Jumaat, 17 Februari 2017

Tips Kurus : Amalkan minum air lemon

Adakah orang yang tak kenal bagaimana rupa atau apa lemon ne ? hahah kalau kamurang tak kenal apa ne lemon aduhh parah sudah tu tau, sebab mesti tak pernah pergi pasaraya atau masak didapur. Sehh~ gurau jaa aa. Ok ini adalah bentuk buah lemon (Rujuk gambar bawah)


Sebelum itu saya hendak cerita pengalaman sendiri minum air lemon ne ..haha. Ok berat badan saya ialah 53Kg tau before minum air lemon ne. Itu sudah dikategori obesiti dengan ketinggian 14*cm ( rahsia digit hjung, nanti kenapatan pendek ) haha.  Then, saya ternampak someone punya post di Fb (rahsia la kan ) , dia tunjuk testimoni gambar before & after minum air lemon. Memang sangat ketara la kurus , after that saya pun decide dalam hati, mesti boleh turun berat badan ka ne minum lemon, sampai "GOOGLE" bah, resepi buat air lemon ..haha (jangan contohi) .

So, awal bulan Februari 2017 ajak la Mr Husband pergi beli lemon di giant, murah juga la~ Rm7 kamurang boleh dapat around 5-6 biji. Saya just beli sikit sebab baru mahu try test bah. Lepas tuu, dalam 2 minggu saya minum , guess what ? berat saya 49.5kg. Oh ya~ hahah tanpa workout + jaga pemakanan (psst, makanan digemari burger cheese, kek cheese , ayam goreng , kfc) nah tengok makanan yang saya amalkan .. haha memang bikin bergegar jantung juga lepas naik penimbang , sikit lagi lompat bintang.

Ok bagaimana resepi air lemon ne ? Aduuii senang ja, ambil lemon hiris 2-3 hiris then perah air lemon terus masukkan lemon kedalam botol air kamurang , after that tuang air panas + air sejuk kasih suam-suam ... Lepas tuu boleh diminum . TAPI ! paling mujarab ialah ketika bangun pagi, minum segelas air kosong baru minum air lemon suam-suam . Tunggu 15 minit baru makan breakfast ataupun korang shake-shake tu ESP SHAKLEE. Ada banyak lain  resepi air lemon yang anda boleh buat selain minum dengan air suam . Contoh boleh tambahkan madu,teh,halia dan lain-lain.

Lemon ne sangat banyak kebaikan selain daripada untuk kurus . Bah saya cerita la sikit .hihi

1.Kuruskan Badan
-Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting bagi proses diet untuk kuruskan badan.

2. Tingkatkan hidrasi & berikan tenaga
-Kebiasaanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenaga kan ? Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam mesti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari. 

3. Cantikkan kulit
-Tahukah yang lemon ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi ? Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda. 

4. Bantu proses singkirkan toksin
-Pasti ada yang telah mengamalkan air lemon mengetahui bahawa lemon merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin didalam badan. Asid sitrik yang terkandung didalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta hasilkan enzim untuk proses detoks orgn hati. Seperti yang kita tahu organ hati adalah merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh badan manusia. Bila badan mempunyai toksin yang banyak akan memberikan kesan badan mudah letih dan mengantuk. Bila toksin telah disingkirkan nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap.

5.Sokong sistem imun
-Dengan kandungan vitamin C yang tinggi dapat membantu meningkatkan sistem imun badan manusia. Ini bagi mengelakan mudah terkena dengan demam selesema baik amalkan secawan lemon suam dipagi hari sebelum menempuh perjalanan ke pejabat atau sebagainya.

6. Bantu penghadaman
-Jika anda menghadapi masalah penghadaman dan susah untuk membuang air besar, cuba amalkan minum segelas air lemon suam dikala pagi. Air suam dengan lemon ini membantu merangsang saluran penghadaman @ merangsang pergerakan usus serta akan bersihkan organ hati anda. Cubalah pasti anda akan happy dengan hasilnya.

7.Alkalikan tubuh anda
-Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid bila mengamalkan pemakanan dan gaya hiup yang tidak sihat.Bila badan berasid akan menggangu pelbagai fungsi badan serta tubuh anda akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan sel-sel kanser juga lebih mudah tercetus. Lemn yang diketahu adalah bersifat asid, mampu mengalkalikan tubuh dan darah yang diambil. Ini sangat membantu memastikan keseimbangan PH sentiasa terpelihara, terutamanya jika kita gemar makan makanan seperti keju, daging dan lain-lain .

Sekian cerita tentang testimoni saya dan kebaikan buah lemon . Addition, saya juga minum Lecithin Shaklee + Alfafa Shaklee ( ini membantu juga untuk kurus) .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan