Sabtu, 1 Julai 2017

Youtube Siapa Suka Tengok Youtube Mesti Suka 11 Trik Ini !

Layan youtube memang best. Tapi mesti ramai tak tahu trik ini semua.

Sumber : Brightside

Youtube adalah site yang paling best dan paling ramai orang yang gunakan di dunia ini. Nak tengok apa-apa video atau nak layan movie semua ada disini. Tapi percaya tak masih ramai yang tak tahu 11 trik yang korang gunakan masa layan youtube.

#1 Buat GIF di youtube

Hanya tambah perkataan "GIF" di permulaan link youtube tersebut, macam contoh gambar di atas.

Anda akan terus direct ke laman youtube GIF website, dan disana anda boleh menentukan panjang GIF yang anda inginkan dan tajuk GIF tersebut. Rujuk gambar contoh.

#2 Cari page artis kegemaran anda

Hanya tambah # depan nama artis yang anda minat dan tanpa jarak. Contoh : #JessieJ di ruang pencarian (contoh seperti dalam gambar).

#3 Nak tahu lagu yang tengah dimainkan di dalam video

MooMa.sh boleh membantu anda untuk mengetahui apa tajuk lagu yang dimainkan dalam video youtube tersebut. Apa yang perlu anda lakukan hanya copy dan paste link video tersebut.

#4 Apa itu Autoplay ?

Jika anda perasaan, setiap kali anda lihat sebuah video, video seterusnya akan automatik dimain, jadi untuk tidak membuat video seterusnya dimainkan secara automatik anda hanya perlu matikan autoplay yang terdapat sebelah kanan atas lama youtube. Boleh rujuk gambar contoh.

#5 Youtube selamat untuk anak-anak anda tengok

Hanya download aplikasi Youtube Kids di IOS dan android. Ianya selamat untuk anak-anak anda lihat.

#6 Nak tengok youtube tapi line anda slow

Jika video tersekat kerana line anda yang slow, anda hanya perlu pergi ke youtube.com/account_playback dan klik second option.

#7 Ubah kelajuan video di youtube

Hanya klik setting yang sering dipaparkan apabila kita melihat video youtube dan anda boleh lihat kelajuan disana, lalu klik sahaja kelajuan mana yang anda kehendaki. Memperlahankan sesebuah video adalah sangat berguna apabila anda tengah melihat sesuatu cara untuk melakukan sesuatu pekerjaan contoh resepi masakan.

#8 Tetapkan privasi di youtube

Jika anda terdaftar di youtube, anda hanya perlu ke privacy setting dan cek kotak untuk memastikan tiada sesiapa yang boleh melihat channel apa yang anda lihat.

#9 Shortcut kata kunci untuk youtube
• K = pause or play
• J = ulang semula untuk 10 saat
• L = lajukan video untuk 10 saat
• M = matikan muzik
• Nombor 0 = pergi ke permulaan video semula
• Nombor 1-9 = lajukan video 10%-90%
• Simbol '+'  = besarkan saiz fon
• Simbol '-' = kecilkan saiz fon

#10 Cara download video dari youtube
Terdapat beberapa site dan aplikasi untuk chrome yang boleh membantu anda untuk mendownload video. Ini adalah salah satu darinya :

Save From Net. Anda hanya perlu copy video link, dan ia takkan mengambil masa lama untuk mendownload.

#11 Buang iklan dari video youtube

Selalu kalau kita lihat sesuatu video mesti ada iklan dan kena tunggu 5 saat betul tak ?  Jadi kalau nak hilangkan iklan tersebut anda hanya perlu install aplikasi Adblock for Youtube. Sekarang anda boleh menonton youtube tanpa diganggu oleh iklan.

Sekian trik dari saya untuk anda semua, semoga berguna dan bermanfaat:)

7 ulasan:

  1. banyak juga rupanya..nanti nak cuba yang youtube kids dan adblock..tq ya share info

    BalasPadam
  2. Bagusnya tips ini. Terima kasih.

    BalasPadam
  3. bagus pula tips ni hehehe tq

    BalasPadam
  4. Wah tips best ni! Nanti mau try 😍

    BalasPadam