Khamis, 23 Februari 2017

Healing Crisis ( Krisis Penyembuhan )

Dear Readers,
Oh Hello everibadi.
Let me share you something that is common
Kebanyakan orang yang baru guna product Shaklee, akan mula mengomplen sana sini pasal side effect yang terjadi pada mereka.
Antaranya :
"Wey, apsal aku makan ESP Shaklee kau ni, kepala aku pening and denyut?
"Okay now pinggang aku macam nak patah consume Alfalfa and Lecithin kau ni, aku nak kurus, bukan nak patahkan pinggang""
Please guys, don't you ever know about
*LAW OF CURE????*
Benda kalau nak kulit putih, kena jalani proses peeling.
Benda kalau nak sihat, kena buang toksin.
Apa yang special Shaklee product ni, dia memproses, menyahtoksin dari badan dengan cepat dan optimum!
Apa yang berlaku terhadap diri anda BUKANNYA KESAN SAMPINGAN.
Ia hanya tindak balas normal yang membuktikan supplement anda berkesan !
Normally, tindak balas Healing Crisis ini mengambil masa seminggu hingga ke dua minggu.Selepas itu, anda dapat rasa perubahan positif badan anda.TRUST ME.
Selain daripada itu, anda dapat mengenalpasti masalah kesihatan anda, and you should thank to God !
Nasihat saya sebagai health consultant percuma anda,
----------------------------------------------------------------
*do not stop consuming your supplement until it works !*
----------------------------------------------------------------
Trust me, dalam sebulan anda dapat rasai perbezaannya

kredit to : kash danil

Pernah alami sakit-sakit setelah mengambil supplemen tambahan ? Jangan risau, itu dinamakan healing crisis atau dalam bahasa melayu krisis penyembuhan .. Dan bahasa sains nya pula  Herxheimer reaction. Mari saya terangkan apa itu sebenarnya krisis penyembuhan.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KRISIS PENYEMBUHAN ?
-Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan manusia. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan china, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

MENGAPAKAH KRISIS PENYEMBUHAN SELALU TERJADI SETELAH KITA MENGAMBIL MAKANAN TAMBAHAN (SEPERTI SUPPLEMEN) ?
-Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat  yang akan terhakis keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat disekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.


ADAKAH KRISIS PENYEMBUHAN PETANDA YANG BAIK ?
-Ya, of course. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.


ADAKAH SETIAP ORANG AKAN MENGALAMI PETANDA DAN SIMPTOM YANG SAMA SEMASA PROSES KRISIS PENYEMBUHAN ?
-Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin didalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

BERAPA LAMA PROSES KRISIS PENYEMBUHAN ?
-Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin mengambil masa dalam 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Ramai orang yang mengambil makanan tambahan bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih tidak merasai sebarang kesan yang positif ? ramai orang bertanyakan soalan ini kan ? Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaan (contoh : tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik dan lain-lain.) Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti :-
*Tidak mengamalkannya setiap hari
*Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
*Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambil supplemen
*Pemakanan yang tidak seimbang serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
*Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh panjang untuk sembuh
*Mengalami masalah emosi
*Kurang pengambilan air kosong ( mesti sekurang2nya 3 liter bagi berat badan 50kg)

Apakah tanda-tanda anda mengalami krisis penyembuhan ?
-Anda mugkin akan mengalami sakit kepala, tumbuh jerawat, tumbuh ruam, badan cepat letih , cirit-birit dan muntah-muntah.


Krisis penyembuhan bukan bermakna anda tidak sesuai untuk mengmbil supplemen tersebut, ia dalah positif. Masa all the jungkies and drugs tu nak hilang, tentulah melalui tubuh kita kan ? Jadi apa perlu kita buat ialah :-
Semoga bermanfaat untuk semua, sekian terima kasih ~

Tiada ulasan:

Catat Komen