Isnin, 3 Julai 2017

Bengkak Atau Benjolan Di Bahagian Luar Kemaluan Wanita ( Bartholin Cyst) Bahaya Atau Tidak ?

Bengkakan atau benjolan dibahagian luar kemaluan wanita atau dikenali sebagai Bartholin Cyst. Mesti ramai wanita yang pernah mengalami masalah ini, tetapi tidak tahu apa sebab berlakunya benjolan tersebut.

Secara tiba-tiba sahaja terasa ada benjolan pada bibir kemaluan, namun anda mungkn tidak perasan kerana tidak merasa sakit. Hanya ada rasa tidak selesa semasa nak duduk. Jangan risau sebenarnya benjolan ini tidak merbahaya. cuma jika ia dibiarkan boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dirawat.

Bagaimana Bartholin Cyst ini terjadi ?
Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri dibahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi bagi menghasilkan cecair sebagai pelincir alami apabila seorang wanita terangsang nafsunya.

Lazimnya, kelenjar Bartholin yang tersumbat laluanya menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar itu sehingga membentuk cyst yang semakin lama akan membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholin Cyst sebenarnya tidak mendatangkan masalah ketika berhubungan.

Adakah Bartholin Cyst Kanser ?
Tidak. Bartholin Cyst dengan kanser sama sekali tidak berasas disebabkan peratusannya untuk menjadi kanser sangat rendah. Walaubagaimanapun, pesakit boleh memilih sama ada untuk menjalani pmbedahan pada masa yang terdekat walaupun ia masih kecil dan belum mendatangkan masalah atau boleh sahaja menunggu sehingga ia besar barulah menjalani pembedahan.

Namun jika ia telah membentuk Abses Bartholin iaitu bengkak dan bernanah (abcess) yang juga dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mula berasa sakit serta demam maka jalan keluar yang terbaik adalah mendapatkan rawatan segera. Biasanya apabila ia semakin membesar dan bernanah hanya satu jalan penyelesaian iaitu melalui pembedahan.

Rawatan Bartholin Cyst
Secara protokol rawatan terbaik adalah incisional dan draignage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Selain itu, terdapat juga beberapa kaedah pembedahan sama ada secara prosedur yang dinamakan 'marsupialization' menggunakan pembiusan di bilik bedah. Ia juga boleh dilakukan secara menyedut menggunakan jarum yang dipasang pada picagari. Secara perbandingan, prosedur 'marsupialization' lazimnya dapat mengurangkan risiko ia berulang kerana rawatan tersebut membuka laluan baru untuk cecair dikeluarkan.

Cuma pesanan saya bagi mereka yang terasa ada benjolan atau bengkak pada bibir kemaluan disyorkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor bagi memastikan sama ada itu Bartholin Cyst atau sebaliknya.

Langkah-langkah Penjagaan Alat Kelamin Yang Disyorkan :

  • Membersih bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.
  • Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak.
  • Elakkan daripada sering mengamalkan douching iaitu memasukkan jari kedalam faraj engan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
  • Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit.
  • Elakkan memakai pakain dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit akhirnya menggalakkan kuman membiak.
Sekian perkongsian saya harini tentang Bartholin Cyst, semoga bermanfaat.

Untuk masalah berkaitan Cyst dan PCoS, saya sentiasa mengsyorkan pelanggan saya untuk mengambil GLA Complex Shaklee untuk mengecutkan saiz cyst. Tetapi yang penting anda perlu mandapatkan rawatan awal dengan Doktor terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh hubungi saya 0148645784 Jesz. Terima kasih.

6 ulasan:

  1. baru saya tahu rupanya benjolan di luar pun salah satu daripada sejenis cyst juga...tq for the info..

    BalasPadam
  2. Info terbaik. Kadang kita buat tak endah. Dan buat biasa sahaja. Untuk penjagaan alat kelamin,memang sangat pentingkan kebersihan. Supaya bakteria tidak datang. Elakkan juga keadaan yang lembap dan basah. Bakteria suka dengan kawasan lembap ni. Terima kasih untuk info ini.

    BalasPadam
  3. Bartholin cyst memang biasa terjadi dikalangan wanita tapi ianya jarang dibicarakan secara terbuka disebabkan oleh perasaan malu... Walau bagaimanapun perlubdapatkan rawatan sebelum ianya menjadi lebih teruk lagi 😊😊

    BalasPadam
  4. info yg sangat berguna.tq ya

    BalasPadam
  5. Info berguna ni. Nda pernah ada pengalaman sebelum ni. Lepas ni dah tau dah

    BalasPadam