Jumaat, 21 Julai 2017

Jangan Pandang Remeh Bila Keptuihan Berwarna Coklat & Bercampur Darah Kerana Ia Mungkin Petanda Kanser Rahim !

Kanser serviks bermula dengan sel-sel pada permukaan servik. Ia berlaku apabila sel-sel tersebut mula membesar dengan tidak terkawal hingga menyebabkan sel tersebut merebak ke tisu servik. Dari sinilah, sel-sel abnormal itu akan mula merebak ke bahagian lain seperti faraj, rahim atau usus. Keputihan yang biasa tetapi tanpa kita sedar ianya mungkin tanda awal kanser rahim.

Tanda-tanda Awal Perubahan Faraj

#1- Berlaku pendarahan pada faraj secara tidak normal
Kebanyakkan wanita yang didiagnosis dengan kanser serviks mengalami pendarahan yang tidak teratur. Satu tindakan yang dapat menjejaskan pendarahan faraj yang berlaku secara teratur boleh menjadi petunjuk kanser serviks.

Ia juga boleh disebabkan oleh keadaan perubatan lain, seperti ketidakseimbangan hormon, penyakit keradangan pelvis atau jangkitan pada organ-organ pelvis.

Kanser serviks mampu merebak ke tisu berdekatan. Ianya juga dapat mewujudkan kapilari baru yang tidak normal dan mudah pecah serta boleh menyebabkan pendarahan. Pendaraha itu boleh berlaku di antara tempoh haid atau selepas hubungan seks, selepas monopaus mahupun selepas pemeriksaan pelvik.

Pergi berjumpa dengan doktor jika anda mengalami pendarahan antara kitaran haid atau selepas hubungan seks. Ianya mungkin menjadi suatu timdakan awal dalam mencegah kanser serviks yang mungkin telah wujud dalam diri anda.

#2- Faraj mengeluarkan sesuatu cecair yang luarbiasa
Sedikit penjelasan kepada anda, cecair keputihan dan berbau adalah perkara biasa yang faraj anda mungkin akan keluarkan. Walau bagaimanapun, jika lelehan faraj bertambah, bau busuk dan cecair yang keluar tidak tetap, ia boleh menjadi awal tanda jangkitan faraj, kanser pangkal rahim atau endometrium.

Apabila mengalami kanser pangkal rahim, cecair keputihan yang keluar boleh menjadi berat, pucat berair atau becampur dengan darah. Jika anda mengalami gejala ini, segera merujuk kepada doktor sebelum terlambat.

4 ulasan:

  1. Kena berwaspadalah bila ada simptom di atas. Tak boleh pandang remeh je. Pencegahan awal boleh menyelamatkan nyawa

    BalasPadam
  2. Hati-hati para wanita. Jangan leka. Jangan alpa. Jaga kebersihan diri kita. Terima kasih atas info ini.

    BalasPadam
  3. Memang seram n takut klu der kputihn..
    Ingt ya ..bila ada keputihn..
    Pstikn ia normal..if xbbrp normal terus jumpa doc

    BalasPadam
  4. Haih bahayanya.. Sebab tu kena peka dengan kesihatan kita sendiri

    BalasPadam