Jumaat, 17 Februari 2017

Resepi Cheese Tart Step By Step

Haii Selamat Petang guys~

Siapa suka makan cheese ? hah kita geng ..hihi .Paling favourite ne tau cheese tart, kalau beli mesti beli banyak-banyak .. Tapi fikir-fikir, baik buat sendiri puas hati makan ye dok ? ohh terkeluar bahasa kelante.. haha

Ok berbalik kepada resipi kita, mari kita start .

CHEESE TART RESIPI
-----------------------------
KREDIT TO : AZLITA MASAM MANIS

Bahan-bahan :

Untuk kulit ( tart) :-

*170gram marjerin/butter
*50gram gula aising
*1 biji telur gred C
*290gram tepung gandum
*1 sudu kecil esen vanilla
*Acuan tart ( suka hati yang besar atau kecil)

Cream Cheese ( For inti dalam tart)

*250gram cream cheese (
*50gram gula halus (kastor)
*1 biji telur Gred B
*¹/² sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

Kulit (Tart)

1) Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
2)Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3)Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kerana kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. Untuk mendapatkan doh yang cantik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ejuk semalaman.

4)Setelah itu, ambil adunan tart dan tekan doh kedalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5)Bakar pada suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak.
6)Kulit tart ne kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Kulit tart benar-benar sejuk sebelum kita letakkan filling atau cheese (nanti cair pula kalau letak time panas-panas)

7) Sediakan filling yang kita suka. Biasanya kita boleh gunakan perisa blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jem nanas untuk buat filling cheese tart ne. Bahan-bahan untuk filling ne kita boleh dapatkan dari kedai-kedai menjual bahan-bahan untuk buat kuih ataupun kek. Kalau rajin boleh juga dibuat sendiri ๐Ÿ˜ƒ
8)Masukkan filling itu kedalam pipping bag untuk memudahkan proses kita meletakkan kedalam kulit tart tadi. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedaplah cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan seketika dan kita sedia buat cheese dia pula.

Cream Cheese

1)Pertama keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan. Jagan biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
2)Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3)Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

4)Then, masukkan cream cheese kedalam kulit tart. Untuk memudahkan kerja, kita gunakan kaedah diatas tadi. Guna pipping bag. Then, picitkan cream cheese diatas filling dalam kulit tart tadi , picit sehingga cream cheese memenuhi tart supaya ia nampak gemuk membuncit ..hihi
5)Kemudian, bolehlah kita mulakan proses untuk melorek atas cheese tart tadi. Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikan sedikit sedikit pewarna yang kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidaklah secantik yang kita inginkan.

6) Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat baris-baris kecil dibahagian tepi. Bilangan gari-garis kecil tersebut adalah mengikut citarasa sendiri. Lebih banyak lebih cantik ! Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas kebawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
7) Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh krim dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar seminit lagi.

Setelah cheese tart dah siap, bolehlah simpan di peti sejuk agar bila makan lebih ummmhhhh sedap lagii.. sebab krim cheese akan rasa sejuk-sejuk ..hihi

Sekian resepi cheese Tart mudah.

Jika anda ingin mencari Ikhtiar penyakit kencing manis (diabetis) dengan mudah boleh klik disini.

7 ulasan:

  1. Suka sgt cheese tart, tapi pandai beli je

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, sekarang dah ada resipi.. boleh cuba try test ^_*

      Padam
  2. Sedapnyaaa...lama x buat cheese tart

    BalasPadam
  3. Sedapnyaaa...lama x buat cheese tart

    BalasPadam
  4. sedap tu....buat lebih hantar shah alam๐Ÿ˜‹

    BalasPadam