang sehingga lembut.
  • Saya tambah isi ayam cincang dalam 200gram .
  • Setelah kentang lembut, potong dadu.
  • Hiris bawang putih dan bawang merah.
  • Panaskan minyak dalam 2 sudu makan, dan masukkan bawang putih dan bawang merah.
  • Apabila bawang agak garing, masukkan serbuk kari yang dicampurkan dengan sedikit air, agar kari menjadi pes.
  • Setelah itu, masukkan kentang yang telah dipotong dadu diikuti dengan ayam yang telah dicincang.
  • Masukkan air sedikit dan tambah perasa. Masak dalam 10 minit agak-agak isi ayam dah masak dan ketepikan seketika.
Cara buat kulit karipap
  • Sediakan tepung gandum didalam sebuah bekas tahan panas.
  • Panaskan mentega didalam kuali sehingga cair. Bila mentega dah cair tuangkan mentega tersebut kedalam bekas yang ada tepung gandum tadi. 
  • Setelah itu, sebatikan tepung gandum dengan mentega. Kalau tak tahan panas boleh gaul guna sudu dulu. Bila mentega agak-agak sejuk boleh la diuli menggunakan tangan.
  • Setelah mentega dan tepung gandum sebati, masukkan air sedikit demi sedikit agar doh tidak terlalu cair. Uli sehingga doh tidak melekat ditangan.
  • Lepas tu, boleh lah start mengkelim karipap. Kalau tak berapa pandai kelimkan karipap, anda boleh cari acuan buat karipap.
Dah siap, boleh lah buat untuk minum petang atau sarapan bersama keluarga. Sekian terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan