Ahad, 19 Februari 2017

Resepi Dumpling

Siapa peminat tegar dumpling ? ehh~ semua orang mesti suka makan ne kan ? sedap bah tuu..hihi Tapi selalu makan di kedai-kedai boleh tahan lumayan juga harga kan ? terus rasa macam tak puas makan ? Selalunya orang Cina yang selalu bikin dumpling ne, tapi jangan risau kita pun boleh buat.. nah ini hari Jesz bagi kamu resepi tak susah bah buat dumpling ne..macam dalam iklan TV semudah ABC saja dia bilang ~ hihi

Resepi Siumai/ Dumpling
---------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk buat kulitnya.
250gm tepung gandum
80gm tepung ubi
200-220ml air panas mendidih
sedikit garam
1 1/2 sudu besar minyak masak
#ada juga jual kulit dumpling, bagi yang mahu senang boleh direct beli kulit dumpling yang ada jual di pasaraya.
Cara-cara membuatnya.
1. Satukan tepung gandum,tepung ubi, garam dan minyak masak.Gaul sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air panas.
3. Uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
4. Biarkan adunan selama 20 minit dalam bekas tertutup.
Bahan-bahan untuk intinya
1. 2 keping isi ayam dikisar halus
2. 12 ekor isi udang dikisar halus
3. 3 biji bawang merah kecil dicincang halus
4. 2 biji bawang putih dicincang halus
5. sedikit carrot dicincang halus
6. sedikit daun bawang
7. sedikit lada sulah
8. garam dan gula secukup rasa
9. 1 sudu besar sos tiram
10. 2 sudu besar tepung jagung
11. 2 sudu kecil minyak bijan
12. 1 biji telur dipukul kembang
13. 1 biji cili merah besar dipotong halus
Cara-cara membuatnya
1. Satukan semua bahan.gaul sebati.
OKK sekarang proses melipat dumpling
1. Canaikan adunan tepung tadi..macam kita buat karipap. Sama cara juga kalau guna kulit dumpling yang hanya dibeli di kedai.
2. Letak inti ditengah-tengah.okk boleh lah lipat mengikut kreativiti anda. Buat mcm karipap pun boleh..
3. Bila dah siap bolehlah kukus.okk siap.. Selain kukus, korang boleh juga goreng dan masak sup dumpling ..hihi
Ok terima kasih kerana sudi membaca dan selamat mencuba ^_*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan