Jumaat, 23 Disember 2016

Insiden yang mengejutkan..

Haii..  

Macam lama kita tak mencoret kat blog kan??  Sebenarnya Jesz busy sedikit sebab mak balik ke kampung halaman kan.  Tak sempat nak update blog.  

Ok , sesampai di Sabah ada pula insiden yang berlaku . Bak kata pepatah "malang tak berbau " huhu..  

Penerbangan saya dan suami adalah pada jam 10.15 malam pada 20hb Disember.  Jadi kami telah bertolak dari rumah ke airport lebih kurang jam 5 petang , sebab rumah jauh sikit dari airport.  Pada jam lebih kurang 6.30 petang sampai la saya dan husband di airport KLIA. So,  kami pun check in bag dan tiket untuk cari seat.  

Dipendekkan cerita,  jam 1.30 pagi kami selamat sampai ke KKIA SABAH.  Dan family sebelah husband pun jemput la kitaorang guna 2 kereta.  Satu produa Bezza dan satu lagi hilux Vigo . 

Lebih kurang 10 minit perjalanan ,tiba-tiba kemalangan yang tak terduga pula berlaku 😩 syukur semua selamat.  Tapi kejadian itu sangat mengerikan.  Sini Jesz bagi gambar kemalangan untuk korang tengok.  

Ini kejadian yang menimpa kami sewaktu tiba di Sabah.  Huhu.  Sangat trauma..  tapi syukur Tuhan itu menyertai..  

Disini Jesz nak pesan,  kalau nak balik kampung hati-hati yee semua.  Kita tak dapat nak duga apa kejadian yang berlaku . 

Coretan Jesz. 

Rabu, 7 Disember 2016

Bubur Kacang Hijau

Petang yang cantik harini Jesz rajin pula masak Bubur Kacang Hijau .. Sebenarnya lama da teringin nak makan, tapi Mr Husband busy kerja so terpaksa tangguhkan niat hendak pergi beli bahan-bahan ..ini lah padah kalau tak tahu memandu .. hihi

Semalam nasib baik Mr Husband cuti bolehlah kita ajak dia beli bahan buat bubur kacang ne , teringat pula kalau kat kampung , petang-petang makan bubur sambil duduk kat pondok luar rumah dengan angin sepoi-sepoi ..uhh~ indahnya .. Rindu kampung halaman sebenarnya .. hehhe

Ok , jauh sudah Jesz melarut , harini Jesz nak share la macamana Jesz buat bubur kacang hijau tuu. Senang je sebenarnya nak buat , bahan pun tak la mahal mana ..

Bahan-bahan :

Bahan A ,
1 Biji Gula Melaka ( Gula Apong )
2 Gelas Air
2 Gelas Gula ( Ikut korang nak manis atau kurangkan sedikit pun boleh )

Bahan B,
Kacang Hijau 3 Gelas ( better rendam semalaman supaya kacang cepat masak )
Santan 3 paket ( nak guna santan pekat pun boleh @ santan kelapa perah lagi bagus )
Garam Sedikit
Daun Pandan ( tak letak pun takpe ,ini untuk wangikan bubur sahaja )

1. Rebus gula melaka + air + gula sampai semua bahan sebati . Then, matikan gas biar seketika .
2. Bekas periuk lain pula rebus kacang hijau yang semalaman direndam sampai agak-agak kacang lembut dan kelihatan pecah-pecah .
3. Masukkan biji sagu .
4. Masukkan daun pandan.
5. Setelah biji sagu kembang , masukkan pula santan . Kalau korang nak letak durian boleh la letak sebelum masukkan santan .
6. Biarkan sehingga 5 minit dan matikan api .. Boleh la dimakan ..

Selamat Mencuba guys !!

Ahad, 4 Disember 2016

Kek Lapis Sarawak

Datang ke Sarawak mesti wajib "pulun" kek lapis Sarawak kan ...

Baru-baru ne biras ( emm, Husband Jesz punya sepupu punya isteri ) mereka ada lah bawa oleh-oleh kek lapis ne .. So, terdetik juga dalam hati kek lapis ne apa sebenarnya sejarah dia .. kenapa kek lapis Sarawak sangat sedap even di semenanjung & sabah juga boleh dapat tapi rasa kek lapis sarawak hmm memang meletop ! Sedap sangat .. Jesz ne sebenarnya bukan lah seorang yang suka makan kek .. terkadang kek tu hanya makan sesudu da tak mau . Tapi kek lapis Sarawak uhh~ memang Jesz makan tak pandang kiri kanan daa .. hahaha

Sejarah kek lapis Sarawak, sebenarnya kek ini berasal daripada Jakarta, Indonesia pada tahun 1970 an dan 1980an . Pada masa itu diceritakn orang Betawi datang ke Sarawak dan telah mengajar orang Sarawak bagaimana untuk membuat kek Betawi . Dan setelah itu orang Sarawak telah menambah bahan baru , perisa dan warna yang akhirnya menjadikan kek tersebut sebagai kek lapis sarawak . Sejak itu kek berwarna-warni dan sedap tersebut digelar Kek Lapis Sarak sehingga kini. Sebagai tambahan , kek lapis ini juga telah diinspirasi daripada pembuat kek dari Barat  pada aal tahun 1980an. Pada tahun 2011, pembuat kek Lapis Qalas-Qalas memperkenalkan design moden kepada tradisional kek Lapis dan telah memperkenalkan kek lapis sarawak dengan pelbagai perisa yang lebih sedap ..


Sarawak kek lapis sangat terkenal . Dan jika kamu ke Sarawak anda boleh mendapatkan harga kek lapis dalam Rm8 .. sangat murah . Boleh lah borong sebanyak mana yang korang nak dan mesti tak menyesal .. hihi

Bumi Kenyalang Sarawak , dalami serba sedikit makanan orang Sarawak ..


Terima Kasih kerana membaca ^_^ ..

Sabtu, 3 Disember 2016

Sisik ikan merah sebagai kolagen yang terbaik

Selamat malam, Harini Jesz nak share tentang Shaklee . hihi

And supplement ini adalah promosi bulan Disember ne.

Oright , Jesz nak terangkan serba sedikit tentang Collagen Powder Shaklee .

Untuk rasa leih sihat, kulit awet muda menawan.

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 400mg proprietri RSS (Red Snapper Scale ) Collagen , kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah .


Tujuh bahan utama yang terdapat didalam Collagen Powder Shaklee ini ialah , ekstrak biji benih Camellia Japonica , ekstrak Pfaffia , kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran .


Shaklee Collagen Powder mudah larut dalam minuman dan makanan kegemaran anda . Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan diamana sahaja .

Testimoni Pengguna Shaklee Collagen Powder ;-

Dalam satu box collagen powder ada 15 sachet , tapi keberkesanan collagen ne anda boleh lihat dalam tiga hari .. tapi jika anda nak kesan lebih optimum , gunakan selama sebulan .. kamu akan nampak the big different . hhihi

Disember Promosi :-

Beli dua dapat 5% diskaun, Beli 6 percuma 1 dan free membership Shaklee . yang bestnya bulan depan boleh dapat bonus cash !! nak join boleh la beli collagen shaklee 6 kotak . hhihi

Contact saya di :-

FB = JESTOM TJ
WHATAAP OR SMS = 0148645784
EMAIL : TOMMYJESNAH.JT@GMAIL.COM