Sabtu, 22 April 2017

Tips Penyimpanan Buah Avacado Agar Cepat Masak

Selalunya, apabila kita membeli avacado mesti penjual akan menjual avacado yang mentah. Jadi bagi yang tak tau macamana nak simpan avacado ne sehingga masak, disini saya ada kongsikan caranya.

Buah avacado berasal dari Negara Amerika Tengah dan Mexico. Terdapat pelbagai zat didalam buah ini. Buah avacado sering digunakan untuk membuat jus, kek, kuih-muih dan macam-macam lagi, rasanya yang enak dan lemak-lemak membuatkan buah ini ramai penggemarnya.

Cara memeram buah avacado ada banyak cara seperti menyimpan buah avacado dalam beras, tetapi terkadang avacado tidak  masak dengan sempurna, ada sebahagian yang masih mentah. Jadi boleh cuba cara saya peram avacado ini.

1) Sediakan avacado yang ingin diperam.
2) Kupas bahagian tangkai avacado seperti dalam gambar.

3) Selepas itu, tutup bahagian atas avacado yang dikupas menggunakan tisu, lalu selotepkan tisu tersebut.

4) Kemudian, simpan avacado ditempat yang gelap, boleh juga didalam tempat beras atau dibawah singki.
5) Biarkan selama 4-7 hari, lalu lihat hasilnya :)

Selamat mencuba guys!

Jumaat, 21 April 2017

7 Tips Elakkan Gout

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NH (National Institute Of Health In AMERICA), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta  penduduk di Amerika dan kerap  dihadapi oleh lelaki berusia antara 40-50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak dan remaja.

Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik didalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk  'kristal asid urik' pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang rosak, semakin sukar untuk buah pinggang mengeluarkan asid urik dari dalam tubuh.

7 Tips Elakkan Gout


  • Kurangkan berat badan = Sekiranya anda overweight, kurangkan ia secara berperingkat. Penurunan berat badan oleh mengurangkan asid urik.
  • Kurangkan makan makanan yang tinggi purine = Purine adalah komponen yang menyumbang kepada terjadinya gout. Mengawal pengambilan makanan yang tinggi purine seperti organ hati dan jantung, daging, ikan bilis, sardin, kerang-kerangan. Ini boleh mengurangkan potensi untuk mendapat gout.
  • Minum lebih banyak air kosong = Dianggarkan 90% kes gout adalah disebabkan oleh ketidakmampuan buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik dalam badan sepenuhnya melalui urin. Pengambilan air dipercayai boleh meningkatkan kadar penyingkiran bahan-bahan yang tidak bermanfaat dan berlebihan seperti asid urik dari badan.
  • Ambil makanan yang kaya dengan kalsium dan tinggi antioksidan = Makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti sayuran dan buah-buahan seperti pisang, kentang, susu dan yogurt. Makan juga makanan yang kaya dengan vitamin C khususnya sitrus dan strawberi.
  • Elakkan minum minuman beralkohol dan soft drink = Alkohol bboleh menyumbang kepada peningkatan asid utik, manakala soft drink boleh menghalang penyerapan kalsium.
  • Hadkan pengambilan makanan bergoreng = Lemak dan minyak bertukar menjadi tengik pada suhu yang tinggi seperti menggoreng. Tambahan pula sekiranya ia digunakan menggoreng berkali-kali. Lemak tengik akan menghancurkan vitamin E dengan cepat dan meningkatkan asid urik dalam darah.
  • Berbekam = Berbekam boleh membantu menurunkan kadar asid urik dalam darah.
Semoga bermanfaat:)

Rabu, 19 April 2017

Resepi Kuih Seri Muka

Petang semua:) Disebabkan ramai yang berminat mahu tahu resepi kuih seri muka, disini saya share reseipi untuk kamu.. Tak susah pun sebenarnya buat kuih seri muka ne:) yang penting masa buat muka berseri-seri. haha

Ok, Tengok bawah ne saya share resepi ya guys! Semoga membantu..

Bahan-Bahan :

  • 2 cawan beras pulut
  • 4 1/2 cawan santan pekat (Kalau guna santan fresh dari kepala lagi sedap)
  • 2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung @ kastard
  • 3 helai daun pandan (Kisar, dan ambil airnya 1/2 cawan)
  • 3-4 titik pewarma hijau 
  • 1 biji telur
Kuih seri muka mempunyai dua lapisan, jadi pertama kita buat lapisan bawah.

Bahan Lapisan Bawah :
  • 2 cawan beras pulut 
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam 
Cara Memasak :
  1. Rendam dulu beras pulut selama 1-3 jam. Mahu rendam semalaman pun boleh, supaya pulut lebih lembut nanti.
  2. Setelah pulut direndam, letakkan dalam loyang untuk dikukus.
  3. Sebelum beras pulut dikukus, masukkan santan dan garam, gaul sebati bersama dengan beras pulut.
  4. Setelah itu, kukus 45minit-1 jam.
  5. Bila buka pengukus, nampak air santan dah kering, tekan-tekan beras pulut agar lebh kemas nanti.
  6. Setelah selesai, ketepikan seketika.
Bahan-bahan Bahagian atas :
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung jagung @ kastard
  • 3-4 titik pewarna hijau
Cara Buat :
  1. Campurkan semua bahan diatas. Gaul menggunakan whisk atau sudu pun boleh. 
  2. Gaul sehingga semua sebati. 
  3. Selepas itu, tapiskan dengan penapis. ( Bagi membuang tepung yang berketul-ketul)
  4. Setelah siap ditapis, masukkan kedalam loyang yang ada beras pulut tadi secara perlahan-lahan.
  5. Dan kukus sekali lagi selama 30 minit-40 minit. 
  6. Apabila bahagian atas kuih agak keras sudah dan tidak cair, bolehlah matikan gas.
  7. Kalau atas kuih seperti agak berair disebabkan terkena wap dari penutup periuk, ambil sehelai tisu dan letak atas kuih seketika.
  8. Setelah itu, biarkan kuih sejuk seketika, baru potong dan boleh lah dihidang ^_^
  9. Jangan potong waktu panas, kerana akan hancur. hehe
Ok, dah siap bolehlah kopi-kopi:) Selamat mencuba semua.

Atasi Masalah Bell Palsy Dengan Selamat

Sejak kebelakangan ini, banyak saya dengar orang yang terkena bell palsy. Pernah dengar ka apa dia bell palsy ni? Bell palsy berlaku apabila saraf dimuka (Facial nerve) lumpuh atau menjadi lemah. Facial nerve adalah saraf yang bertanggungjawab untuk mengawal otot muka kita dan juga sebahagian daripada deria rasa.

Jadi bayangkan bila saraf di bahagian muka mula lumpuh, kita nak bercakap susah, muka jadi senget, nak tutup mata pun susah. Punca berlakunya bell palsy  adalah tidak diketahui. Dalam perubatan mereka panggil idiophatic. Disebabkan simptom seperti strok, doktor kena rule out dulu penyakit seperti strok, kanser otak, jangkitan herpes sebelum mereka diagnos sebagai bell palsy.

Apakah Simptom Bell Palsy?

  1. Air liur meleleh.
  2. Muka senget sebelah.
  3. Mata tak boleh tutup rapat.
  4. Tak boleh angkat kening.
  5. Sensitiviti terhadap bunyi semakin meningkat.
  6. Rasa kebas di sebelah muka.
  7. Rasa sakit dalam atau belakang telinga.
  8. Hilang deria rasa makan.
Bagaimanakah Bell Palsy Dirawat?
Kebiasaannya ia akan sembh sendiri dalam masa beberapa bulan. Kadang-kadang mengambil masa lama. Tetapi ada juga kes di mana pesakit perlu ambil steroid.

Apakah Suplemen Yang Dapat Membantu?
Saya sarankan ambil vivix sebagai suplemen wajib. Kenapa? Resveratrol dalam vivix mampu membaik pulih sel  dan dalam masa yang sama dapat bertindak sebagai anti-radang. Selain itu, perlu juga ambil B-complex kerana B-complex adalah suplemen terbaik untuk kesihatan saraf.

Jom tengok testimoni mereka yang berjaya atasi bell Palsy dengan pengambilan suplemen shaklee:)

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Kenapa mesti suplemen shaklee? Kerana vitamin keluaran shaklee terbukti berkesan melalui kajian pihak ketiga atau landmark study. Dan yang paling penting, semua vitmin shaklee dihasilkan daripada sumber semulajadi dan bukanlah vitamin sintetik. Jadi ia sangat selamat untuk diambil secara konsisten setiap hari.

Untuk mendapatkan suplemen vivix dan set penuh bell palsy, anda boleh menhubungi saya di Facebook: Jestom TJ , WhatApp: 0148645784 atau terus klik www.wasap.my/60148645784, Email :Tommyjesnah.jt@gmail.com. Sekian terima kasih :)

Selasa, 18 April 2017

Saya bangun pagi, muka sebelah dah jatuh.. Tak boleh senyum, mata tak boleh tutup.. Air mata mengalir macam menangis .. Rasa sakit sangat.. Muka sebelah rasa tegang je .

Kamu tahukah penyakit bell palsy?

Bell palsy adalah sejenis penyakit kelumpuhan pada bahagian saraf  muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada saraf muka, contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebarang sebab dan berlaku kelumpuhan maka ia dipanggil Bell's Palsy.

Bell's Palsy dikenalpasti melalui bentuk muka yang seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf muka berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak dapat dikerdip dan ditutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian terjejas.

Gambar dan testimoni dibawah ini menunjukkan seorang pesakit yang mengambil vivix setelah mendapati dirinya diserang bell palsy. Akhirny setelah 3 bulan mengambil Vivix serta Omega Guard, B Complex, Vitamin E Complex berserta dengan fisioterapi, customer ini pulih daripada bell palsy.

Testimoni Pesakit Bell Palsy

02 Oktober 2015

Saya bangun pagi, muka sebelah dah jatuh.. Tak boleh senyum, mata tak boleh tutup.. Air mata mengalir macam menangis .. Rasa sakit sangat.. Muka sebelah rasa tegang je .

Doktor sahkan saya diserang bell palsy, bukan stroke! Tapi kelumpuhan sebelah otot muka. Hanya Allah yang tahu macamana perasaan saya ketika itu.

Saya di steroid, punca bell palsy tidak dketahui. Tapi sebenarnya saya baru lepas bersalin. Ada yang kata wanita lepas bersalin memang senang kena bell palsy.

Selepas berjumpa dengan doktor pada hari itu, saya rasa ingin mencuba alternatif lain. Apabila saya google dan saya ternampak produk shaklee. Iaitu vivix, omega guard, b-complex dan vitamin E. Akhirnya, saya berhenti mengambil steroid. Saya hanya fokus pada suplemen shaklee.

Saya juga menjalani fisioterapi.. Alhamdulilah! Selepas 90 hari saya diberi kesempatan untuk senyum kembali.. Terima kasih Shaklee.

Hanya penghidap bell palsy sahaja yang tahu bagaimana sakitnya jika diserang penyakit ini. Actually, ia lebih kepada membuatkan kita punya self-confidence jatuh di level terbawah sekali. Tapi syukur ke hadirat Allah, dia berikan kembali senyuman diriku ..

Cara Order Produk Shaklee.

Boleh hubungi saya Jesnah Joseph (0148645748) untuk mendapatkan produk shaklee. Terima kasih:)

Isnin, 17 April 2017

Penyakit Bell Palsy, Ketahui Tanda Awal Penyakit Ini...

Apa Itu Bell Palsy ?

Bell palsy adalah sejenis penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak dketahui punca) akibat ketidakfungsian saraf tengkorak  VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian terjejas.

Walau bagaimana pun, bell palsy ini bukanlah sejenis strok kerana pesakit yang mengalami strok biasanya akan mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah sahaja, malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan bell palsy dimana penghidapnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

Kebiasaannya, bell palsy akan menyerang secara random dikalangan meraka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stress. Malah, ada juga kes yang berlaku dikalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.

Simptom Dan Tanda Bell Palsy

  • Bentuk muka seakan jatuh sebelah.
  • Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan ditutup.
  • Senyuman dan pergerakan bibir terganggu.
  • Lidah mengeras.
  • Kening seperti berkerut dan terangkat.
  • Air liur meleleh.
  • Hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang bell palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Kaedah Rawatan Bell Palsy Yang Diberikan Di Hospital

  • Bagi pesakit yang menunjukkan kelumpuhan menyeluruh, terutama melalui petunjuk mata dan mulut yang tidak boleh ditutup pada bahagian terjejas, dirawat dengan pembedahan khas. Walaubagaimanapun, pesakit dinasihatkan mendapat rawatan awal dalam masa 48 jam selepas serangan berlaku bagi memudahkan proses pemulihan.
  • Bagi masalah yang dikenalpasti berpunca daripada radang, doktor akan memberi antiviral berserta steroid. Namun, dalam kebanyakkan kes yang berlaku, steroid dilihat lebih berkesan berbanding antiviral.
  • Pesakit juga disarankan untuk melindungi mata mereka daripada terdedah dengan memakai pelindung dan menitis ubat cecair bagi mengelak mata menjadi kering akibat kesukaran mengerdip mata.
  • Adakalanya rawatan fiioterapi diberikan kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi ialah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. Namun begitu, hasil dari beberapa kajian mendapati fisioterapi tidak membantu sepenuhnya.
  • Bagi masalah bell palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Pelbagai teknik pembedahan telah dikenalpasti bagi membantu pesakit bell palsy. Antaranya, ialah pembedahan memperbetulkan tulang yang terjejas dan pembedahan mengembalikan senyuman (smile surgery).
Kaedah Rawatan Alternatif Secara Semulajadi, Cepat Dan Selamat
Vivix adalah suplemen yang terbaik bagi membantu menyelesaikan masalah bell palsy ini kerana ia bertindak dengan melindungi dan memperbaiki sel hingga ke tahap DNA, menambah tenaga sel dan meningkatkan prestasi sel.

Apa Kata Mereka Yang Telah Sembuh Dari Bell Palsy Dengan Ikhtiar Vivix

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4


Cara Order Vivix
#1 Boleh hubungi saya Jesnah Joseph (0148645784), Facebook (Jestom TJ), Email :Tommyjesnah.jt@gmail.com atau terus klik www.wasap.my//60148645784 untuk WhatApp saya.

#2 Anda juga boleh membuat pembelin terus menggunakan kad debit dengan klik Beli Vivix Sekarang dan penghantaran akan terus dilakukan ke alamat yang anda masukkan oleh Gdex @ Citylink.

Ahad, 16 April 2017

Atasi Bibir Yang Kering Dengan Melakukan 5 Tips Ini!

Bibir menentukan penampilan anda. Bibir yang indah membuatkan anda kelihatan lebih cantik dan menarik. Itulah kebanyakkan wanita tidak suka bibirnya kering kerana akan membuat bibir kelihatan seperti retak dan terkupas.

Bibir yang kering ini, biasanya disebabkan oleh kekurangan vitamin, alergik,perubahan cuaca atau akibat selalu menjilat bibir menggunakan lidah.

Dibawah ini saya sertakan tips bagaimana untuk mengatasi masalah bibir kering.

1. Timun
Timun mengandungi banyak air, dan ia dapat memberikan kesegaran kepada seseorang apabila digunakan sebagai pelempab dimuka, begitu juga dengan dibibir.

**Caranya: Ambil sehiris timun,gosol lembut keseluruh permukaan bibir dan biarkan selama 15 minit lalu bilas dengan air. Amalkan beberapa kali sehari untuk dapat hasil yang terbaik.

2. Lidah Buaya
Lidah buaya mengandungi higroskopis yang dapat melembapkan bibir kering, ia juga bersifat anti-inflamasi yang membantu menyembuhkan rasa sakit.

**Caranya: Ambil bahagian dalam lidah buaya@gel lidah buaya, oleskan diseluruh permukaan bibir, biarkan sehingga kering. Lalu bersihkan menggunakan air bersih. Amalkan setiap hari sehingga dapat hasil yang memuaskan.

3. Lemon
Lemon dapat membantu mengatasi bibir kering dengan menjadikan bibir lebih lembut dan lembab.

**Caranya: Campurkan 1 sudu susu dan beberapa titis lemon, simpan seketika dalam pei sejuk. Setelah itu. goleskan diseluruh bibir anda. Amalkan setiap hari.

4. Gula 
Gula akan membantu pengelupasan sel-sel kulit mati dan melembabkan bibir.

**Caranya: Campurkan gula dengan beberapa titis minyak kelapa, letak dibibir, gosok dengan lembut dan biarkan selama 10 minit. Setelah itu,bilas menggunakan air suam.

5. Teh
Teh akan membantu melembapkan bibir.

**Caranya: Selepas bancuh teh, jangan buang uncang teh tersebut. Tetapi, buka uncang tersebut dan ambil serbuk teh lalu letakkan dibibir, biarkan selama 5 minit. Lakukan setiap hari hingga dapat keputusan yang memuaskan.

Selain menggunakan 5 cara diatas, anda juga harus elakkan dari melakukan hal ini :-

  • Hindari kebiasaan membasahi bibir dengan lidah @ menjilat bibir. Kerana air liur cepat mengering membuat bibir lebih kering dari sebelumnya.
  • Minum cukup air untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Jangan kupas bibir yang kering. Gunakan kapas yang telah dibasahi sedikit dengan air suam dan sapu pada bibir untuk hilangkan sel-sel kulit mati tersebut.
Okey, sekian tips dari saya, boleh la anda cuba dirumah ya:)


Sabtu, 15 April 2017

Resepi Karipap Inti Kentang

Lama suda teringin mahu makan karipap, tapi asal pergi ke kedai, kuih selalunya dah habis. So, kita merajinkan diri untuk membuat karipap sendiri dirumah~ hehe Dan inilah hasilanya. Dibawah ini saya ada kongsikan resepi untuk anda buat sendiri dirumah :)

Bahan-bahan :

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan mentega 
  • Kentang 3 biji
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Kari ayam 3 sudu makan
  • Air 1/2 cawan
  • Garam sedikit
  • 200Gram isi ayam (Tambahan)
Cara Memasak :

Inti Karipap
  • Buka kulit kentang, dan rebus kentang sehingga lembut.
  • Saya tambah isi ayam cincang dalam 200gram .
  • Setelah kentang lembut, potong dadu.
  • Hiris bawang putih dan bawang merah.
  • Panaskan minyak dalam 2 sudu makan, dan masukkan bawang putih dan bawang merah.
  • Apabila bawang agak garing, masukkan serbuk kari yang dicampurkan dengan sedikit air, agar kari menjadi pes.
  • Setelah itu, masukkan kentang yang telah dipotong dadu diikuti dengan ayam yang telah dicincang.
  • Masukkan air sedikit dan tambah perasa. Masak dalam 10 minit agak-agak isi ayam dah masak dan ketepikan seketika.
Cara buat kulit karipap
  • Sediakan tepung gandum didalam sebuah bekas tahan panas.
  • Panaskan mentega didalam kuali sehingga cair. Bila mentega dah cair tuangkan mentega tersebut kedalam bekas yang ada tepung gandum tadi. 
  • Setelah itu, sebatikan tepung gandum dengan mentega. Kalau tak tahan panas boleh gaul guna sudu dulu. Bila mentega agak-agak sejuk boleh la diuli menggunakan tangan.
  • Setelah mentega dan tepung gandum sebati, masukkan air sedikit demi sedikit agar doh tidak terlalu cair. Uli sehingga doh tidak melekat ditangan.
  • Lepas tu, boleh lah start mengkelim karipap. Kalau tak berapa pandai kelimkan karipap, anda boleh cari acuan buat karipap.
Dah siap, boleh lah buat untuk minum petang atau sarapan bersama keluarga. Sekian terima kasih :)

Jumaat, 14 April 2017

Sinopsis Cerita Fast & Furiuos 8 Versi Bahasa Melayu

Selamat petang semua, baru kelmarin kan keluar movie terbaru Fast & Furious 8 yang ditunggu-tunggu selama ne, So saya pun tidak ketinggalan untuk melihat movie tersebut. Hehe Jadi petang ne saya kongsikan sinopsis Fast & Furious 8 bagi anda yang belum sempat pergi tengok lagi~


Watak Yang terlibat :

  • Dominic Torreto (Vin Diesel)
  • Letty Ortiz (Michelle Rodriguez)
  • Luke Hobbs (Dwayne Johnson)
  • Roman Pearce (Tyrese Gibson)
  • Tej Parker (Ludacris)
  • Cipher (Charize Theron)
  • Elena Neves (Elsa Pataky)
  • Ramsey (Nathalie Emmanuel)
  • Tego Leo (Tego Calderon)
  • Rico Santos (Don Omar)
Sinopsis :

Dalam cerita ini, Dominic dan Letty tengah berbulan madu di Cuba, namun kehadiran seorang wanita yang licik dan pakar penggodam. Dia ialah Chiper. Chiper ingin Dominic bekerja dengannya untuk menakluki dunia. Chiper juga adalah seorang yang mencipta God Eye dalam Fast & Furious 7.

Pada awalnya, Dominic tidak bersetuju dengan Chiper, namun akhirnya dia terpaksa akur apabila Chiper menunjukkan sebuah video yang membuatkan Dominic Tidak mampu untuk menolak pelawaan Chiper untuk mengikuti perintahnya untuk menjalankan sebuah misi terlarang.

Luke Hobs mendapat kerja untuk mengambil senjata EMP yang dicuri. Pada waktu dia diberi kerja tersebut, dia diminta untuk mencari pasukan. Luke Hobs lalu menghubungi Dominic untuk mendapatkan bantuan. Ketika misi mengambil EMP berjaya, Dominic terpaksa mengkhianati Luke Hobs dan kawan-kawannya. Ia menyerah senjata EMP tersebut kepada Chiper.

Luke Hobs telah menjadi mangsa pengkhianatan Dom dan dipenjara di Jerman Berlin.Tetapi ata bantuan Mr Nobody dia bebas. Luke Hobs bekerjasama dengan Mr Nobody untuk mencari Dom dan Chiper. Mereka menubuhkan pasukan untuk menangkap Dom. Shaw juga terlibat dalam kumpulan mereka.

Dominic menjadi jahat kerana Elena dan anak lelakinya dalam tahanan Chiper. Jika dominic enggan mendengar kata-kata Chiper ia akan membunuh Elena dan anaknya. Jika korang ingat Elena ni ialah wanita polis yang bersama Dominic ketika Letty hilang dulu. Masa Dominic jumpa Letty, Elena sudah mengandung anak Dominic. Elena baru hendak mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada Dominic tapi Letty dah balik dan waktu itu jugalah Chiper menculik mereka.

Dominic tidak mampu melawan Chiper, kerana setiap gerak-geri beliau diawasi sepenuhnya dengan Chiper. Waktu dia berjumpa dengan Elena dan anaknya dalam kapal Halimunan Chiper, dia sangat sedih kerana tidak mampu memegang anaknya sendiri. Dan ketika itu Dominic telah membuka rantai Salibnya untuk diletakkan didepan cermin kebal bilik Elena dan anaknya.

Tugas Dominic tidak habis disitu. Dia diarahkan oleh Chiper untuk mencuri Bom nuklear yang berada di New york. Ketika di New York , Dom telah menggunakan muslihat ats bantuan kawan-kawannya untuk berjumpa dengan Puan Lan iaitu ibu Shaw dan memberikan sebuah jam tangan untuk mengesan Chiper.

Setelah itu, Dom berpura-pura menembak Shaw. Sebenarnya, Shaw tidak mati, Dom hanya ingin Shaw pergi menyelematkan anaknya. Selepas Dom mencuri bom nuklear, Elena mati dibunuh oleh orang suruhan Chiper kerana Dom tidak membuat kerja dengan betul.

Seterusnya, Chiper mempunyai tugas terakhir untuk Dom sebelum dia mnyerahkan anak Dom. Dia ingin Dom mencuri Kapal Selam Rusia. Pada waktu misi Dom berjalan untuk mencuri kapal tersebut, Luke Hobs dan kawan-kawannya telah bersedia untuk menangkap Dom. Dom berjaya menjalankan misi tersebut, namun Luke Hobs dan kawan-kawannya tidak membiarkan Chiper dan Dom mencuri kapal tersebut dengan mudah.

Shaw dan adiknya telah pergi ke kapal halimunan Chiper untuk menyelamatkan anak Dom. Setelah anak Dom selamat, Dom telah mengkhianati Chiper. Dan dia berjaya menyekat kapal Selam tersebut untuk menjadi milik Chiper.

Dan akhirnya, Dom kembali kepada rakan-rakannya. Oh ya, rantai Salib yang dom letak atas kapal itu sebenarnya ada GPS untuk mengesan Chiper & the gang. Brian dan Mia pula telah bersara ..Itulah mereka tiada dalam Movir FF8 ne.

Itu sahaja, tapi saya cadangkan anda harus pergi menonton movie ini, kerana sangat seronok :)


Khamis, 13 April 2017

Tips Hilangkan Kelemumur

" Saya tengok awak ne tak henti-henti garu kepala, rimas saya tengok", "Eh! apa putih-putih kat rambut awak tu?". Awak ne ada kutu ke? dari tadi tergaru-garu kepala"

Pernah hadapi situasi macam diatas ? Siapa tak malu bila dicakap ada kutu kan? Apa kata anda cuba tips yang saya kongsikan .. Mana tahu berhasil. Selamat mencuba.

Cara Hilangkan Kelemumur 

1. Minyak Bayi (Baby oil)

Minyak bayi mengandungi beberapa bahan yang sangat baik kepada prmukaan kulit. Ia bukan sahaja ssesuai kepada bayi sahaja, malah kepada orang dewasa juga. Termasuklah dalam penjagaan kulit kepala. Langkah-langkahnya adalah :

  • Sapukan baby oil pada permukaan kulit kepala. Ratakan dan urut sedikit.
  • Tudungkan kepala anda dengan tuala dan biarkannya untuk semalaman.
  • Basuh dengan syampu anti-kelemumur yang berkualiti. Minyak dari baby oil sepatutnya melembutkan kulit kepala anda semasa anda sedang tidur dan memudahkan kelemumur tersebut tertanggal.
  • Amalkan sebelum anda tidur setiap hari sehingga dapat hasil memuaskan.
2. Egg oil ( Eyova )

Minyak telur ataupun egg oil mengandungi omega 3 seperti Docosahexaenoic Acid (DHA) yang mana boleh menggiatkan semula sel folikel pada kulit. Ini boleh menghilangkan kelemumur pada permukaan kulit kepala. Langkah-langkahnya ialah :
  • Sapu dan urut minyak telur (egg oil) ke atas kulit kepala selama 5-10 minit dan biarkannya untuk semalaman.
  • Syampu rambut pada pagi harinya.
3. Listerine Original (Colour oren)

Caranya : 
  • Masukkan 1/2 listerine bersama 1/2 air dalam botol spray.
  • Spray terus di kulit kepala.
  • Amalkan sekali sebulan atau 2 minggu sekali.
4. Limau nipis@purut + Baking soda
 
Penggunaan limau nipis ataupun limau purut dalam menghilangkan kelemumur sudah diamalkan turun-temurun lagi. Caranya :
  • Campurkan air perahan limau nipis ataupun limau purut dengan baking soda.
  • Sapu pada permukaan kulit kepala dan biarkannya selama beberapa minit.
  • Apabila kulit kepala terasa gatal, mula bersihkannya.
  • Bilas rambut dengan air bersih.
  • Amalkan setiap hari sehingga dapat keputusan memuaskan.
5. Lemon

Asid dalam jus lemon memecahkan kelemumur yang berkumpul secara tidak langsung membersihkan kulit kepala. Caranya :
  • Asingkan jus lemon kepada dua, satu sudu dan dua sudu serta secawan air.
  • Sapukan dua sudu jus lemon pada kulit kepala dan usap perlahan kemudian biarkan seketika agar ia menyerap.
  • Campurkan satu sudu lagi bersama secawan air dan bilas kepala anda.
  • Lakukan 2 kali seminggu.
6. Baking soda

Gantikan syampu rambut anda dengan baking soda. Baking soda digunakan dalam pelbagai situasi termasuklah dalam menghilangkan kelemumur. Caranya :
  • Gosok sedikit baking soda pada rambut dn kulit kepala anda.
  • Kemudian,bilas selepas satu minit.
  • Amalkan setiap hari untuk 2 minggu , anda akan terkejut melihat hasilnya!
7. Minyak kelapa

Kelapa mempunyai banyak kegunaan dan salah satunya adalah menghilangkan kelemumur. Caranya:
  • Basahkan rambut anda dan keringkannya (untuk hilangkan semua kotoran yang mungkin ada)
  • Sapukan minyak kelapa pada permukaan kulit kepala anda dan biarkan untuk beberapa minit.
  • Bilas dengan air bersih. Pastikan anda bilas sehingga tiada kesan minyak tersebut.
  • Amalkan sekali seminggu sehinggalah kelemumur tersebut tiada lagi.
8. Yogurt

Penggunaan yogurt adalah salah satu yang paling senang untuk hilangkan kelemumur. Caranya:
  • Bilas rambut dengan air kemudian sapukan yogurt keatas kulit kepala dan biarkan 10-15 minit.
  • Bilas dengan air yang bersih. Guna syampu dengan kadar yang sedikit sekiranya perlu.
9. Pisang dan Cuka

Percaya atau tidak, gabungan pisang dan cuka boleh merawat kelemumur. Caranya :
  • Kupas satu ulas pisang.
  • Campurkannya dengan 2 cawan cuka dan lumatkan sehingga menjadi pes.
  • Kemudian, sapukannya keatas kulit kepala dan rambut.
  • Biarkan selama 15-20 minit atau sehingga 1 jam dan kemudian bilas dengan sempurna.
  • Amalkan setiap hari selama seminggu.
10. Aspirin

Caranya:
  • Pecahkan 2 tablet aspirin sehingga lumat.
  • Masukkanya kedalam syampu rambut anda, dan guna syampu seperti biasa.
  • Biarkan syampu pada kepala anda untuk seketika dalam 2-5 minit kemudian bilas seperti biasa.
11. Garam

Caranya:
  • Bancuh 2 sudu garam dengan sedikit air suam.
  • Lumurkan dikepala sambil picit perlahan supaya air garam sebati ke seluruh kulit kepala.
  • Biarkan lebih kurang 5 minit, kemudian bilas dengan air.
  • Amalkan 2x seminggu.
Selamat mencuba:) 

Rabu, 12 April 2017

Sakit Pinggang Disebelah Kiri Yang Disangka Sakit Biasa Rupa-Rupanya Ada Batu karang...


Batu karang dalam buah pinggang, kalau anda pernah mengalaminya pasti tahu rasa kesakitan tersebut. Sakit pada bahagian pinggang yang keterlaluan dan Kak Su ini pula bukan sekadar mengalami sakit akibat batu karang dalam buah pinggang, malah juga tekanan darah rendah, migrain dan juga masalah period. Banyak bukan? Bagaimana ingin memulakan 'life at fourty' jika semua jenis penyakit datang menyinggah.
***************************************************************************


TESTIMONI 022 : SUHAILA ABDUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Nor Suhaila Abdul , dikenali sebagai Kak Su.Saya berusia 40 tahun.Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.

Sebelum ini kulit saya tidak pernah mengalami masalah sehinggalah saya melahirkan anak yang ke 3.Muka saya dipenuhi jerawat dan kulit saya mulai kusam dan kering.Jeragat mulai naik di pipi dan juga di bahagian hidung.Saya memang pernah mencuba berbagai produk kecantikan dan suplimen tapi semuanya tak pernah kekal.Sehinggalah saya diperkenalkan oleh adik ipar saya iaitu kolegen Shaklee.Saya mencuba sebanyak sekotak.Tapi selepas itu saya stop sebab saya memang tak konsisten makan kolegen tersebut.

Suatu hari saya diserang sakit dibahagian pinggang sebelah kiri sehinggakan saya tidak dapat bangun dan sakit yang amat sangat.Selepas mendapatkan rawatan doctor, disahkan bahawa dibahagian kiri buah pinggang saya terdapat batu karang.Doktor memberikan saya ubat pecahkan batu karang.Saya makan sampai habis ubat tersebut tetapi rasa sakit dan kencing tidak lawas masih saya alami.Disamping masalah batu karang saya juga mengalami masalah tekanan darah rendah serta sering pening dan juga period yang tidak datang selama setahun lebih.

Selepas bertanyakan kepada adik ipar dan membaca tentang testimoni suplimen Shaklee, saya bertekad ingin mencuba VIVIX.Selepas mencuba vivix selama sebulan secara konsisten, perkara pertama yang menggembirakan saya ialah , saya sudah datang period dan kali ini period adalah selama 9 hari dimana sejak anak dara period saya hanya 4 hari sahaja.Setiap bulan period saya datang dengan konsisten selama 9 hari.Tanpa saya sedari, rasa sakit dulu sudah tidak dirasai lagi .Saya tidak lagi mengalami sakit dibahagian buah pinggang kiri,tiada lagi masalah kencing kotor serta tidak lagi mengalami sakit kepala keterlaluan seperti dulu.Malahan jarang sekali berjumpa doctor untuk rawatan.. Saya ni memang tidak konsisten makan vitamin, tapi dengan vivix, boleh dikatakan saya akan minum setiap hari sebelum tidur tanpa terlupa.Kesan lain yang saya rasai pada badan adalah sangat berbeza dari dulu.Saya tidak mudah letih menguruskan 5 anak di rumah dan mengurus anak murid disekolah. Minum vivix asalnya sebab nak sembuhkan sakit batu karang.Tapi banyak pula yang lain yang dapat kesan tip top.

Dan yang paling memeranjatkan saya ialah gambar ini.Saya sendiri tidak menyedari perubahan pada kulit muka dan wajah sendiri sehinggalah saya menjumpai gambar lama ini. Kesan jeragat dan kulit kusam mulai pudar dan tona kulit semakin sekata.Dan kini saya mula konsisten semula pengambilan kolegen shaklee bagi mendapatkan hasil yang lebih umphhh….

Sehingga ke hari ini bukan saya sahaja yang mengamalkan produk Shaklee malahan seisi rumah saya mulai dari si kecil yang berusia 3 tahun sehinggalah suami saya.Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee kerana dengan usaha saya mengamalkan Shaklee dan dengan izinNya kesihatan saya semakin baik.Alhamdulillah.Sehingga kini saya adalah pengguna tegar VIVIX…I love vivix very much…muahhh ckit…

Kredit : Supermom Shaklee Story
***********************************************************************************************
Cara Order Vivix Shaklee

#Cara 1
Anda boleh terus klik Beli vivix sekarang dan membeli terus dengan shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

#Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan vivix shaklee. Wasap/Call/ Sms : 0148645784 (Jesnah Joseph), Facebook : Jestom Tj, Email : Tommyjesnah.jt@gmail.com. Atau anda hanya perlu klik www.wasap.my/60148645784 untuk terus berhubung dengan saya melalui wasap.

Selasa, 11 April 2017

Sakit Dalam Saluran Kencing, 15 Tahun Penderitaan Batu Karang Berakhir...

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 10: AKMAL MUSTAFA

[SAKIT BATU KARANG SEMBUH SELEPAS AMALKAN VIVIX]

Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Akmal Mustafa dan berumur 28 tahun. Saya seorang suri rumah, mempunyai 3 orang anak dan kini menetap di Terengganu. Saya pernah mengalami masalah sakit kencing sejak dari bangku sekolah. Seingat saya ketika saya di tingkatan tiga.

Penyakit tersebut berlarutan untuk jangka masa yang agak lama. Hinggalah apabila saya berkahwin pada tahun 2008. Kesakitan yang saya alami semakin teruk. Saya mula tahu saya menghidap batu karang apabila terjadi insiden selepas saya mengurut perut dengan bidan, pada hari yang sama saya merasa sakit yang terlampau dahsyat.

Seperti ada sesuatu yang tajam seolah menghiris bahagian peranakan seta saluran kencing saya hingga menyebabkan saya menggelupur kesakitan. Bahkan saya tak mampu untuk berjalan kerana terlampau sakit. Suami saya terpaksa menggendong saya ke hospital kerana keadaan saya yang tak mampu untuk berjalan.

Bermula dari situ doktor melakukan scan dan test urine dan dapat detect saya mengalami batu karang. Ini berlarutan sehingga saya merasa sakit dalam saluran kencing, sakit ketika bersama suami, rahim bengkak dan jangkitan kuman. Saya mengalami perkara ini sejak berumur 15 tahun. Selain ubat hospital saya ada berikhtiar dengan ubatan kampung. Minum rebusan akar kayu dan ubat homeopathy.


Tapi kesannya saya mengalami pening yang melampau serta saya juga terpaksa berjumpa pakar ENT kerana ubat yang saya makan menyebabkan dalaman saya kepanasan hingga memberi effect telinga saya sakit dan berdengung.

Doktor sarankan saya berhenti dan mencadangkan saya supaya makan ubatan yang telah ditetapkan dos pengambilan yang betul. Akhirnya saya stop dan selepas itu hanya menggunakan suplemen Shaklee. Saya berikhtiar dengan produk Shaklee selepas hasil pencarian di internet.

Pada mulanya saya hanya mengambil Alfalfa Complex dan Garlic sebagai langkah untuk mencegah kencing kotor. Alhamdulilah sekitar 1 minggu konsisten saya dapat kesan positif. Sakit bertahun yang saya alami dan bergantung dengan pil killer untuk tahan kesakitan hilang! Lepas tu saya mula ambil tambahan vitamin lain seperti Ostematrix dan Vita-C. Then saya buat pemeriksaan doktor untuk kepastian, sakit kencing saya hilang, kencing kotor pun pulih, rahim dah tak bengkak. Tapi batu karang masih ada.

Kemudian saya mula membeli tambahan vitamin sebab saya nk kesan yang extra. Saya nak hilangkan terus batu karang. Saya mula minum Vivix. Alhamdulilah. Bersyukur sangat asbab sebotol Vivix yang saya minum, hasil pemeriksaan doktor batu karang saya hilang! Doktor pun terkejut dan tanya apa yang saya amalkan. Saya bawa botol Vivix dan tunjuk pada doktor. Doktor nasihatkan saya untuk terus amalkan pengambilan nutrisi yg sihat untuk mencegah batu karang dari terbentuk kembali. Saya mula beli Vivix selepas daftar sebagai ahli Shaklee.

Saya tahu tentang Vivix hasil dari research dan produk study serta mencari testimoni pengguna Vivix. Saya mengambil sesudu kecil sekali sehari. Saya juga turun mengambil suplemen Shaklee lain seperti Garlic, Alfalfa, Garlic, Vita-C dan Ostematrix. Antara healing crysis yang saya alami ialah letih dan mengantuk, kencing menjadi sangat kuning dan beransur bersih dari hari ke hari. Oleh kerana saya menyusukan anak, hari pertama dan kedua baby kurang menyusu, mungkin ada perubahan pada rasa. Tapi saya lebihkan minum air putih. Sesudu Vivix sehari saya bahagikan untuk pengambilan 3 hari supaya kandungannya dapat balance dgn tubuh saya.

Alhamdulilah dengan cara tu baby saya kembali menyusu macam biasa dan lepas tu saya minum sesudu kecil sekali sehari balik. Dua minggu selepas minum Vivix, perubahan ketara saya tak lagi rasa sakit dan tak selesa pada saluran kencing. Tubuh menjadi ringan dan bertenaga dan tak mudah letih. Susu badan juga semakin meriah.

Saya mengambil masa dua bulan makan pil dan vitamin dan 2 minggu untuk menghabiskan 1 botol Vivix. Hasil scan dan urine test kuman batu karang dan batu karang hilang. Saranan saya pada yang mengalami penyakit batu karang, cubalah berikhtiar dengan suplemen Shaklee terutamanya Vivix, kerana Vivix berfungsi membantu untuk merawat sistem dalaman tubuh badan kita.

Saya sangat bersyukur pada Allah asbab pengambilan ViVix dan beberapa vitamin lain batu karang saya sembuh. Saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee. Alhamdulilah dan syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaanNya saya sembuh dan dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan tenang. Terima kasih atas peluang ini.


Credit : Shaklee Supermom Story

Cara Order Vivix Shaklee

#Cara 1
Anda boleh terus klik Beli Vivix Sekarang dan membeli terus dengan shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

#Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan vivix shaklee. Wasap/Call/ Sms : 0148645784 (Jesnah Joseph), Facebook : Jestom Tj, Email : Tommyjesnah.jt@gmail.com. Atau anda hanya perlu klik www.wasap.my/60148645784 untuk terus berhubung dengan saya melalui wasap.

Isnin, 10 April 2017

Bahaya Batu Karang Yang Anda Perlu Tahu..


Ramai antara kita ne sangat terdedah kepada masalah batu karang. Terutamanya lelaki, sebab apa? Sebab jarang minum air kosong. Mereka lebih gemar untuk minum air manis. Tapi wanita juga tidak terkecuali dalam masalah menghidap batu karang ini.

Kebiasaannya batu-batu yang bersaiz kecil akan keluar dari tubuh seseorang melalui air kencing. Tapi, kalau batu ini mempunyai saiz yang agak besar, ia akan mula tersekat dalam salur kencing dan menyebabkan individu itu berasa tidak lawas ketika membuang air kencing, seperti kencing yang sedikit, kerap kencing dan juga sakit yang tidak tertahan yang dapat dirasai dibahagian belakang pinggang.

7 Tanda Penyakit Batu Karang

  • Rasa sakit atau sengal-sengal dibahagian abdomen atau pinggang kanan atau kiri.
  • Sakit berdenyut-denyut seperti mhu membuang air besar atau bersalin dibahagian abdomen atau kebawah.
  • Tubuh mula rasa berpeluh-peluh, pening, loya dan terasa seperti nak muntah.
  • Kencing tidak lawas, sakit ketika kencing atau langsung tidak boleh kencing.
  • Air kencing bercampur darah.
  • Tubuh terasa lemah, badan mengigil dan kadang-kadang disearang demam.
  • Muka pucat, tubuh lesu dan kulit kering kerana kekurangan air.


Bila sudah terlalu sakit, satu penyelesainnya adalah melalui pembedahan. Tapi, kos pembedahan batu karang boleh mencecah RM4000 hingga ke RM10000.

Tapi, disini saya juga ada sediakan satu ikhtiar untuk anda mencuba vivix shaklee. Kerana ramai prospek yang telah berjaya sihat daripada batu karang apabila amalkan vivix shaklee.

Bagaimana Vivix Merawat Batu Karang ?

Vivix ini mampu membaiki dan melindungi selular DNA supaya sentiasa baik. Selain itu, ia mengawal genetik supaya sentiasa melambatkan penuaan sel badan serta menggalakan  pembentukan mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel tubuh. Antara punca sebarang penyakit batu karang ialah kerana mitokondria gagal hasilkan tenaga.

Vivix menggalakan pembentukkan mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam tubuh bag melawan penyakit dan ketidakstabilan badan.

Testimoni Vivix Merawat Batu Karang

#Testimoni 1

#Testimoni 2

#Testmoni 3


Cara Order Vivix Shaklee

#Cara 1
Anda boleh terus klik Beli Vivix Sekarang dan membeli terus dengan shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

#Cara 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan vivix shaklee. Wasap/Call/ Sms : 0148645784 (Jesnah Joseph), Facebook : Jestom Tj, Email : Tommyjesnah.jt@gmail.com. Atau anda hanya perlu klik www.wasap.my/60148645784 untuk terus berhubung dengan saya melalui wasap.

Ahad, 9 April 2017

Hilangkan Jeragat Dengan 4 Tips Mudah


"Eh, banyak nya bintik-bintik dimuka awak!! Dah macam kulit orang yang dah tua saya tengok" Siapa pernah kena lemparkan dengan kata-kata seperti ini? Padahal itu sebenarmnya adalah jeragat bukan penyakit. Jadi harini saya akan share 5 cara bagaimana nak hilangkan bintik-bintik hodoh dimuka tu:)

JUS LEMON membantu mengelupaskan kulit mati dan juga memudahkan pertumbuhan sel baru. **Caranya : Celupkan kapas dalam jus lemon dan letakkan jus lemon pada muka biarkan selama 15 minit kemudian cuci muka dengan air sejuk. Amalkan sebelum tidur setiap hari.

BAKING SODA adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel kulit mati. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan PH kulit.
**Caranya: Campurkan sedikit air dalam sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal. Sapu pada kawasan jeragat dan cucinya selepas beberapa minit. Ulang sua atau tiga kali seminggu. (Jenis kulit sensitif tidak digalakkan guna baking powder).

OATMEAL bukan untuk dimakan sahaja, ia bekerja sebagai agen pengelupasan semulajadi dan mampu menyerap minyak berlebihan dan membuka liang.
**Caranya: Letakkan serbuk pes oatmeal yang dicampur dengan air. Biarkan selama 10 minit, kemudian gosok pada muka. Amalkan dua kali seminggu.

CUKA EPAL CIDER berfungsi seperti astrigen untuk mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Ia juga bersifat anti-bakteria untuk melawan jerawat.
**Caranya: Campurkan satu sudu cuka epal cider dengan satu cawan air. Letakkan pada muka menggunakan bola kapas, Biarkan selama 10 minit sebelum membilas muka dengan air suam. Cuba cara ini setiap hari beberapa hari setiap minggu.

Semoga semua tips diatas dapat membantu anda untuk hilangkan jeragat diwajah anda. Sekian terima kasih. 

Sabtu, 8 April 2017

Punca Haid Tidak Teratur


Punca haid tidak datang selalunya adalah disebabkan kehamilan. Orang yang mengandung dalam situasi normal tidak akan mengalami haid sehingga habis tempoh mengandung@bersalin. Melainkan kalau ada masalah semasa mengandung, pendarahan boleh berlaku.

Ibu yang menyusukan anak juga walaupun tak semua, tapi ramai ibu yang tak datang period sepanjang tempoh menyusukan anak. Ini juga selalunya adalah normal.

Tetapi, selain dua sebab diatas, ada banyak punca kenapa masalah haidtidak teratur ini berlaku. Ada yang serius ada yang tak. Ada yang perlu dirawat dengan rawatan pakar perubatan. 

Ada juga yang boleh dipulihkan dengan pertolongan ubat atau nutrien tertentu ataupun hanya dengan mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat.

Tapi apa punca sebenar yang menyebabkan period tidak stabil ne ?
  1. Penambahan berat badan secara mendadak ataupun penurunan berat badan secara mendadak. Obesiti juga bleh menyumbang kepada masalah menstruasi/haid.
  2. Penyakit gangguan makanan seperti Anorexia Nervosa atau Bulimia Nervosa.
  3. Pertambahan rutin senaman. Sangat selalu berlaku dikalangan atlet sukan.
  4. Tekanan emosi disebabkan masalah peribadi dan sebagainya.
  5. Kesakitan atau mengalami penyakit seperti kanser.
  6. Perjalanan jauh,\. Terutamanya yang memakan masa panjang, perlu menghadapi perubahan persekitaran, perubahan zon waktu dan sebagainya.
  7. Pengambila ubat. Contohnya : Pil perancang kehamilan.
  8. Masalah hormon.
  9. Penggunaan dadah.
  10. Masalah pada organ pelvik seperti imperforate hymen (tiada lubnag pembukaan faraj yang menyebabkan haid tidak dapat keluar), polycystic ovary syndrome ataupun PCOS (masalah ketidakstabilan hormon yang menganggu ovulasi), asherman's syndrome (masalah pada dinding uterus) ataupun uterine fibroid (ketumbuhan dalam rahim).
Jika anda berasa tidak selesa dengan haid yang tidak teratur, anda boleh mencuba suppplemen atau berjumpa dengan doktor untuk mengetahui masalah haid anda.

Boleh hubungi saya Jesnah Joseph (0148645784) untuk dapatkan supplemen GLA COMPLEX SHAKLEE.

Khamis, 6 April 2017

Cara Buat 'Name Art' Viral Step By Step

Selamat petang semua, mesti semua pun tahu kan, sekarang ne tengah viral gila pasal name art tu. Asal buka Facebook scroll dari atas kebawah semua posting tentang name art tu.

Jadi, harini saya ingin kongsikan kepada anda semua bagaimana cara untuk edit name art tu sendiri. Pertama korang kena download app Picsart dan Fucos N Filters. App ne korang boleh downoad kat google playstore dan juga applestore. Okey, tengok bawah ne saya terangkan menggunakan gambar ya~

#Step 1

#Step 2
#Step 3
#Step 4
#Step 5
#Step 6

Kredit : Facebook Ma Y Jane
Next, kita beralih untuk belajar bagaimana nak gabungkan dua app yang kita download tadi, iaitu Picsart dan Fucos N Filters.

#Step 1
#Step 2
#Step 3
#Step 4
#Step 5
#Step 6

#Step 7
#Step 8
#Step 9
#Step 10
#Step 11
#Step 12
#Step 13
#Step 14
#Step 15
#Step 16
#Step 17
#Step 18
#Step 19
#Step 20
Kredit :  Facebook Muhammad Amir Iddin

Semoga perkongsian ini bermanfaat, dan boleh lah share sama kawan-kawan:)