Sabtu, 17 Jun 2017

Tips Bersihkan Rumah Dengan Menggunakan Bahan-Bahan Yang Sedia Ada Di Dapur

Tips Bersihkan Rumah Dengan Menggunakan Bahan-Bahan Yang Sedia Ada Di Dapur


1. Supaya Habuk Tidak Melekat Pada Perabot
Lap perabot dengan menggunakan bancuhan air dan softener kain dengan kadar 1:10 atau 1 bahagian softener dengan 10 bahagian air.

2. Kilatkan Lantai Rumah Dengan Sekilat-Kilatnya
Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas. Kemudia mop lantai seperti biasa. Baca Sini untuk >>Mop Lantai Tanpa Perlu Dibilas<<

3. Mewangikan Rumah
Campur softener dengan cuka. Kemudian spray di sekeliling rumah anda seperti di langsir-langsir dan sofa-sofa jenis fabrik. Bau wangi akan tahan lebih lama.

4. Menyegarkan Bilik Air
Campurkan satu sudu kecil bikarbonat, satu sudu kecil cuka dan satu cawan air. Masukkan kedalam penyembur dan sembur campuran tersebut di sekitar bilik air anda.

5. Wangikan Peti Ais
Matikan suis peti ais, keluarkan semua isi makanan dari peti ais. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais. Selepas kering, sapu sedikit esen vanila ros pada tuala tadi dan sapukan keseluruhan pada peti ais. Tutup peti ais selama 30 minit sebelum memasukkan semula isi makanan ke dalamnya.

6. Hilangkan Kotoran Singki " Stainless Steel"
Potong lemon menjadi dua, kemudia gunakan lemon tersebut untuk menyental bahagian kerak-kerak singki. Campurkan sedikit garam dan gosok menggunankan berus gigi terpakai. Kemudian bilas dengan air panas.

7. Hilangkan Bau Bilik Atau Rumah Yang Baru Di Cat
Ambil bawang besar dan potong dua bahagian. Letak di penjuru bilik atau rumah dan biarkan semalaman. Bau cat akan hilang dengan segera.

8. Mengilatkan Cermin
Masukkan sedikit cuka kedalam bekas. Celupkan kain kedalam bekas cuka untuk digunakan bagi mengelap cermin. Lakukan berulang kali. Cermin akan kelihatan berkilat dan seperti bary.

9. Hilangkan Kesan Pada Kayu Dengan Minyak Zaitun Dan Garam
Gunakan campuran minyak zaitun dan garam untuk menghilangkan kesan tersebut. Ianya akan kembali pulih seperti meja kopi yang baru.

Sekian tips dari saya, semoga berguna :)

8 ulasan:

  1. wah..boleh cuba ni..lagipun bahan-bahannya mudah diperolehi

    BalasPadam
    Balasan
    1. yaa sis, sangat2 di alu-alukan untuk mencuba ^_*

      Padam
  2. Terima kasih kongsi tips yang best ni. Mesti cuba.

    BalasPadam
  3. Banyaknya tips.. Tq😍

    BalasPadam
  4. Boleh cuba tips2 ni. Barang2 pun boleh guna yang ada dirumah.

    BalasPadam