Selasa, 20 Jun 2017

Resepi Fish Cake Homemade. Sangat Mudah .

Anda suka guna fish cake untuk dimasukkan dalam campuran sayur ? Anda harus cuba resipi fish cake home made ini. Mudah je cara pembuatannya. Boleh buat stok banyak-banyak.


Bahan- bahan :

  • 500gm isi ikan tenggiri segar
  • 3 sudu kecil (menggunung) tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam (nanti masa sudah siap blend, cuba rasa, dan jangan masin sangat ya~ sebab nanti masa fish cake sejuk lagi masin).
  • Sedikit aji na moto (terpulang mahu letak atau tak)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 cawan air sejuk (air yang sejuk dari peti sejuk)
** Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan fish fillet. Tapi jangan masukkan air ya sebab dalam fillet sudah ada kandungan air. Jadi abaikan sukatan air.

Cara Memasak :

1. Ambil isi ikan tenggiri sahaja. Buang kulitnya. Kisar halus menggunakan food processor atau tumbuk.

2. Kemudian masukkan sedikit air sejuk. Kisar lagi dan masukkan garam, serbuk lada sulah dan ajinamoto(ajinamoto adalah optional, boleh abaikan jika anda tidak suka). 

3. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar lagi sehingga rata.

4. Sebelum itu, panaskan periuk kukusan dan loyang empat segi. Jika tiada loyang, boleh gunakan bekas lain yang tahan panas.

5. Masukkan adunan ikan tadi ke dalam loyang yang telah dialaskan dengan plastik terlebih dahulu. Ia bertujuan bagi memudahkan proses mengeluarkan fish cake dari loyang.

6. Ratakan adunan fish cake serta padatkannya. Sapu sedikit minyak di jari dan licinkan permukaan kek ikan tadi.

7. Masukkan kedalam pengukus dan masak selama 15 minit atau sehingga masak.

8. Setelah masak, terbalikkan dan potong kecil-kecil menyamai bentuk fish cake yang dijual dikedai.

9. Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba semua:)











6 ulasan:

  1. Terimakasih ye jes share resipi
    Lepas ni boleh lh try buat sendiri...

    BalasPadam
  2. Wahh. Menarik ni. Kalau buat sendiri mesti lagi sedap dan fresh kan?hihi.. tq.. inshaaAllah akan try nanti

    BalasPadam
  3. Bestnya resipi ni. Kak Aya mmg jenis beli fish cake sbb anak-anak suka makan. Lepas ni bolehlah buat sendiri. 😍😍

    BalasPadam
  4. Mudahnya! Boleh cuba ni. Thankss

    BalasPadam
  5. Mudah juga rupanya nak buat fishcake ni..nanti boleh try buat ni.

    BalasPadam
  6. Eh senangnya resepi!

    Nak cubalah lepasni!

    😍😍😍

    BalasPadam