Jumaat, 23 Disember 2016

Insiden yang mengejutkan..

Haii..  

Macam lama kita tak mencoret kat blog kan??  Sebenarnya Jesz busy sedikit sebab mak balik ke kampung halaman kan.  Tak sempat nak update blog.  

Ok , sesampai di Sabah ada pula insiden yang berlaku . Bak kata pepatah "malang tak berbau " huhu..  

Penerbangan saya dan suami adalah pada jam 10.15 malam pada 20hb Disember.  Jadi kami telah bertolak dari rumah ke airport lebih kurang jam 5 petang , sebab rumah jauh sikit dari airport.  Pada jam lebih kurang 6.30 petang sampai la saya dan husband di airport KLIA. So,  kami pun check in bag dan tiket untuk cari seat.  

Dipendekkan cerita,  jam 1.30 pagi kami selamat sampai ke KKIA SABAH.  Dan family sebelah husband pun jemput la kitaorang guna 2 kereta.  Satu produa Bezza dan satu lagi hilux Vigo . 

Lebih kurang 10 minit perjalanan ,tiba-tiba kemalangan yang tak terduga pula berlaku 😩 syukur semua selamat.  Tapi kejadian itu sangat mengerikan.  Sini Jesz bagi gambar kemalangan untuk korang tengok.  

Ini kejadian yang menimpa kami sewaktu tiba di Sabah.  Huhu.  Sangat trauma..  tapi syukur Tuhan itu menyertai..  

Disini Jesz nak pesan,  kalau nak balik kampung hati-hati yee semua.  Kita tak dapat nak duga apa kejadian yang berlaku . 

Coretan Jesz. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan