Jumaat, 30 Jun 2017

Punca Kulit Wajah Kusam Yang Menyebabkan Wajah Tidak Berseri Secara Semulajadi

Masalah kulit kusam adalah antara masalah kulit yang ramai wanita takuti. Apabila kulit muka kusam maka hilangkan lah keserian di wajah seseorang itu, sedikit sebanyak mengurangkan kadar keyakinan diri di kala berhadapan dengan orang ramai.

Namun, sebenarnya ramai yang keliru apakah sebab masalah kulit kusam berlaku.

Punca Kulit Wajah Menjadi Kusam 

#1 Tidak Mengamalkan Scrub

-Setiap hari kita akan basuh muka dengan pencuci muka. Pakai toner dan pakai pelembab, tetapi ada buat scrub tak ? Scrub sangat penting kerana ianya membuang sel kulit mati supaya tidak terkumpul di wajah. Nak tahu scrub muka yang best dan jimat yang selalu saya sendiri amalkan di rumah ? Saya menggunakan scrub Alfafa Complex Shaklee. Caranya mudah sahaja, hancurkan 4 biji alfafa complex lalu campurkan sedikit air dan letakkan di wajah anda, muka akan terasa sangat bersih.

#2 Tidak Minum Air Yang Cukup
-Bila kita tidak minum air secukupnya, kulit juga akan kekurangan air. Kulit yang tidak cukup air akan kelihatan kusam dan tidak berseri. Oleh itu, nak kulit cantik berseri ? Pastikan minum air secukupnya setiap hari.

#3 Tidak Memakai Pencuci Muka Yang Selamat

-Saya pasti kita semua memakai pencuci muka setiap hari. Persoalannya, adakah pencuci muka yang anda gunakan adalah selamat ? Tanpa bahan kimia yang boleh tertinggal di kulit muka lalu menyebabkan kulit muka menjadi kusam ?  Dan adakah pencuci muka anda cukup lembut pada ulit dan memberikan kesegaran selepas setiap basuhan ?

Nak tahu pencuci muka apa yang best bila pakai ? Dan sebotol tahan 6 bulan lamanya~ harga pun berbaloi murah dan paling saya suka adalah muka halus, whitehead, blackhead semua dah hilang! Gentle Foaming Cleanser Nutriwhite Shaklee adalah pilihan hati saya~ korang mesti try pencuci muka ini, mesti akan jatuh cinta punya.

#4 Stress
-Stress juga adalah unca kulit kusam. Kurangkan stress ya~ kalau tidak nanti bukan sahaja kulit muka yang menjadi kusam, kedut di wajah pun cepat naik (cepat tua).

#5 Asap Dan Persekitaran Yang Kotor
-Persekitaran sememangnya menjadi punca kulit kusam. Setiap hari kita terdedah dengan persekitaran dan udara yang kotor, memang tidak boleh dielakkan terutamanya yang tinggal di bandar.

#6 Tidak Cukup Tidur
-Pastikan kita mendapat tdur yang cukup supaya kulit lebih cantik dan tiada eyebag di bawah mata:)

#7 Tidak Membasuh Make-up Dengan Betul

-Selalunya apabila kita sampai rumah dari kerja, majlis atau perayaan macamana anda nak buang muke-up yang telah anda guna tadi dari wajah anda ? Terus cuci muka dengan pencuci muka sahaja atau cuma guna makeup remover ? Sekiranya anda menggunakan makeup remover, anda harus mencari makeup remover yang selamat dan semulajadi tau~ Gentle Action Makeup Remover Shaklee bukan sahaja membersihkan makeup dari wajah malah dapat menghilangkan whitehead dan blackhead dan paling penting bebas bahan kimia (semulajadi).

#8 Pemakanan

-Adakah tubuh badan kita mendapat semua vitamin yang diperlukan supaya kulit menjadi sihat dan cantik ? Kulit pun perlukan pemakanan secukupnya, kalau tidak kusam dan tidak berserilah kulit wajah kita. Gabungan B-Complex, Vitamin E dan Vitamin C Shaklee yang dikenali sebagai set cantik shaklee memberikan semua nutrien yang diperlukan oleh kulit.

#9 Tidak Mengamalkan Masker

-Berapa ramai yang bermasker sekurang-kurangnya seminggu sekali ? Masker bukan sahaja dapat membuang sel kulit mati yang menjadi punca kulit kusam, namun ia juga membantu melembabkan, mencerahkan dan menghasilkan kulit yang berseri. Tapi jika saya sendiri, saya sering menggunakan masker homemade :) , daripada produk shaklee iaitu gabungan ESP dan Vitamin C Shaklee. best kan ? Bukan hanya boleh diminum sahaja namun boleh dibuat masker juga.

#10 Tidak Tidur Dalam Keadaan Muka Yang Bersih
-Seharian sudah memakai makeup, muka berminyak, berasap dan berhabuk. Malam bila nak masuk tidur, pastikan kita tidur dalam keadaan muka yang bersih tanpa sebarang krim ini adalah kerana untuk memberi peluang kepada kulit muka kita bernafas dan berehat.

Sekarang anda semua sudah tahu apa punca kulit muka kusam, jadi nak kulit cantik berseri ? Mari cuba Set Kecantikan Shaklee yang sememangnya selamat, semulajadi dan berkesan:) Hubung saya 0148645784 Jesnah untuk pembelian produk. Konsultasi eksklusif akan saya berikan untuk pelanggan saya sahaja~

With luv, Jesz.

Khamis, 29 Jun 2017

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Goreng

Aloha ! Tengah buat apa tu korang ? hmm masih tengah mood raya ke ? Petang-petang macam ini teringat-ingat pula nak makan sesuatu yang pedas-pedas ..

Jadi, harini kita rajinkan diri dan saya nak share resepi ikan cencaru sumbat sambal yang memang umphh~ sedap jika dimakan orang bilang:) hehe

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Masa Penyediaan : 20 minit | Memasak : 10 minit | Keseluruhan : 30 minit
Jumlah Hidangan : 2 Orang Makan

Bahan-bahan :

  • 2 ekor ikan cencaru ( boleh juga guna ikan lain, tapi saya lebih suka ikan cencaru)
  • Sedikit garam
  • Sedikit kunyit
  • Minyak untuk menggoreng & menumis sambal
  • 5 biji cili kering ( dibuang biji dan direbus) @ 3 sudu cili kisar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 inci belacan bakar *
  • 1 sudu pekat jus asam jawa *
  • 1 batang serai (optional) *
  • 1 sudu besar gula pasir @ gula melaka *
# Yang ditanda * adalah bahan yang harus dikisar untuk dijadikan sambal.

Cara-cara memasak sambal :-

1. Panaskan minyak sedikit didalam periuk.
2. Tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga pekat dan pecah minyak.
3. Angkat dan sejukkan.

Cara-cara memasak ikan :-
1. Bersihkan kan cencaru dengan cara belah belakang. Tanpa belah di hadapan atau bahagian perut.
2. Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan.

3. Sumbatkan sambal yang dimasak kedalam perut ikan secukupnya.
4. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.


Jeng jeng jeng! dah siap pun menu makan malam kita untuk hari ini , selamat mencuba semua ^:^

Rabu, 28 Jun 2017

Senangnya Nak Halau Lipas, Semut & Tikus Dengan Hanya Menggunakan Kulit Telur

Siapa sangka kulit telur ada kegunaan lainnya kan ? Selalunya kita hanya buang kulit telur tersebut, namun hakikatnya ia mempunyai kegunaan yang sangat bagus.

Rumah kita akan mengalami masalah jika kita kongsikan bersama dengn makhluk perosak seperti tikus, lipas dan semut. Setiap malam kita tidak akan mampu tidur lena kerana kehadiran Encik Tikus yang selalu menggangu. Selain itu, tikus ini juga merupakan haiwan perosak barangan  di rumah dan boleh membawa penyakit juga. Jika tikus ini beranak-pinak di rumah anda memang bertambahlah kerosakan barang di dalam rumah yang berlaku.

Lipas yang tidak kurang hebatnya juga merayap di tengah malam ke dalam tong sampah di rumah kita kemudian singgah di makanan kita. Itu tak masuk fasa lipas terbang yang memang boleh kecoh satu rumah. Satu masalah lipas ini kita tidak boleh membunuhnya sembarangan kerana dalam badan lipas ini ada parasit lain yang boleh membahayakan isi rumah kita.

Semut meskipun nampak seperti makhluk yang tidak bersalah sebenarnya dalam diam mengigigt kita sehingga bengkak ! Sangat bahaya kalau ada anak kecil dan semut masuk kedalam telinga.

Petua kali ini menggunakan apa yang selalu kita buang iaitu kulit telur ayam. Kulit telur ayam rupanya ada banyak manfaat yang kita tidak tahu.

Cara Mengusir Tikus, Lipas & Semut

Cara-caranya :
Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang selalu ada lipas, tikus dan semut.

Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak juga, seperti siput, siput babi, kutu dan kumbang.

Bila haiwan tersebut terkena dengan serbuk telur, haiwan itu akan terus menggeliat, bergerak untuk seketika dan untuk beberapa saat ia akan mati dengan sendirinya.

Basmi Haiwan Perosak Pada Tanaman

Taburkan sedikit serbuk telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Haiwan perosak akan menjauh dari daun tersebut serta membunuh perosak lain yang melekat atas daun.Untuk bahagian tanah, taburkan juga sedikit juga serbuk telur agar haiwan perosak tidak datang ke tanaman anda.

Sekian petua dari saya :)

Selasa, 27 Jun 2017

Hilangkan Jerawat Dengan Hanya Menggunakan Bawang Putih ! Terbukti Sangat Berkesan

Bawang putih merupakan jenis rempah-rempah yang memiliki kandungan anti-bakteria dan anti virus, kedua-dua kandungan terebut sangat bermanfaat untuk mencegah dan mengatasi jerawat pada muka anda.

Selain itu, bawang putih  juga memiliki kandungan allicin yang juga merupakan suatu zat organisulfur yang mampu menghaluskan dan melembutkan kulit berjerawat.

Sedangkan kandungan minyak atsiri yang tersimpan didalamnya mampu mengeluarkan kadar minyak berlebihan pada kulit wajah, kandungan minyak berlebihan di wajah inilah punca utama penyebabnya timbul jerawat.

Berikut ini merupakan beberapa cara yang dapat anda lakukan untuk menghilangkan jerawat dengan menggunakan bawang putih :

#1 - Menggosokkan pada wajah
Cara pertama, anda siapkan terlebih dahulu satu ulas bawang putih, lalu kupas dan hiris nipis. Setelah itu, bersihkan terlebih dahulu kulit wajah anda dengan air hangat dan gosok-gosokkan hirisan bawang putih tadi pada jerawat tersebut (akan agak pedih sedikit). Kemudian biarkan elama semalaman, lalu bersihkan pada keesokan harinya dengan air dingin dan sabun pencuci muka anda. Lakukan cara ini secara berulang kali setiap malam sebelum tidur, jika jerawat anda tidak begitu banyak atau teruk biasanya keesokan harinya jerawat tersebut akan surut dengan sendirinya.

#2 - Menampalkannya
Cara selanjutnya iaitu dengan menumbuk bawang putih, lalu tempelkan pada jerawat dan biarkan selama dua puluh hingga ke tiga puluh minit agar kandungan didalamnya dapat meresap kedalam kulit. Lakukan cara ini setiap malam juga sehingga jerawat hilang dan mengempis.

#3 - Menjadikan bahan untuk masker muka
Caranya iaitu : siapkan tiga ulas bawang putih, lalu haluskan dengan cara tumbuk atau dibender sampai betul-betul halus. Stelah itu, tambahkan sedikit minyak zaitun dan campur kedua bahan tersebut sehingga benar-benar sekata. Selanjutnya, bersihkan terlebih dahulu kulit wajah anda sebelum disapu masker bawang dengan menggunakan air hangat. Kemudian, maskerkan campuran bahan tadi keseluruh wajah anda, lalu biarkan selama tiga puluh minit dan bersihkan kembali dengan menggunakan sabun. Lakukan rawatan ini setiap malam juga sebelum tidur.

#4 - Suplemen
Ada sesetengah orang sangat tidak suka dengan bawang putih, sebab bau bawang putih yang kuat. Sebenarnya ada cara yang lebih senang. Telan je bawang putih, tapi ada ke yang sanggup ? hehe nak bagitau korang, kalau tengok wanita korea semua cantik-cantik ditambah lagi muka halus kan ? Rahsia dorang adalah makan bawang putih mentah bulat-bulat tanpa direbus, digoreng.

Tapi ada ke ya yang nak telan bawang putih tu ? Siapa sanggup ? Jadi saya nak share sesuatu dengan korang tentang garlic shaklee. Semua tau kalau dalam bahasa melayu garlic bermaksud bawang putih kan ? So, tak perlu susah nak telan bawang putih bagai yaa~ telan je tablet garlic dari Shaklee.

Bagaimana garlic shaklee ini dapat membantu hilangkan jerawat ? Menurut satu pos di Theacnezone, antara sifat-sifat bawang putih ini boleh membantu dalam mengatasi masalajh jerawat dengan anti oksidan yang sangat kuat, anti bakteria, anti fugal dan anti viral. Makan tak hairanlah garlic ini sangat bagus dalam menghapuskan bakteria degil yang menjadi punca kepada pembentukkan jerawat.

Bawang putih juga ada mengandungi alisin ( seperti yang saya sebutkan ditas tadi ) yang bertindak sebagai antibiotik semulajadi. So, masalah jerawat boleh diatasi dengan segera dari dalam badan. Garlic Complex Shaklee semestinya suplemen semulajadi yang terbaik. Sebabnya, perbandngan dengan produk-produk yang lain menunjukkan kombinasi dan peratusan yang sangat berbeza.

Kelebihan lain Garlic Complex Shaklee :

  • Setiap tablet Garlic Compelx Shaklee mengandungi 500mg bawang putih
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Tips Aplikasi Penggunaan Garlic Complex

Tips 1 : Minum Garlic
  • Hancurkan 2 tablet Garlic Complex
  • Campurkan ke dalam jus minuman
  • Minum
  • Gosok gigi untuk menghilangkan bau pada mulut
* Amalkan setiap hari pada waktu malam sebelum tidur.

Tips 2 : Rawat  Jerawat Dari Luar
  • Hancurkan 1 tablet Garlic Complex
  • Campur kedalam air
  • Sapukan pada kawasan jerawat
  • Biarkan 5-10 minit
  • Basuh muka
Berapa Harga Garlic Complex ?
Harga sebotol garlic complex ini hanyalah RM 56.25 sebotol ( 60 biji ).Ia sangat murah jika nak dibandingkan dengan proses pembuatannya yang sangat-sangat teliti dan semulajadi oleh shaklee.

Testimoni Pengguna :


*Disclaimer : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Hubungi Saya :
Jika anda ingin bertanya sesuatu pasal Garlic Complex Shaklee ini atau produk shaklee yang lain, anda boleh hubungi saya 0148645784 (Jesnah) untuk membuat tempahan. Saya akan memberikan konsultasi eksklusif untuk pelanggan saya sahaja..

Terima kasih.




Isnin, 26 Jun 2017

9 Cara Untuk Melakukan Senaman Di Rumah Tanpa Sebarang Peralatan


Anda mesti sibuk dengan rutin kerja anda sampai tidak ada masa untuk bersenam kan ? Bersenam tak semestinya anda harus keluar ke gym atau taman untuk mengeluarkan peluh.

Tiada peralatan untuk bersenam di rumah ? Sekarang anda tak perlu lagi menghabiskan wang untuk peralatan senaman yang mahal kerana anda boleh melakukan senaman di rumah tanpa sebarang peralatan yang spesifik.

#1 - Berjalan

Gunakan tangga di rumah anda untuk melakukan senaman. Sekiranya rumah anda tidak mempunyai tangga, anda cuma perlu berjalan di sekitar rumah untuk beberapa pusingan kerana ia akan membantu anda untuk otot kaki.

#2 - Lompat Katak

Melompat seperti katak amat mudah, kanak-kanak pun boleh buat. Tapi apa kata lompat kbelakang pula ? Senaman ini bagus untuk memanaskan badan dan untuk senaman kardio.

#3 - Push Up 

Ini mungkin bukanlah kegemaran semua orang tetapi percayalah ia boleh menjadi cara yang sangat senang untuk melakukan push up. Lakukan pada lutut anda daripada meluruskan kaki anda. Anda juga boleh mencuba berdiri pada dinding. Anda akan membina kekuatan pada lengan dan bekerja di luar otot di kawasan dada anda. Buat push up sebanyak 10 kali tapi 3 set sehari.

#4 - Naikkan Kaki

Senaman ini bagus untuk menguatkan dan membina otot pada kaki anda. Sekiranya anda berasa sukar untuk luruskan kaki anda, cuba bengkokkan sedikit, ia pasti berhasil.

#5 - Berjoging Setempat

Joging merupakan senaman bagus untuk hati. Anda boleh berjoging sambil menonton tv atau mendengar muzik di rumah.

#6 - Crunches

Latihan terbaik untuk membina dan menguatkan otot-otot perut. Apabila anda baru bermula, jangan bimbang kalau anda tak dapat nak naikkan kepala anda sampai ke atas. Selagi anda berasa rengangan otot, itu sudah memadai.

#7 - Squat

Ini adalah latihan yang baik untuk kaki dan punggung anda. Anda boleh cuba dengan duduk dan berdiri semula dari kerusi tetap. Lakukan 15 kali squat tapi 3 set sehari, senaman ini akan memberi manfaat kepada tubuh anda.

#8 - Menari 

Menari merupakan satu senaman yang sangat indah kerana ia bagus untuk hati anda. Malah, ia boleh menaikkan semangat anda.

#9 - Plank

Senaman untuk perut. Lupakan sit-up dulu. Sit-up akan membuatkan perut anda kelihatan besar jika anda melakukan dengan ulangan rendah, otot terbina tetapi pembakaran lemak mungkin urang. Jika sudah mula menampakkan bayang enam ketul dan anda ingin enam ketul itu, boleh sasarkan buat crunches. Ada sesetengah orang sukakan enam ketuk itu, tetapi ada juga seetengah rang yang hanya nak perut rata.

Daripada semua senaman-senaman di atas, anda boleh lakukan setiap darinya selama 60 saat tanpa rehat dan teruskan satu-satu senaman. Lakukan semua dalam tiga hingga empat set setiap hari. Pasti anda akan teruja dengan hasilnya nanti :)

Ahad, 25 Jun 2017

Hari Pertama Berjualan Di Bazaar Ramadhan Roti John Saya Hanya Terjual Tiga Biji .. Namun ..

HARI PERTAMA JUAL ROTI JOHN, LAKU 3 BIJI

Ya, hari pertama aku mula berniaga Roti John di bazaar Ramadhan, cuma terjual 3 biji sahaja.
2 biji abah aku yang beli, dan bila balik rumah aku lah yang makan Roti John yang aku sendiri jual petang tadi. Maknanya kalau abah aku tak datang bazar hari itu, sebiji sajalah yang terjual.
Malam tu lepas solat terawih aku termenung. Esok nak berniaga ke tak.
Masa itu masih bujang, baru lepas grad. Ada masa sebulan lebih sementara tunggu panggilan interview dari syarikat oil and gas. Kebetulan pula tiba bulan Ramadhan. Aku buat keputusan untuk jual Roti John di bazar dengan niat; nak belajar berniaga, memerhati perangai manusia, dan cari duit modal untuk bayar sewa rumah & duit makan sebelum dapat gaji pertama bila mula bekerja nanti.
Hasil untung berniaga online dan berniaga di kampus, aku buat modal untuk beli kuali burger, dan bahan-bahan mentah. Dapur tungku, meja lipat, tong gas; ambil yang sedia ada di rumah.
Tapak gerai –tumpang lot gerai nasi kerabu sepupu aku, dia ni bekas Chef di PELANTAR MINYAK, dan pakar buat FRUITS CRAVING. Kau nak ukir muka Najib pun boleh.
Esoknya, hasil daripada merenung renung, aku pun ubah strategi sikit:
[Harga] Dari RM2.50 (harga standard untuk Roti John pendek) > Turun jadi RM2.00 (bazar depan HUSM, ramai pelajar universiti. Harga sesuai dengan market Kelantan)
[Signboard] Tulis dengan pen atas kertas minyak – kecil > Print tulisan hitam atas kertas putih – besar
[Tagline] Tak ada > Tulis dalam signboard “Maghi try skali” (Datang cuba sekali)
[Promosi] Tak ada - senyap > Bila orang lalu, buat macam lelong barang
Alhamdulillah, pada hari-hari seterusnya, tak kurang 50 biji sehari. Ada masa 70 biji. Ada masa boleh balik awal sebab stok habis. Ada masa, berbuka puasa dengan peniaga-peniaga lain di bazar dan bertukar-tukar makanan yang tak habis dijual.
Ok lah masa tu. Belum ada anak bini nak tanggung.
Ada satu hari di penghujung Ramadhan, hujan + ribut melanda bazar. Ada khemah yang senget, terbang. Ada kuali berisi minyak terbalik. Ada makanan yang kebasahan. Aku turunkan payung untuk lindung kuali dan semua barang-barang mentah. Lepas ribut berhenti, payung naik semula dan hari itu stok Roti John aku habis walaupun peniaga lain terpaksa balik awal.
--
Kenapa ada orang jual kek laku 15 biji sehari. Tapi jualan kek Anis Chocolate Moist Cake di outlets Mydin saja lebih 47,000 pcs (rekod jualan 2014: Sumber dari blog http://anischocmoistcakeofficial.blogspot.my).
Makcik Minah jual nasi kerabu laku 60 bungkus sehari di tepi jalan. Tapi Nasi Berlauk Air Dingin terjual berapa ribu bungkus sehari di seluruh negeri Kelantan? Mereka ada pekerja lebih dari 10 orang, dan pagi-pagi buta terus export melalui kapal terbang untuk dibuat sarapan oleh pekerja di KL / Selangor.
*
Hukum sunnatullah – berniaga dengan strategi yang betul akan menjadi asbab kepada kejayaan. Kita mungkin tak akan dapat untung RM1 juta dengan menjual pen berharga RM1.50 sebatang di pasar malam. Tapi kalau jual pen berharga RM4,000 sebatang kepada 1,000 orang yang tandatangannya bernilai RM50,000 sekali toreh?
Sambil jual Roti John, aku belajar banyak faktor yang menjadi asbab kepada masuknya duit ke dalam poket kita (Duit yang kita dapat tak semestinya menjadi rezeki kita. Contohnya untung berniaga RM100; kena curi RM90, atau bagi sedekah/zakat kepada orang lain RM80).
Asbab makanan yang dijual laku keras:
Sedap – resepi bagus, bahan berkualiti (ayam fresh, tak busuk)
Servis bagus – cara melayan pelanggan, bahasa yang digunakan, servis after-sale tiptop.
Lokasi betul – tempat laluan orang, mudah parking, lokasi mudah dijumpai.
Harga berpatutan – tak ‘sembelih’ pelanggan, harga setimpal dengan kualiti servis.
Marketing – promosi meluas, tepat kepada sasaran, guna tools yang betul.
Branding – bina imej, tingkatkan keyakinan pelanggan, profesionalism.
Packaging – menarik, kemas, lain daripada yang lain, bersih dan selamat.
Selesaikan masalah pelanggan (Contoh: Roti John sesuai untuk orang yang bosan makan nasi, tak nak makan berat tapi mengenyangkan).
Strategi berniaga – banyakkan channel, ejen, gerila marketing.
Dan banyak lagi faktor lain
Semasa aku berniaga Roti John, ada seorang dewasa (aku agak berumur 40-an) berniaga air dan kerepek. Mungkin dia jadi peniaga jalanan sejak muda. Disebabkan aku datang berniaga untuk belajar, aku kerap memerhati sekeliling dan dapati tak ramai pengunjung bazar yang beli air dari gerai dia.
Kenapa? Mungkin…
- Warna air hambar, tak menarik.
- Tak ada signboard/label air perisa apa dan harga
- Promosi tak ‘gila-gila’ macam orang muda jual air di gerai lain
Ada satu masa anaknya (aku rasa, umur dalam lingkungan sekolah menengah) datang dengan motosikal, minta duit (nak isi minyak kot). Bayangkan macam mana orang kampung berniaga, pakai van uzur, untung tak berapa banyak (apa yang aku perhatikan), dan anak pula datang minta duit. Tengok wajah dia pun kesian...
Tapi,
Masuk waktu Asar, dia terus naik pasaraya di sebelah bazar untuk pergi solat. Aku pernah jumpa dia di masjid, dan di Medan Ilmu KB.
*
Berniaga; betul betul bergantung kepada rezeki dari Allah – jiwa lebih dekat kepada Allah.
Orang berniaga (terutama peniaga jalanan), setiap hari, setiap masa akan berdoa supaya Allah murahkan rezeki dan gerakkan hati orang yang lalu lalang supaya membeli makanan / barangannya. Kerana itulah sumber rezeki mereka untuk menyuap nasi ke mulut isteri dan anak-anak.
Orang berniaga, LEBIH DEKAT kepada Allah = Power
Orang berniaga yang untung banyak, LEBIH-LEBIH-LEBIH DEKAT kepada Allah = Power Gila
Orang berniaga, JAUH daripada Allah = Rugi
Orang berniaga yang untung banyak, SEMAKIN JAUH daripada Allah = Rugi
Berniag, ada masa naik dan masa turun. Berniaga, boleh jadi ASBAB untuk iman kita terus naik dan naik. Semoga perniagaan, menjadi asbab untuk kita menjadi hamba yang semakin dekat kepada Tuhan nya.
P/s:
Orang makan gaji dalam syarikat swasta pun hakikatnya berada dalam kitaran perniagaan. Cuma kerjanya ialah memastikan perniagaan tokey nya berjalan lancar.
SHARE dan TAG kawan-kawan anda yang berniaga. Semoga kita dimurahkan rezeki di zaman gawat ini.
___________
Caption gambar:
Satu-satunya gambar yang ada.
Gambar dirakam oleh Almarhum Saeed Bin Mohamed Saeeddov, kawan se-universiti yang berasal dari Somalia, menetap di Mekah, kahwin dengan orang Kelantan. Dia dan isteri meninggal dunia dalam satu kemalangan bas semasa dalam perjalanan balik ke Kelantan.
Pakai kopiah tu bukan sebab alim ke apa. Tapi memang syarat berniaga makanan kena tutup kepala.
Kredit Story To : Mohd Hafizul Helmi

Sabtu, 24 Jun 2017

Perlukah Makan Suplemen Tambahan Setiap Hari ? Mari Baca Apa Kata Seorang Doktor Tentang Soalan Ini.

PERLUKAH PENGAMBILAN SUPLEMEN SETIAP HARI ?
Jika kita ke farmasi atau klinik kita akan melihat pelbagai jenis pil-pil suplemen atau vitamin dan mineral yang dijual. Pelbagai promosi dan iklan di media massa tentang pelbagai jenis suplemen yang dijual dipasaran. Suplemen atau makanan tambahan adalah zat-zat makanan mikro atau surih yang perlu kita ambil setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Persoalan yang selalu ditanya adalah;
“ Kenapa kita perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan ini?”
Jika anda bertanya dengan sesetengah doktor maka ada yang berpendapat bahawa kita tidak perlukan suplemen ini. Pada pendapat mereka cukuplah dengan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat. Pendapat sebegini agak kurang tepat dengan keadaan kehidupan kita pada zaman moden ini. Kajian saintifik yang terbaru membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengambilan suplemen ia akan membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kronik. Hakikatnya, makanan yang kita makan zaman sekarang tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral, zat-zat surih dan anti oksidan tubuh kita.
Saya selalu ditanya, adakah terdapat bukti saintifik tentang kepentingan pengambilan suplemen ini. Sebenarnya, terdapat ribuan kajian yang telah dijalankan sebenarnya yang boleh kita baca dalam jurnal-jurnal perubatan. Satu kajian yang sangat popular yang dinamakan ‘Nurses Health Study’ yang dijalankan dari tahun 1976 hingga 1989 melibatkan 280,000 jururawat telah menunjukkan diantara kesimpulannya adalah pengambilan beberapa jenis suplemen seperti anti oksidan boleh mencegah kanser dan masalah buta mata akibat katarak. Kesimpulan lain adalah: pengambilan vitamin D dan kalsium boleh mencegah masalah reput tulang. Pengambilan suplemen vitamin B6, kalsium, vitamin D dan asid folik boleh membantu mencegah kanser. Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega 3 boleh mencegah sakit jantung dan angin ahmar (strok). Berdasarkan fakta kajian ini jelas menunjukkan kepentingan pengambilan suplemen dalam mencegah penyakit kronik yang merbahaya.
Terdapat banyak lagi kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan yang menunjukkan pengambilan secara berterusan suplemen mampu mencegah penyakit kronik dan mengekalkan berat badan yang ideal. Kajian-kajian lain telah membuktikan kelebihan vitamin dalam pencegahan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan pelbagai lagi.
Kajian-kajian lain juga menunjukkan anti oksidan, vitamin B6, B12, asid folik, vitamin C, vitamin D dan vitamin E mampu mencegah penyakit dengan melindungi membran sel dan DNA didalam sel dari kerosakan akibat radikal bebas dan pelbagai jenis toksin yang masuk kedalam tubuh manusia. Didalam buku saya, ‘Hindari Kanser dengan Anti Oksidan’, saya telah menyenaraikan kajian-kajian saintifik tentang anti oksidan yang berkaitan dengan kanser dan pencegahannya.

Terdapat juga banyak kajian menunjukkan pengambilan supplemen omega 3 mampu membantu menurunkan paras kolesterol, mencegah penyakit jantung dan mengawal berat badan sebagaimana yang telah saya tulis dalam buku saya ‘Omega 3: kepentingannya kepada kesihatan’. 
Begitu juga pengambilan probiotik sebagai suplemen harian mampu meningkatkan immuniti, penghadaman yang baik , mengurangkan masalah allergi dan mencegah kanser usus.
Secara umumnya, makanan yang kita makan setiap hari tanpa kita sedari sebenarnya tidak seimbang dan amat rendah kandungan zat-zat surih atau mikro seperti vitamin, mineral, anti oksidan dan sebagainya. Makanan kita kaya dengan karbohidrat, lemak tepu, lemak ‘trans’ dan ‘GULA’ yang berlebihan ditambah lagi dengan pelbagai pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Bahan-bahan tambahan ini mengganggu keseimbangan metabolisma sel-sel dalam tubuh manusia. Budaya makanan segera yang dibawa dari barat memburukkan lagi masalah ini. Anak-anak dan juga ibubapa amat kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan seharian.Pemakanan seimbang masa kini lebih kepada iklan di poster di sekolah, klinik dan hospital semata-mata. Hakikatnya ianya tidak di amalkan dalam kehidupan seharian.

Sekarang perkembangan industri makanan segera amat hebat sekali. Setiap hari kita melihat iklan-iklan di kaca televisyen tentang makanan segera. Kemajuan ekonomi seiring dengan perubahan corak pemakanan manusia di seluruh dunia. Makanan yang di proses amat mudah didapati dalam pasaran yang hanya mempunyai ‘karbohidrat kosong’ tanpa zat-zat mikro yang mencukupi. Disinilah pentingnya suplemen yang kita makan akan membantu membekalkan mana-mana zat-zat yang kekurangan tanpa kita sedar untuk menjaga keseimbangan metabolisma sel-sel tubuh manusia.
Kehidupan kita dizaman moden sekarang yang membeli semua makanan di pasar atau pasaraya besar jauh berbeza dengan kehidupan datuk nenek kita di zaman dahulu yang menghasilkan sendiri makanan mereka. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita makan ditanam secara komersil dengan penggunaan baja kimia, racun rumpai dan sebagainya. Makanan dari sumber daging ayam, kambing, lembu diternak secara komersil dengan penggunaan hormon and antibiotik yang berleluasa. Ikan dilaut juga tercemar dengan logam berat raksa yang menyebabkan keracunan kronik. Isu-isu pencemaran ini amat kompleks dan susah untuk dielakkan, natijahnya untuk menjaga kesihatan badan kita , kita perlukan suplemen setiap hari.
Semua sel di dalam tubuh menggunakan vitamin dan mineral serta antioksidan untuk melindungi bahagian-bahagian sel seperti membran, protein, lipid, plasma, mitokondria, nukleus dan DNA dari kerosakan oksidatif. Zat-zat mikro seperti vitamin, mineral dan anti oksidan membantu dalam proses membaikpulih sel dan seterusnya membolehkan ia berfungsi dalam keadaan yang optimum.
Apabila sel-sel berfungsi dalam keadaan baik maka semua organ dan sistem tubuh manusia dapat berfungsi dengan baik. Kesannya, kesihatan akan terpelihara dan boleh dikekalkan untuk jangkamasa yang lebih panjang dengan mengambil suplemen yang perlu.
Sikap sesetengah orang yang mempunyai tabiat tidak sihat seperti merokok, tidak bersenam, makan secara berlebihan, masalah obesiti dan stress yang melampau menyebabkan kadar penyakit zaman moden seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, angin ahmar dan kanser semakin buruk dan meningkat dengan begitu ketara sekarang. Ini menambahkan lagi keperluan pengambilan suplemen untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik akibat tabiat buruk ini. Berhenti dari mengamalkan tabiat-tabiat yang merbahaya kepada kesihatan adalah langkah terbaik dan pengambilan suplemen akan membantu memulihkan kesihatan tubuh secara keseluruhannya.
Tetapi perlu diingat bahawa pemakanan seimbang dan sihat dengan mengambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan karbohidrat berserat tinggi juga penting untuk mencegah penyakit-penyakit kronik ini. Bersenam juga adalah salah satu faktor penting dalam mencegah penyakit ini. Ketiga-tiga faktor ini amat penting dan perlu seiring diamalkan untuk mendapat kesihatan yang optimum dan bukan hanya bergantung kepada pengambilan suplemen semata-mata. Suplemen bukanlah ubat untuk mencegah penyakit tetapi sebagai satu tabiat yang sihat membantu mencapai kesihatan optimum.
Dengan memulakan pengambilan suplemen setiap hari seperti multivitamin, mineral, antioksidan, omega 3 dan probiotik yang berkualiti tinggi, seseorang boleh merasakan perbezaan tahap kesihatannya dalam masa beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Sesetengah orang akan merasa peningkatan tenaga, ketenangan fikiran dan peningkatan prestasi fizikal dengan penggunaan suplemen ini. Malah terdapat juga orang-orang yang lebih dramatik kesannya ke atas mereka. Perlu juga di ingat walaupun sesuatu perkara yang baik tetap ada hadnya, pengambilan suplemen ini perlu mengikut dos yang sepatutnya dan tidak berlebihan. Pengambilan makanan sihat masih perlu diamalkan untuk mendapat kesan kesihatan yang optimum.
Terdapat sesetengah orang pula tidak dapat merasai atau menyedari apa-apa kesan dari pengambilan suplemen atau makanan nutrisi tambahan ini, tetapi ini tidak bermakna tiada sebarang pembaik pulihan berlaku.
Sama ada seseorang itu merasainya atau tidak, pengambilan suplemen tambahan telah terbukti secara saintifik berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Dengan pengambilan suplemen setiap hari secara konsisten, seseorang itu akan mendapat faedah kesihatan yang lebih baik, InsyaAllah.
Sumber :
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Man), MScAARMMA(UCSI), FAGE
MMC: 36627
Pengamal Perubatan Am dengan
Pengkhususan Perubatan Nutrisi, Anti Penuaan, Esthetik & Perubatan Regeneratif

Khamis, 22 Jun 2017

Resepi Ikan Cencaru Bakar Tanpa Menggunakan Oven ! Guna Periuk Je Bakar~

Hai, petang semua .. Tengah buat apa tu ? Pikir menu berbuka nanti ke ? hihi

Harini saya nak share sedikit menu yang simple tapi sedap tau~ boleh makan hingga tiga piring nasi nanti^_* haha gurau je, menu ne paling  best untuk orang yang duduk rumah bertingkat-tingkat macam saya la~

Nak makan ikan bakar bukan senang mahu cari sini Kuala Lumpur, lagi-lagi sekarang kita duduk rumah yang bertingkat-tingkat dan oven pula tiada ? Nak membakar guna arang, silap-silap datang abang bomba nanti ahha. Apa nak buat kalau kita betul-betul teringin nak makan ikan bakar ala-ala di Sabah tu ? Kita bakar la ikan atas kuali !

Eh, eh tak percaya kamurang boleh bakar ikan atas kuali ? Mari sini saya share macamana mahu bakar ikan tanpa oven, tanpa arang hanya kuali dan gas..

Resepi Ikan Cencaru Bakar ( Kampung Style )

Bahan-bahan :
  • 3 ekor ikan cencaru
  • 4 helai daun pisang ( kalau tiada daun pisang gantikan dengan foil paper)
  • 2 biji bawang merah *
  • 6 ulas bawang putih *
  • 2 batang serai *
  • 3 inci halia *
  • 3 inci belacan *
  • 4 batang cili merah *
  • 2 batang cili hijau *
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • Sedikit air asam jawa ( untuk hilangkan bau hanyir ikan )
  • Sedikit kicap manis ( kalau tiada, ganti dengan gula )
  • Sedikit garam
  • 3 biji limau kasturi

P/S : Untuk yang bertanda * kasih blend ( kisar ) sehingga halus.

Cara Memasak :

 1. Setelah bahan kisar siap, panaskan kuali masukkan minyak masak sedikit, dan goreng bahan-bahan yang dikisar tadi, tapi jangan sampai garing pula.

2. Jangan lupa masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis, air asam jawa dan garam kedalam bahan kisar yang digoreng tadi.

3. Setelah bahan kisar agak-agak macam pecah minyak, seperti gambar yang saya tunjukkan, matikan api. Ketepikan seketika bahan kisar tadi.

4. Cuci ikan cencaru bersih-bersih.

5. Seterusnya, letakkan bahan kisar yang telah digoreng tadi di atas daun pisang. Dan letakkan ikan lalu letakkan bahan kisar menutupi ikan macam dalam gambar.

6. Panaskan kuali, tapi jangan letak minyak. Selepas itu, bungkus ikan cencaru menggunakan daun pisang atau kertas foil aluminium lalu masukkan kedalam kuali, seperti dalam gambar.

7. Terbalik-balikkan ikan cencaru dalam setiap 5 minit atau 3 minit, sebab nanti hangus. Api gas jangan terlalu kuat, cukup api kecil sahaja. Bakar ikan cencaru sehingga garing dan kering sedikit.

8. Taraa! dah siap, ehh last sekali, potong-potongkan limau dan perah atas ikan cencaru, perghhhh~

Selamat mencuba ~ hehe silakan share ya guys*



Karang Gigi ? Baca Sini Cara Untuk Hilangkan Karang Gigi

Adakah gigi anda kerap berdarah setiap kali menggosok gigi ? Gusi berdarah kerap dikaitkan dengan karang gusi atau disebut gingivitis yang selalunya disebabkan binaan plak pada gigi. Plak yang kelihatan seperti simen terjadi disebabkan teknik pembersihan gigi yang tidak betul atau kecederaan pada gusi disebabkan teknik menggosok yang agresif.

Jika gigi tidak dijaga, dalam jangka masa panjang plak akan menjadi faktor utama gigi mereput. Plak mengandungi bakteria, mukus dan sisa makanan. Andai tidak dibuang ia akan berubah menjadi tartar yang boleh terperangkap didalam akar gigi.

Plak dan tartar menyebabkan kesan radang pada gusi. Ia menyebabkan gusi membengkak dan lembut. Kecederaan atau trauma pada gusi, walaupun apa pun sebabnya ( termasuk teknik memberus gigi dengan agresif) juga boleh menyebabkan gingivitis.

Plak gigi itu sendiri terjadi akibat air liur yang mengandungi garam telah bercampur dengan asid yang terdapat pada sisa makanan yang dimakan. Terbentuknya karang atau plak gigi pertama kali biasanya menyebabkan warna kuning pada gigi. Jika tidak diatasi dengan cepat ia akan menyebabkan gigi anda berwarna kehitaman. Jadi ketika anda melihat adanya plak atau karang gigi ini maka anda harus segera mencari cara menghilangkan karang gigi tersebut.

Selain itu, kehadiran karang gigi ini juga boleh menyebabkan mulut anda mengeluarkan bau yang tidak enak. Ini adalah kerana terdapat gangguan sistem penghadaman dan pernafasan serta terjadinya infeksi pada gusi.

Untuk menyingkirkan karang gigi, umumnya orang bakal pergi ke doktor, namun bagi mereka yang mungkin ingin mencari cara yang jimat dan berkesan, anda juga boleh melakukan prosedur ini sendiri dirumah.

Namun yang perlu diingat iaitu, cara ini tidak akan menghilangkan karang gigi secepat mungkin seperti yang dilakukan oleh doktor gigi. Untuk menyingkirkan karang yang terkumpul, ada beberapa pilihan rawatan.

Cara Hilangkan Karang Di Gigi

#1 - Rawatan ( Hidrogen Peroksida )
Campur satu cawan hidrogen peroksida dengan 1/2 cawan air hangat, lalu kumurlah dengan gabungan itu selama satu minit. Buang, lalu basuh dengan 1/2 cawan air sejuk.

#2 - Rawatan ( Baking Soda )
Alat yang paling umum serta berkesan untuk singkirkan karang gigi iaitu baking soda. Campur satu sudu makan baking soda dengan 1/2 sudu teh garam dalam cawan. Lalu, rendam berus gigi di air panas serta celupkan dalam gabungan baking soda tadi. Mulakan dengan memberus gigi terlebih dahulu. Lalu gunakan gabungan baking soda dan garam tadi untuk menggosok gigi anda selama 5 minit. Lalu cuci mulut anda dengan pencuci mulut antiseptik.

#3 - Rawatan ( Dental Pick )
Pakai dental pick untuk bersihkan karang pada gigi. Lakukan dengan hati-hati, sehingga tidak mengikis serta mengakibatkan kerosakan pada gusi anda.

Tips Elakkan Karang Gigi daripada Muncul Semula

Memberus gigi secara teratur
untuk mengatasi terjadinya karang gigi, anda perlu memberus gigi secara teratur, tiga kali sehari. Dengan memberus gigi secara teratur gigi anda akan menjadi lebih bersih, mulut tetap harum serta kesihatan gusi dan mulut akan terjaga. Cara menghilangkan karang gigi ini boleh mencegah terjadinya pengumpulan sisa makanan pada gigi yang boleh mengundang karang gigi.

Perbanyakkan minum air
Minum air putih atau air masak juga merupakan salah satu cara menghilangkan karang gigi yang efektif dan paling senang. Anda tak perlu mengeluarkan banyak belanja untuk menghilangkan karang gigi dengan cara ini. Ini adalah kerana air putih boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang terlekat pada celahan gigi sehingga membentuk karang gigi.

Makan buah epal
Anda boleh cuba cara menghilangkan karang gigi secara semulajadi dengan pengambilan buah epal. Buah epal mengandungi vitamin C dan juga kalsium yang berguna untuk menyihatkan dan menghapuskan karang gigi secara semulajadi. Tanpa memberikan sebarang risiko atau impak negatif bagi kesihatan gigi, pengambilan buah epal setiap hari boleh membuatkan gigi anda lebih bersih dan putih.

Khasiat buah tembikai
Buah tembikai juga boleh digunakan sebagai cara menghilangkan karang gigi. Buah tembikai mampu membuatkan gigi menjadi bersih jika pengambilannya dilakukan setiap hari. Tembikai  mengandungi serat semulajadi yang bermanfaat untuk mengeluarkan air liur dengan lebih  banyak untuk membantu membersihkan mulut dan gigi secara semulajadi.

Sekian sedikit perkongsian saya untuk anda:)

Rabu, 21 Jun 2017

Air Paip Di Rumah Kotor ? Tiap Bulan Borong Air Mineral Berkotak-Kotak ? Baca Sini Cara Bersihkan Air Di Rumah Anda

Selamat petang, apa warna air minuman korang ?

                             Perbezaan warna air yang ketara setelah ditapis dengan water pitcher
Hah! nak tau tak shaklee ada penapis air tau. Penapis air Shaklee dikenali sebagai Get Clean Water Pitcher. Ianya hanya portable dan mudah dibawa kemana sahaja.

Apa Keistimewaan Get Clean Water Pitcher Shaklee ?

#1 Menyingkirkan kandungan plumbum dan banyak bendasing lain

Get Clean Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga di iktiraf oleh Persatuan Kualiti Air ( Water Quality Association [WQA] ) yang ianya dapat mengurangkan plumbum  dan banyak bendasing lain.

#2  Menjimatkan kos

Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean Water dapat memeberikan air yang bersih dan rasanya enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya. Harga Get Clean Water ini adalah RM543.

#3 Lebih banyak air bersih pada setiap masa

Get Clean Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya pada kesihatan anda.

#4 Mesra Alam : Memelihara alam sekitar
Get Clean Water ini menggunakan sistem Penuras Jag Air dengan blok-Karbon isian semula yang pertama, dimana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Testimoni Pengguna Get Clean Water Pitcher Shaklee

Assalamualaikum.
Saya Mazura Bt Mat Kassim, umur 34, berasal dari Perak dan sekarang menetap di Putrajaya.

Saya merupakan pengguna suplemen Shaklee sebelum ini hinggalah saya membuat keputusan menjadi ahli pada March 2015 ketika membeli Get Clean Water Pitcher dan beberapa suplemen lain yang turut dipesan oleh rakan sekerja.

Saya yakin, ramai penduduk di kawasan saya turut mengalami masalah air paip yang kotor seperti yang saya tunjukkan di dalam gambar. Saya sekeluarga terpaksa membeli air mineral berbotol-botol kerana tak lalu nak minum air walaupun lepas dimasak. Sedangkan nak mandi dan membasuh pakaian pun kami jadi geli untuk gunakan air paip ini.Masalah seperti ini kerap berlaku apabila pihak kuarters mencuci tangki air.

Kawan saya Azlinda Ismail selaku upline saya mencadangkan Get Clean Water Pitcher ini. Alhamdulillah! Kami kini dapat menikmati air yang bersih untuk diminum. Kami tak perlu lagi memborong air mineral berbotol-botol.

Paling menggembirakan, kami juga mudah mendapat air bersih walaupun sedang bercuti kerana ianya mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Sewaktu berkursus di Bukit Gambang beberapa bulan lepas, air di hotel yang kami duduki agak keruh. Mujur kami bawa bersama Get Clean Water Pitcher ini!

Ibu mertua saya turut mendapatkan satu set untuk dirinya di rumah. Kami sekeluarga sangat gembira diperkenalkan dengan penapis air yang mudah dibawa ini.

Aimi Medina berkata, "Mama! Kita dah boleh minum air bersih!"

Kredit to : Supermom Shaklee Story
******************************************************************************

Pertanyaan Atau Pesanan :- 
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee atau Get Clean Water Pitcher ini, boleh hubungi saya di talian 014- 864 5784 (Jesnah). Saya akan terus bantu anda untuk urusan pembelian dan konsultasi.

Selasa, 20 Jun 2017

Resepi Fish Cake Homemade. Sangat Mudah .

Anda suka guna fish cake untuk dimasukkan dalam campuran sayur ? Anda harus cuba resipi fish cake home made ini. Mudah je cara pembuatannya. Boleh buat stok banyak-banyak.


Bahan- bahan :

  • 500gm isi ikan tenggiri segar
  • 3 sudu kecil (menggunung) tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam (nanti masa sudah siap blend, cuba rasa, dan jangan masin sangat ya~ sebab nanti masa fish cake sejuk lagi masin).
  • Sedikit aji na moto (terpulang mahu letak atau tak)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 cawan air sejuk (air yang sejuk dari peti sejuk)
** Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan fish fillet. Tapi jangan masukkan air ya sebab dalam fillet sudah ada kandungan air. Jadi abaikan sukatan air.

Cara Memasak :

1. Ambil isi ikan tenggiri sahaja. Buang kulitnya. Kisar halus menggunakan food processor atau tumbuk.

2. Kemudian masukkan sedikit air sejuk. Kisar lagi dan masukkan garam, serbuk lada sulah dan ajinamoto(ajinamoto adalah optional, boleh abaikan jika anda tidak suka). 

3. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar lagi sehingga rata.

4. Sebelum itu, panaskan periuk kukusan dan loyang empat segi. Jika tiada loyang, boleh gunakan bekas lain yang tahan panas.

5. Masukkan adunan ikan tadi ke dalam loyang yang telah dialaskan dengan plastik terlebih dahulu. Ia bertujuan bagi memudahkan proses mengeluarkan fish cake dari loyang.

6. Ratakan adunan fish cake serta padatkannya. Sapu sedikit minyak di jari dan licinkan permukaan kek ikan tadi.

7. Masukkan kedalam pengukus dan masak selama 15 minit atau sehingga masak.

8. Setelah masak, terbalikkan dan potong kecil-kecil menyamai bentuk fish cake yang dijual dikedai.

9. Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba semua:)