Khamis, 30 Mac 2017

6 Cara Berjimat Kalau Nak Melancong Dalam Negara


Dengan beban kos sara hidup yang makin melambung tinggi, saya kira ramai yang banyak menangguh perancangan untuk bercuti baik dalam mahupun luar negara. Namun, sekiranya anda masih mahu meneruskan niat itu, apa kata tengok 6 tips berjimat kalau nak melancong di dalam negara.
#1 Cari tempat pelancongan yang kurang popular tetapi tetap menarik.
Apa nak buat, andai kata anda perlu juga pergi bercuti pada musim cuti penggal sekolah juga, apa kata beralih angin ke tempat menarik di Malaysia yang kurang popular.

Sebenarnya banyak tempat menarik di Malaysia yang underrated tetapi boleh dikatakan destinasi yang sesuai untuk bercuti.

Percutian ke Pulau ? – Kalau sebut pasal bercuti ke pulau, memang tiada tempat lain yang bermain di benak fikiran kita samaada Langkawi, Pangkor, Redang dan Tioman. Memang benar pulau ini cantik tapi ada lagi pulau-pulau lain yang kurang popular tetapi tetap juga cantik seperti:
-Pulau-pulau di Terengganu
-Pulau-pulau di Johor
-Pulau di Sabah
#2 Pergi bercuti pada bukan masa cuti sekolah/peak season.
Seperti yang tersedia maklum, setiap kali cuti penggal sekolah je mesti berduyun-duyun orang berkeluarga nak pergi bercuti. Sebenarnya waktu-waktu sebegini ada kelemahan dia kerana:
  • Harga penginapan hotel lebih mahal daripada hari-hari biasa
  • Harga tiket penerbangan juga melambung tinggi. Tambah-tambah kalau booking last minute.
  • Super duper traffic jam dan semak dengan kenderaan di jalan raya.
  • Kena beratur panjang gila kalau nak lakukan aktiviti pelancongan, contohnya kalau nak naik kereta kabel di Pulau Langkawi, boleh tumbuh janggut jawabnya menunggu giliran.
Jadi kesimpulannya, sama ada anda susah nak ambil cuti atau tidak, disarankan sangat-sangat untuk pergi pada hari-hari biasa. Simpan cuti tahunan untuk bercuti dengan keluarga pada bukan musim percutian penggal atau musim kemuncak.
#3 Beli secara online tiket penerbangan selepas waktu malam pada weekday.
Tips ini saya sendiri pernah alami ketika membeli tiket pada lewat malam sekitar pukul 1 pagi tetapi pada waktu itu terfikir, “eh kenapa harga macam murah pulak? semalam macam mahal sedikit. “
Pada awalnya rasa macam “mungkin aku salah lihat kot”, rupa-rupanya memang harga dia jatuh selepas lewat malam. Namun atas nasiblah, kawan-kawan pun ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama ketika membeli tiket online pada waktu lewat malam.

Beli tiket pada hari weekday kerana pada hujung minggu biasanya harga lebih mahal. Kalau anda selalu guna portal Air Asia, mereka ada kemudahan filter untuk mencari tiket yang murah pada hari-hari tertentu.
#4 Clearkan ‘cookies’ di browser internet anda.
Sekiranya anda sering menggunakan sesuatu platform online untuk membuat survey dan mencari tiket penerbangan, sila clear cookies terlebih dahulu sebelum membuat tempahan tiket.
Seperti juga enjin carian Google atau Yahoo, Cookies digunakan oleh apa-apa syarikat yang ada enjin carian untuk melihat sejarah pencarian anda. Jadi, semakin banyak anda membuat carian di search engine mereka, lagi mudah mereka nak naikkan harga tiket.

Untuk clearkan cookies anda boleh menggunakan aplikasi percuma seperti CCleaner. Cara keduanya adalah dengan login dengan menggunakan icognito window di browser anda samaada di Chrome atau Firefox.
#5 Tempah penginapan awal lebih jimat.

Seperti yang tersedia maklum, kalau anda tempah penginapan lebih awal, harga yang ditawarkan kebiasaannya lebih murah. Salah satu tempat terbaik untuk mencari penginapan dan offer hotel murah adalah di Agoda dan juga Booking. 

Alternatif kedua adalah menggunakan Airbnb. Airbnb ini merupakan platform antarabangsa untuk mencari rumah homestay. Namun harus diingatkan, pemilik adalah orang biasa dan bukannya mahir dalam urusan perhotelan.
#6 Lakukan aktiviti percutian yang FREE.
Di setiap destinasi pelancongan yang anda lawati, semestinya ada sesuatu tempat menarik yang tidak memerlukan kos langsung. Dan kebanyakan destinasi percutian yang free ini lebih tertumpu kepada kawasan rekreasi seperti pantai, taman rekreasi, taman awam, pesta budaya, air terjun dan juga galeri-galeri awam.

Sila semak di ruangan menu tempat-tempat menarik di setiap negeri di blog ini dan buat kajian sendiri destinasi rekreasi yang percuma yang boleh anda lakukan kelak.

Tips untuk berjimat dengan Airbnb: Sebelum menempah melalui Airbnb, sila PM host tersebut dan mintak diskaun. Kebiasaannya kalau anda seorang yang genuine, mesra dan mempunyai reputasi yang bagus, host tanpa segan silu akan beri diskaun.
Semoga 6 tips bercuti di dalam negara ini akan memberi anda idea apa yang perlukan dilakukan untuk meminimakan pembelanjaan tetapi mendapat kepuasan yang maksima.
#JomMelancong ;)

Tips Atasi Masalah Rambut Gugur

Keguguran rambut adalah masalah normal bagi setiap wanita, tak kisahlah yang masih dara atau sudah pun beranak-pinak, kita semua tak pernah lari dari 'dilema wanita' ini.

Tidak dinafikan ramai sanggup melabur wang dengan jumlah yang besar semata-mata untuk membeli produk syampu mahal, tonik rambut, pergi membuat rawatan di salun namun masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalah rambut gugur ini. Apakah masalah ini ada kaitan dengan cara penjagaan rambut ?

Walau apapun tak perlu risau kerana harini saya akan berkongsi tips bagaimana anda boleh mengurangkan seterusnya menghalang masalah ini dari terus menghantui diri.

#1 Jangan Kerap Sikat Rambut
Please! Kalau dah tahu rambut senang gugur, jangan sikat rambut. Jika hendak sikat rambut pastikan jangan merentap rambut terlalu kuat.

Cara menyikat : Genggam sebahagian rambut lalu pegang dibahagian tengahnya dan sikat penghujungnya dahulu, barulah kemudian sikat dari bahagian kulit kepala ke bahagian tengah.

#2 Guna Sikat Bergigi Jarang

Disebabkan rambut mudah gugur dan rapuh, cuba cari sikat bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal.

#3 Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu
Ini penting! Sebelum cuci rambut, pastikan ia disisir terlebih dahulu agar kekusutan pada rambut menjadi rapi kembali. Jika anda memakai syampu sewaktu rambut kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi.

#4 Tocang Rambut Sebelum Tidur

Ini adalah tips istimewa! Orang kata tak elok ikat rambut ketika tidur, tetapi fakta itu sebenarnya salah !

Sebelum tidur,tocangkan rambut dan tarik penghujungya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak saat kepala berlaga dengan bantal malah rambut tak kusut lngsng lepas bangun tidur :)

Hasilnya, masalah keguguran rambut akan tidak seteruk dulu. Semakin kurang helaian rambut bersepah dilantai bilik. Tak percaya cubalah!

#5 Makan Makanan Tinggi Protein

Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut.

#6 Berhenti Guna Haba Pada Rambut

Haba akan mengeringkan tekstur rambut. Jika terdesak sekalipun, elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengn sendrinya.

Buat mereka yang suka menggulung rambut, guna sahaja alat roller plastik.

#7 Berhenti Warnakan Rambut

Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia dimana ia kemudian menyerap kedalam helaian rambut sehingga ke akar. Bahaya untuk kesihatan rambut.

Lebih-lebih lagi jika anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses 'bleaching'.

#8 Minum Banyak Air Putih

Minum empat hingga lapan gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut, malah menggalakkan rambut supaya cepat tumbuh!

#9 Pakai Minyak Kuatkan Rambut

Gunakan minyak natural seperti minyak kelapa atau argan untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak. Cukup lima hingga tujuh titis minyak untuk disapu rata ke seleuruh bahagian kepala. Manfaanya untuk pulihkan kerapuhan rambut, kurangkan kekusutan serta jadikan rambut bersinar dan tebal.

#10 Jangan Ikat Terlalu Ketat

Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat daripada fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat@ketat, jarakkan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya emah.

Jika anda berada dirumah, saya sarankan anda guna sahaja klip cengkam ini untuk mengikat rambut.

#11 Cuci Rambut Selang 4-7 Hari

Cuci rambut setiap hari sebenarnya tidak sihat. Sila cuci empat hingga tujuh hari sekali kerana mencuci rambut dengan kerap akan membuat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas dimana syampu akan menarik keluar minyak semulajadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tau. Elak menggosok syampu pada helaian rambut.

Untuk rambut yang berminyak, cuba guna syampu keringkan rambut kerana taktik ini lebih berkesan berbanding menggunakan air kerana rambut akan lebih banyak gugur.

Selamat mencuba tips-tips yang saya berikan ^_* .. Boleh dishare untuk kebaikan bersama :)

Rabu, 29 Mac 2017

5 FAKTOR RISIKO KANSER DARAH YANG PERLU ANDA KETAHUI

Semasa di bangku sekolah dulu, saya masih ingat ada seorang lelaki yang kelihatan pucat , tapi dia bertenaga.. Maksud saya, apabila melakukan aktiviti sukan, atau bergurau dengan rakan-rakan dia kelihatan sperti sihat dan langsung tiada sakit. Dulu, saya ingat mungkin memang dia memiliki kulit yang sebegitu berwarna pucat.

Contoh, macam kita terlalu sejuk terkena hujan, begitu la pucat muka beliau. Tapi, sedihnya waktu tingkatan 2 iaitu umur 14 tahun, kami seumur, dia telah pergi buat selama-lamanya.. Sedih bila ingat waktu tu. Tak disangka rupanya dia pucat disebabkan oleh kanser darah.

Saya waktu ne, belum tahu sebenarnya apa ini kanser darah mahupun lebih dikenali sebagai leukimia, yalah kan waktu ne masih belum nak fikir tentang apa-apa penyakit. But, suddenly saat menjadi SID Shaklee, dan ada seorang ibu yang bertanyakan vivix sesuai tak untuk anaknya yang berumur 4 tahun sebab ada kanser darah itu membuatkan saya ingin tahu lebih mendalam tentang kanser darah.

Kanser darah ialah kanser yang menyerang sel-sel yang membentuk sel darah dalam sum-sum tulang. Sum-sum tulang akan memproduksi darah putih yang tidak normal dan tak dapat berfungsi dengan baik. Dan juga sel darah putih tersebut terbentuk secara berlebihan sehingga sel darah merah yang sihat pun berkurang atau sedikit.

Secara umumnya, kanser darah ini terjadi kerana produksi sel darah putih yang terlalu cepat dan mengakibatkan banyak sel yang belum sempurna yang pada akhirnya tidak berfungsi sistem kekebalan tubuh si penderitanya.

Gejala-Gejala
Gejala-gejala yang mungkin anda boleh lihat pada pesakit mungkin agak sama dengan keadaan demam, ataupun flu biasa. Oleh itu anda harus peka melihat gejala-gejala yang terjadi seperti :

  • Letih yang berpanjangan
  • Demam
  • Menggigil
  • Sakit kepala
  • Muntah-muntah
  • Keringat berlebihan terutama pada malam hari
  • Sakit pada tulang atau sendi
  • Pembengkakan pada limfa, hati
  • Mudah menalami pendarahan
  • Muncul bintik-bintik merah pada kulit
Jika sesiapa sahaja diantara anggota keluarga anda alami gejala seperti diatas, agar segera memeriksakan diri ke doktor untuk pemeriksaan lanjut. Terutama sekali kepada mereka yang mempunyai gejala berlarutan dan tidak pernah sembuh.

Faktor Risiko
Penyebab kanser darah belum diketahui secara pasti, akan tetapi ada juga beberapa faktor yang membolehkan kanser darah ini terjadi dan sesiapa pun boleh berisiko terkena kanser ini. Diantara faktor-faktor yang mungkin boleh memicu kanser darah dianataranya seperti :
  • Faktor keturunan, jika ada antara anggota keluarga anda yang mengalami kanser darah sebelumnya, maka risiko anda terkena kanser darah adalah tinggi.
  • Kelainan genetik, seperti sindrom down.
  • Pernah menjalani pengubatan kanser. Kemoterapi atau radioterapi dapat memicu risiko kanser darah.
  • Pernah mengalami pejanan terhadap radiasi tinggi atau zat-zat kimia tertentu. Misalnya, anda pernah terlibat dalam kecelakaan yang berhubungan dengan zat kimia berbahaya atau pancaran radio aktif.
  • Merokok. Merokok bukan sahaja berisiko kepada kanser darah, akan tetapi juga mendapatkan risiko kanser lainnya.
Biasanya, bila anda mengalami gejala-gejala yang diatas, doktor akan memeriksa dahulu secara pasti adakah anda terkena kanser darah atau tidak. Contohnya,apabila terjadi pembengkakan limfa atau hati. Tentunya pemeriksaan secara teliti dilakukan untuk memastikan tahap kesihatan anda.

Ujian darah. Ujian darah akan menunjukkan kadar sel darah putih yang ada dalam badan apakah normal atau tidak. Sementara biopsi sum-sum tulang digunakan untuk memastikan keberadaan sel-sel kanser darah. Proses ini dilakukan dengan mengambil sampel sum-sum tulang belakang untuk mengetahui jenis kanser darah.

Apabila anda telah disahkan menghidap kanser darah, doktor akan memberithu anda langkah-langkah pegubatan dan juga rawatan. Diantara rawatan biasa diambil iaitu seperti kemoterapi, radioterapi, terapi biologis dan juga mungkin stem cell yang bertujuan untuk menggantikan sum-sum tulang yang sudah rosak.

Selain melakukan rawatan doktor dengan pelbagai jenis pengubatan, anda boleh juga melakukan rawatan alternatif lain untuk membantu meningkatkan lagi kesihatan anda. Diantaranya dengan mengambil vivix sebagai alternatif rawatan. Vivix adalah makanan tambahan yang sangat baik untuk kesihatan. Ia berbentuk cecair yang pekat dan tidak mengandungi bahan kimia. Ramuan vivix yng istimewa kerana terdapat pelbagai bahan yang sangat berkhasiat.

Vivix yang mengandungi adunan, fitonutrien proprietari, yang memanfaatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan yang 10x ganda lebih efektif dari hanya melambatkan mekanisme utama penuaan selular. Muscadine grape adalah anggur yang hebat satu-satunya anggur dialam ini yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkannya bagi tujuan kesihatan.

Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai didalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria.

Satu kajian yang diterbitkan dalam "Journal Of Agricultural and Food Chemistry" mendapati anggur muscadine adalah sumber terbaik ellagic acid. Elaggic acid mampu untuk menyekat penghasilan sel kanser ( menurut American Institute Of Cancer Research ). Anggur muscadine juga mempunyai 2x ganda lebh vitamin C. Hidangan 35 biji anggur muscadine memberikan 14mg antioksidan atau 23% nilai harian yang dicadangkan untuk diet 2000 kalori.

Vivix yang kaya dengan antioksidan yang tinggi dan juga mengandungi resveratrol yang baik untuk mengatasi kanser. Resveratrol dalam vivix dapat menghalang sel kanser dari merebak dan menggalakan proses membunuh sel-sel yang tidak normal dalam badan. 

Tidak salahnya anda mencuba vivix untuk bantu dalam masalah ini. Berikan vivix untuk orang tersayang., mencuba lebih baik daripada tidak sama sekali.

Anda boleh baca tentang testimoni vivix rawat leukimia disini >>Testimoni Leukimia Rawat Dengan Vivix Shaklee<<

Belian secara online guna kad kredit/debit >>"Beli Vivix Sekarang "

Ikut sahaja langkah yang diberi, Web belian adalah selamat dan dilindungi. Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang vivix anda boleh hubungi saya Jesnah Joseph (0148645784).

Selasa, 28 Mac 2017

Testimoni Leukimia Sembuh Dengan Vivix

Leukimia
Leukimia merupakan barah pada darah atau sum-sum tulang dan bercirikan penggandaan luar biasa sel darah putih, leukosit ( inggeris = leukocyte ). Ia merupakan sebahagian daripada kelompok penyakit yang lebih luas yang dikenali sebagai neoplasma hematologi ( hematoogical neoplasms ).

Simptom
Kerosakan pada sum-sum tulang, disebabkan oleh penggantian sel sum-sum tulang normal dengan sejumlah besar sel darah putih tidak matang, juga menyebabkan kekurangan platlet darah, yang penting dalam proses penggumpalan darah. Ini bererti mereka yang mempunyai leukimia mungkin menjadi lebam, pendarahan berlebihan atau menghidap pendarahan serupa cucuk jarum ( patechia).

Sel darah putih, yang terbabit dalam melawan patogen, mungkin dipendam atau tak berfungsi. Ini mampu menyebabkan huru hara sistem imunisasi pesakit ( sel darah putih dll,) mula menyerang sel badan lain.

Akhirnya, juga kekurangan sel darah merah yang mendorong kepada amnemia, yang mungkin menyebabkan dispnea. Kesemua simptom ini mungkin dikaitkan kepada penyakit lain, kerana diagnosis, ujian darah dan pemeriksaan sum-sum tulang diperlukan bagi pengesahan leukimia.

Simptom yang berkait :

  • Demam, sejuk, berpeluh malam dan selesma
  • Kelesuan dan lemah
  • Hilang selera makan dan berat badan turun mendadak
  • Gusi bengkak atau berdarah
  • Pendarah berlebihan walaupun hanya luka kecil
  • Hati dan limpa bengkak
  • Mudah lebam
  • Kerap dijangkiti penyakit
  • Sakit tulang
  • Sakit sendi
  • Tonsil bengkak
  • Selalu pengsan
Perkataan leukimia, yang bermaksud 'darah putih' diambil sempena nama penyakit pengiraan sel darah putih yang tinggi yang terdapat dalam kebanyakan pesakit leukimia sebelum menerima rawatan. Jumlah tinggi sel darah putih kelihatan apabila contoh darah dilihat dibawah mikroskop. Sering kali, darah putih ini adalah tidak matang atau tidak berfungsi. Jumlah sel darah putih juga turut menganggu fungsi normal ibu-ibu sel darah lain didalam sum-sum tulang, iaitu induk kepada sel darah merah dan juga platlet.

Anda boleh baca lebih dalam lagi tentang leukimia disini >> <<.

Untuk Pesakit Leukimia Juga Boleh Mencuba Vivix Shaklee Sebagai  Salah Satu Ikhtiar Untuk Sembuh

#Testimoni 1

Assalamu'alaikum semua 😘😘 nak share testimoni sikit
Atas ni gambar pakcik pija. Bln 8 tahun lepas dia disahkan menghidap leukaemia. Masa nak ke 1st session tu, sel kanser ada dlm 30%. Selepas sesi kimo pertama, pija bagi dia vivix. Dia makan 1sudu pagi, 1sudu petang. Sebelum consume vivix, dia kata susah nak tidur malam. Lepas consume, lega dia dapat tidur nyenyak, badan rasa ringan.

Masa checkUp utk 2nd kimo, doktor terkejut sebab sel kanser 0%. Alhamdulillah... sekarang dia masih teruskan makan vivix. Kita sama2 doakan semoga pakcik adam kuat semangat dan bebas kanser ye...
.
Ouh btw, pakcik adam cerita, ada anak kawan dia sama kes mcm dia, dpt tahu bulan oktober 2015. Tapi disebabkan dia sibuk fight penyakit sendiri, dia terlupa nak suggest vivix pada kawan tu. Anak kawan dia baru last month meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihiraaji'uunnn... semoga Allah ampunkan dosa2 arwah dan ditempatkan bersama para solehin... Pakcik adam rasa terkilan sebab x sempat nak introduce vivix pd kwn tu. Dia suggest kepada pesakit2 kanser lain. Nanti inSyaaAllah pija nak hantarvivix ke rumah dia, pija rekod video sikit.
.
.
》TIDUR LEBIH NYENYAK
》BADAN RASA RINGAN
》SECOND KIMO, SEL KANSER 0%《
Allah.. terharu sangat sangat baca perkongsian di group tadi..
Asbab vivix, Pakcik Adam semakin sihat. Semoga terus bebas kanser.
.
Betullah.. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya!
Ya tugas kita untuk usaha & ikhtiar. Selebihnya serah pada Allah.
Vivix mungkin mahal, tapi mana lebih mahal. Vivix atau nyawa orang yang kita sayang?
.
Berhenti merokok?
Lawan kanser?
Stroke?
Gout? Kencing Manis?
Masalah jantung? Darah tinggi?
Cubalah vivix!


#Testimoni 2


#Testimoni 3


Jika anda berminat untuk dapatkan vivix, jangan segan-segan untuk hubungi saya Jesnah Joseph (0148645784) .. 

Ahad, 26 Mac 2017

Leukimia ( Kanser Darah )

Selamat petang semua~ harini saya tergerak hati mahu share tentang penyakit leukimia atau dalam bahasa Melayu kanser darah. Pada sabtu yang lepas, saya mendapat sms dari seorang pelanggan menanyakan tentang vivix untuk kanser darah jenis CML bagi anaknya yang baru berumur 4 tahun. Kesiankan ? Umur masih kecil sudah ada penyakit serius, kita doakan agar dia cepat sembuh ya.

Berbalik kepada topik kita harini untuk mengenali apa sebenarnya leukimia atau kanser darah ini, darimana punca , tanda-tanda kanser darah.

Apakah Itu Leukimia ?
Leukimia merupakan sejenis kanser darah yang berasal dari sum-sum tulang. Sum-sum tulang merupakan satu organ penghasilan darah yang terdapat didalam kesemua tulang dalam tubuh badan manusia. Sel-sel leukimia merupakan sel kanser yang luar biasa dan berupaya membiak dengan cepat serta hidup lebih lama berbanding sel-sel darah yang normal. Oleh sebab itu, sel-sel leukimia mampu menghapuskan fungsi sum-sum tulang dan menghalang penghasilan sel-sel darah yang normal.

Terdapat pelbagai jenis leukimia dan adalah penting untuk mengenalpasti jenis leukimia yang dihidapi. Ini adalah disebabkan rawatan dan peluang sembuh untuk leukimia yang berlainan adalah berbeza.

Terdapat dua jenis leukimia yang utama iaitu "Acute Leukaemia" atau "Chronic Leukaemia". Perbezaan utama kedua-dua jenis leukimia ini adalah kematangan dan kepantasan sel-sel kanser itu membiak. "Acute Leukaemia" adalah sel kanser yang kurang matang dan membiak dengan pantas berbanding "Chronic Leaukaemia" yang terdiri daripada sel kanser yang matang dan membiak dengan perlahan.

Setiap jenis leukimia ini pula dibahagikan kepada dua bentuk utama bergantung kepada sel darah asal dimana leukimia ini mula terjadi iaitu dari jenis "myeloid" atau "lymphoid". Dengan ini terdapat 4 kumpulan penyakit leukimia yang utama iaitu :

  • Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL)
  • Chronic Lymphoblastic Leukaemia (CLL)
  • Acute Myeloid Leukaemia (AML)
  • Chronic Myeloid Leukaemia (CML)
Apakah Yang Menyebabkan Terjadinya Leukimia ?
Adalah diketahui bahawa leukimia boleh terjadi apabila berlaku kerosakan yang penting dalam bahan genetik sel itu. Kebiasaannya, punca kerosakan itu tidak dapat dikenalpasti tetapi kesannya dapat dilihat dengan jelas menggunakan teknologi yang canggih.

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit leukimia,. Contohnya ;
  • Pendedahan kepada radiasi
  • Pendedahan kepada ubat "Chemotherapy" pada masa yang lampau
  • Pendedahan kepada bahan kimia tertentu contohnya benzene
  • Dilahirkan dengan penyakit genetik tertentu
Tanda-Tanda Penyakit Leukimia
Tanda-tanda penyakit leukimia berpunca dari kegagalan sum-sum tulang menghasilkan sel darah yang normal. Tanda-tanda utama adalah seperti keletihan disebabkan kekurangan darah merah, lebam-lebam atau tanda-tanda pendarahan disebabkan kekurangan sel darah platlet serta demam yang berpanjangan. Tanda-tanda lain termasuk kekurangan selera makan, kehilangan berat badan yang ketara serta kesakitan dalam tulang dan sendi.

Komplikasi
Jika tidak dirawat, pendarahan yang serius boleh berlaku seperti pendarahan dalam otak atau jangkitan yang serius seperti jangkitan kulat dan bakteria. Disamping itu, kesesakan nafas dan kesakitan dada juga boleh berlaku akibat kekurangan sel darah merah. Biasanya, penyakit "Acute Leukaemia" yang tidak dirawat akan membawa maut dalam masa yang singkat. Penyakit leukimia adalah tidak berjangkit dan tidak diwarisi.

Diagnosa
Penyakit leukimia boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan sum-sum tulang. Dalam prosedur ini, satu sampel darah sum-sum diperolehi daripada sum-sum tulang yang kebiasaannya tulang pinggul. Prosedur ini merupakan prosedur selamat dan hanya memerlukan bius setempat. Kemudia sampel dara sum-sum ini diperiksa dengan menggunakan beberapa ujian khas untuk mengenalpasti jenis sel leukimia berkenaan.

Rawatan
Pada hari ini, penyakit leukimia dapat dirawat dengan baik. Bergantung kepada jenis leukimia, rawatannya adalah berbeza. Penyakit leukimia yang akut memerlukan rawatan "chemotherapy" yang intensif dan dalam kes-kes tertentu pemindahan sum-sum tulang. Tujuan rawatan adalah untuk menghapuskan sel-sel leukimia dan membenarkan sel-sel darah yang normal pulih kembali. Dlam kes-kes yang berisiko tinggi  untuk berulang, rawatan pemindahan sum-sum tulang adalah disyorkan. Dengan rawatan moden, penyakit leukimia mampu disembuhkan.

Penyakit "Chronic Leukaemia" pula biasanya boleh dikawal dengan mengambil ubat. Contohnya penyakit " Chronic Myeloid Leukaemia" (CML) boleh dikawal dengan amat memuaskan dengan menggunakan sejenis ubat yang dinamakan "Tyrosine Kinase Inhibitor". Kini pasakit CML mampu hidup dengan normal tanpa apa-apa tanda penyakit untuk jangka masa yang amat lama.

Selain itu, anda juga boleh cuba berikhtiar dengan vivix Shaklee dan nutiferon. Sel-sel kanser yang merebak didalam badan dapat dikawal dan dirawat dengan pengambilan vivix dan nutiferon.

Bagaimana Nutriferon Boleh Membantu ?

Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon ini mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells dan makrofag. Melawan kanser dan tumor- interferon semulajadi mengandungi polasakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunogluballin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi. Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Sel-sel yang ada akan menjadi lebih sihat. Harga sekotak nutriferon Rm192.15 , 30 stick dalam 1 kotak.

Bagaimana Pula Vivix Membantu Pesakit Leukimia ?

Bahan-bahan dalam vivix seperti resveratrol bertindak membaiki seawal peringkat DNA lagi. Sebab itulah, Vivix mampu membantu pesakit kanser. Dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan perubatan lain. Dapat membantu menghadapi kesan sampingan rawatan dengan labih baik dan peluang sembuh dengan lebih baik. Dapat meningkatkan sistem imun@ ketahanan badan bagi membolehkan anda melawan kanser. Harga bagi 150ML Vivix ialah Rm503.50.

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan Nutiferon dan juga Vivix di (0148645784) Jesnah Jospeh.

Resepi Onde-Onde


Onde-onde kuih tradisional yang memang menjadi kegemaran semua. Rasanya yang lembut dan kenyal dengan lemak rasa kelapa parut, wangi daun pandan dan bila digigit, akan keluarlah air gulanya. Yumm, jom ikut cara mudah buat kuih onde ne.

Bahan-bahannya :-

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Air daun pandan secukupnya dan daun pandan ( 4 helai daun pandan kisar dengan air, tapiskan )
Sedikit pewarna hijau
1 ketul gula melaka potong dadu@kecil
Kelapa parut ambil putih sahaja
Sedikit garam ( gaul dengan kelapa parut )

Caranya:-

1. Dalam mangkuk besar masukkan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul rata. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit dan beberapa titil pewarna hijau. P/s; Jangan masukkan air pandan terlalu banyak, masuk sikit-sikit dulu, elak doh jadi terlalu lembik.

2. Uli doh sehingga tidak melekat ditangan.

3. Sementara itu, kita didihkan air didalam periuk dan saya masukkan daun pandan bagi bau wangi.

4. Ambil sedikit doh sebesar ibu jari. Leperkan dan letak gula melaka. Dan bulat-bulatkan kemas.
5. Susun dalam pingan.

6. Bila air mendidih, masukkan onde-onde tadi.

7. Bila dah ada onde-onde yang timbul boleh diangkat dan sejatkan airnya.

8. Kelapa parut campur dengan sedikit garam dan gaul.

9. Gaul@golekkan onde-onde dengan kelapa parut tadi.

10. Dah siap onde-onde , bolehlah kopi-kopi ^_*


Sabtu, 25 Mac 2017

9 Cara Semulajadi Hilangkan 'Blackhead" & "Whitehead" Pada Wajah

Kulit muka yang berminyak memang berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori. Apabila liang terbuka, ia mengundang masalah lain seperti whitehead, blackhead dan jerawat.

Selain itu, kulit muka berminyak, sinaran matahari yang terlalu banyak juga boleh merosakkan kolagen kulit secara tidak langsung membuka liang dimuka dan menyebabkannya tersumbat. Apabila usia meningkat, masalah liang pori turut meningkat.

Facial Spa antara pilihan yang boleh dilakukan untuk merawatnya. Namun, petua hilangkan whitehead dan blackhead menggunakan bahan semulajadi juga boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah pembukaan liang pori di wajah.

Petua Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Dengan Bahan Semulajadi

1. Ais
Meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.

Caranya : Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian bermasalah selama 30 minit. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.

2. Cuka Epal
Menegangkan kulit, mengurangkan pores dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.

Caranya : Campurkan cuka kedalam air. Dengan menggunakan kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.

3. Putih Telur
Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.

Caranya : Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering dulu baru bilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu diatasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.

4. Skrub Gula
Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.

Caranya : Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila. Lagi wangi !

5. Soda Bikarbonat
Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit wajah. Ia juga merawat masalah jerawat.

Caranya : Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.

6. Jus Lemon
Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan kulit.

Caranya : Campurkan satu sudu madu kedalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setaip hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!

7. Timun
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.

Caranya : Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap hari juga selama sebulan.

8. Yogurt
Membuang minyak berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut dimuka.

Caranya : Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru bilas. Lakukan sekerap mungkin.

9. Oat
Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif.

Caranya : Campurkan lima sudu madu dan dua sudu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada wajah. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.

Lakukan semua perkara diatas secara konsisten. Pastiakn wajah anda tidak terdedah pada sinaran matahari. Lakukan scrub setiap minggu untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit mati dan kotoran di muka.

Dengan mengamalkan petua hilangkan balckhead dann whitehead diatas dan menjaga kebersihan diri, anda dapat merasakan kesannya dalam masa yang singkat ! You guys should try this. And share it ^_*.