Selasa, 3 Januari 2017

Tips Bersihkan Cermin Rumah Menggunakan Bahan Dirumah

Dulu time sekolah , tinggal di asrama . Mesti yang tinggal asrama tahu kan ? Kalau warden ,penyelia ,PK HEM , pengetua melawat asrama , semua mesti kalut kemas bilik . Hihi ~ sebab takut kena marah 😂
Kalau time tengah makan di dewan makan pun , asal nampak kereta pengetua parking depan dewan , sanggup lari kasih tinggal makanan untuk kemas bilik . Haha . Tapi, ada satu petua yang Jesz masih ingat sampai sekarang . Iaitu pasal cermin .
Cermin asrama mesti lap tiap hari supaya berkilat dan tiada habuk . Tiap hari la lap guna "BULU Ayam " orang panggil . Tapi satu hari , penyelia tegur cuba kamurang lap cermin guna surat khabar tu , daripada kamu buang tuu surat khabar kan . Bagus kamu guna lap cermin dia bilang . So, kawan-kawan pun try la buat , the result memang cermin berkilat guys !! Hihi
Bah ini hari Jesz mahu share lagii bahan lain yang kamurang boleh guna untuk kasih "ting" cermin kamurang ~
PETUA MEMBERSIHKAN DAN MENGILATKAN CERMIN
Cubalah salah satu petua berikut untuk membersih dan mengilatkan cermin muka di rumah...
1. Surat khabar lama
Basahkan sehelai surat khabar. Tabur sedikit bedak pada surat khabar dan gunakannya untuk mengelap cermin. Ulang beberapa kali sehingga puas hati.
2. Cuka
Masukkan satu sudu cuka dan sedikit air di dalam bekas penyembur. Sembur cermin dengan air cuka dan lap dengan kain lembut yang tidak berbulu hingga berkilat.
3. Ubat gigi
Untuk menghilangkan calar-calar pada tingkap dan kaca, sapukan sedikit ubat gigi dan gitap dengan sehelai kain lembut.
4. Tepung Jagung dan Cuka
Campurkan tiga sudu besar tepung jagung dan setengah cawan cuka putih ke dalam segelas air yang agak panas. Sapukan pada permukaan kaca dan lap hingga kering.
5. Perahan Lemon
Campur satu sudu besar jus lemon dalam satu kuart air. Sapukan ke permukaan yang hendak dibersihkan dan lap hingga kering.
6. Soda kuih
Taburkan sedikit soda kuih pada kain dan cuci cermin. Bilas dengan air bersih dan gosok atau gilap dengan kain lembut.
Selamat Mencuba.
Luv ,Jesz .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan