Isnin, 19 Jun 2017

10 Cara Detox Badan Secara Semulajadi

Detox badan. Tahukah anda, apa itu detox dan cara mengeluarkan detox dalam badan anda ?

Menghilangkan atau mengeluarkan racun (detox) dari dalam tubuh wajar dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat. Gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat, termasuklah tabiat buruk seperti merokok dan mengambil minuman keras serta kepelbagaian jenis makanan yang diambil juga boleh menyebabkan racun-racun ini terkumpul didalam badan.

Racun-racun tersebut boleh merosak organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh. Oleh sebab itulah, diperlukan cara-cara semulajadi untuk mengeluarkan sekaligus menghilangkan racun pada tubuh, selain daripada menggunakan supplemen detox.

Berikut adalah beberapa tips semulajadi yang mudah dan murah mengurangi serta menghilang kumpulan racun dalam tubuh anda.

1. Jangan Lupa Minum Air Putih

Air putih atau air masak boleh membantu menghilangkan racun ditubuh melalui peluh dan "urine" yang dikeluarkan. Minum lapan gelas air putih dalam sehari dan usahakan juga untuk minum empat gelas setiap kali anda bangun daripada tidur pada pagi hari.

2. Berpeluh Secara Semulajadi
Berpeluh boleh membantu menghilangkan "longgokan" racun pada tubuh dan kulit anda. Anda boleh mengatasinya dengan melakukan senaman kardio seperti berjalan kaki, berlari, berbasikal yang mana boleh membuatkan anda berpeluh secara semulajadi.

3. Secawan Teh Setiap Hari

Ternyata teh merupakan salah satu minuman yang memiliki kandungan antioksidan yang cukup tinggi. Antioksidan dalam teh berupaya menghalang serta mencegah pengumpulan radikal bebas yang masuk ke tubuh melalui udara yang kita sedut. >><<

4. Lobak Merah
Lobak merah adalah sejenis sayuran yang sangat baik untuk menjaga kesihatan mata, kerana kandungan vitamin A yang terkandung di dalamnya. Di samping itu, lobak merah juga berperanan besar sebagai media pembersih daripada tumpukan racun yang ada di dalam tubuh seperti racun pada organ usus besar dan hati anda.

5. Kurangi Pengambilan Gula Setiap Hari
Di samping dapat mengundang pelbagai macam penyakit menyerang tubuh, gula juga memainkan peranan besar sebagai salah satu makanan yang dapat meracuni tubuh anda seperti mengundang kanser, diabetis mahupun jantung.

6. Khasiat Buah Anggur

Buah anggur terutama buah anggur hijau ternyata sangat efektif menghilangkan racun didalam tubuh anda. Selain itu, anggur juga mengandungi "resveratrol" yang dapat menangkis kanser kulit daripada sinaran matahari yang membakar.

7. Makanlah Buah Betik 
Buah betik dikatakan sangat efektif sebagai pelindung tubuh daripada radikal bebas yang tercampur daripada udara yang kita hirup. Jadi, buah ini tentunya sangat efektif untuk mencegah penggumpulan racun didalam tubuh.

8. Makanan Berserat
Untuk menghilangkan racun secara semulajadi dari dalam tubuh anda, anda kena lah rajin mengambil makanan berserat. Ia akan membantu membersihkan sistem dan menghilangkan zat kimia berbahaya atau zat kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Makanan kaya serat eperti sayuran hijau, gandum dan nasi sebaiknya dimasukkan dalam diet setiap hari.

9. Jus Lidah Buaya

Lidah buaya mempunyai banyak manfaat. Bukan sekadar boleh mencantikkan serta menyuburkan rambut anda. Malahan, salah satu fungsinya adalah mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Lidah buaya memiliki zat antioksodan yang membantu menghilangkan zat-zat kimia beracun dalam tubuh kita.

Cuba minum segelas jus lidah buaya pada setiap pagi dan petang. Pengambilan minuman ini secara teratur akan membantu anda mengeluarkan racun daripada sistem organ tubuh.

10. Lemon Suam Yang Dicampur Madu
Salah satu cara yang paling kerap dibuat untuk menghilangkan racun dari tubuh adalah dengan minum air suam yang telah dicampur lemon dan madu pada setiap pagi.

Caranya sangat senang, anda cuma perlu sediakan segelas air suam, tambahkan satu sudu madu dan perah beberapa titis lemon ke dalamya. Campurkan dan minum. Lakukan pada setiap pagi, sebelum anda mengambil makanan lain.

Ini adalah beberapa makanan dan minuman yang boleh anda ambil untuk membersihkan racun dari dalam tubuh. Jangan biarkan racun berbahaya terus berada didalam tubuh dan segeralah kita mengusirnya dengan cara semulajadi tersebut ! Dan jangan lupa SHARE artikel ini ya~

Terima kasih, semoga bermanfaat:)

5 ulasan:

  1. Boleh buat jus ya daun lidah buaya..wah, baru tau..sebab kat rumah ni banyak daun lidah buaya..boleh lah cuba nanti..

    BalasPadam
  2. Tq share ilmu...
    Detox shaklee memang the best..kskina dah mencubanya ..jom detox

    BalasPadam
  3. Berat vadan dah naik..susah nak turun. Kena detox la gini

    BalasPadam
  4. Jus lidah buaya. 1st time dengar. Rupanya banyak khasiat lidah buaya ni. Boleh buat masker,boleh buat detox jugak!

    Sangat menarik! Tq sis atas elmu detok sihat ni. 😊

    BalasPadam