Rabu, 7 Disember 2016

Bubur Kacang Hijau

Petang yang cantik harini Jesz rajin pula masak Bubur Kacang Hijau .. Sebenarnya lama da teringin nak makan, tapi Mr Husband busy kerja so terpaksa tangguhkan niat hendak pergi beli bahan-bahan ..ini lah padah kalau tak tahu memandu .. hihi

Semalam nasib baik Mr Husband cuti bolehlah kita ajak dia beli bahan buat bubur kacang ne , teringat pula kalau kat kampung , petang-petang makan bubur sambil duduk kat pondok luar rumah dengan angin sepoi-sepoi ..uhh~ indahnya .. Rindu kampung halaman sebenarnya .. hehhe

Ok , jauh sudah Jesz melarut , harini Jesz nak share la macamana Jesz buat bubur kacang hijau tuu. Senang je sebenarnya nak buat , bahan pun tak la mahal mana ..

Bahan-bahan :

Bahan A ,
1 Biji Gula Melaka ( Gula Apong )
2 Gelas Air
2 Gelas Gula ( Ikut korang nak manis atau kurangkan sedikit pun boleh )

Bahan B,
Kacang Hijau 3 Gelas ( better rendam semalaman supaya kacang cepat masak )
Santan 3 paket ( nak guna santan pekat pun boleh @ santan kelapa perah lagi bagus )
Garam Sedikit
Daun Pandan ( tak letak pun takpe ,ini untuk wangikan bubur sahaja )

1. Rebus gula melaka + air + gula sampai semua bahan sebati . Then, matikan gas biar seketika .
2. Bekas periuk lain pula rebus kacang hijau yang semalaman direndam sampai agak-agak kacang lembut dan kelihatan pecah-pecah .
3. Masukkan biji sagu .
4. Masukkan daun pandan.
5. Setelah biji sagu kembang , masukkan pula santan . Kalau korang nak letak durian boleh la letak sebelum masukkan santan .
6. Biarkan sehingga 5 minit dan matikan api .. Boleh la dimakan ..

Selamat Mencuba guys !!

Tiada ulasan:

Catat Komen