Rabu, 12 Julai 2017

7 Sebab Berat Badan Sukar Turun


Masalah berat badan juga sinonim dengan punca kegemukan yang melanda tidak mengira perbezaan jantina. Ia berlaku apabila berat badan anda telah melebihi 20% berat badan ideal anda.

Secara logiknya ia berlaku disebabkan oleh jumlah kalori yang masuk ke dalam tubuh melebihi daripada apa yang sepatutnya. Selalunya ia akan mengakibatkan pengumpulan lemak di bahagian tertentu jika tidak melakukan sebarang output ( senaman berkala ) atau detox(buang toksin dalam badan ).

Sebelum ada ketahui 7 sebab mengapa berat badan anda sukar untuk turun, sebaiknya anda kenal pasti dahulu 3 jenis kegemukan yang telah dikategorikan.

1. Gemuk Air
2. Gemuk Angin
3. Gemuk Daging

# Gemuk Air Dan Daging

  • Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
  • Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
  • Perut terasa sebu dan adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
  • Mudah mendapat sakit kepala.
# Gemuk Daging
  • Badan berasa berat dan pejal.
  • Mudah penat apabila melakukan tugas harian.
  • Proses penurunan berat badan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu & bergumpal bersama daging.
  • Proses penurunan melalui perpeluhan lebih efektif kepada orang yang gemuk daging.
Sekarang anda telah mengenali serba sedikit menegenai ciri-ciri kegemukan mengikut kelasnya. Jadi, sekarang mari kita selongkar 7 sebab punca sukar menurunkan berat badan.

7 Sebab Berat Badan Sukar Turun

1. Kurang minum air kosong

Menurut Perunding Nefrologi Dr. Tan Wee Ming, salah satu kaedah terbaik untuk menjaga buah pinggang adalah dengan meminum air yang banyak. Sukatan terbaik adalah 2-3 liter sehari. Air membantu buah pinggang berfungsi dengan sempurna malah ia dapat menurunkan berat badan secara berperingkat.

2. Tidak sarapan pagi
Makan pada waktu pagi membantu mengurangkan selera makan anda pada waktu kemuncak. Ia juga membantu mengelakkan anda dari makan secara berlebihan pada waktu tengah hari atau petang. Carilah sarapan pagi yang mempunyai kandungan protein tanpa lemak dan serat yang tinggi serta gula yang rendah. Saya cadangkan anda mengambil Esp Shaklee.

3. Tidak cukup tidur

Realitinya, anda bukan semakin kurus jika tidak cukup tidur walaupun tanpa menjamah sebarang makanan. Kesannya berat badan anda akan naik mendadak. Badan memerlukan rehat yang cukup bagi memudahkan sistem penghadaman berjalan. Tenaga atau kalori yang terkandung tidak akan dapa di cerna dengan betul dan akan menyebabkan otot bahagian badan kendur dan lembik malah berisi mengeleber. Sebaiknya tidurlah ikut jadual dan elakkan makan 2 jam sebelum tidur.

4. Metabolisme yang lambat
Untuk mempercepatkan kadar metabolisme ialah dengan tidur yang cukup, tidak stress, lakukan senaman dan makan makanan yang pedas. Ya, ramai orang tak menyangka dengan makan makanan yang pedas banyak kalori yang dapat kita bakar ! Air sejuk juga merupakan satu kaedah segera yang dapat meningkatkan metabolisme badan. Di sarankan minum air kosong bercampur ais (bukan air dalam peti ais). Cubalah anda pasti teruja !

5. Makan lewat malam

Ini adalah perkara yang sangat sukar untuk di elakkan betul ? Kebanyakkan orang selalunya mengamalkan makan lewat malam atau "ngeteh". Makanan pula penuh dengan kalori yang tinggi sepertinya roti canai contohny. Ini mengakibatkan lemak terkumpul didalam badan. Tenaga ang di ambil pada lewat malam pula tidak dibebaskan yang akan menyebabkan masalah berat badan semakin serius dan akan mengundang beberapa penyakit lain.

Apabila makanan yang dimakan pada waktu lewat malam, makanan tersebut akan bertukar menajdi lemak akibat sistem penghadaman yang tidak sempurna. Bayangkan otak dan perut anda sebenarnya perlukan rehat namun terpaksa menjalankan proses penghadaman untuk waktu yang sudah lewat.

6. Kurang bersenam ( Bakar kalori )
Faktor masa dan pekerjaan sibuk menyebabkan 90% rakyat Malaysia mengabaikan aktiviti seaman . Sebaiknya, luangkan masa 10-15 minit sehari untuk aktiviti regangan. Anda juga boleh lakukan di tempat kerja atau pejabat. Sekurang-kurangnya anda harus prihatin terhadap kesihatan jantung anda, lakukan senaman 3 kali seminggu adalah perkara terbaik. 

7. Kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan

Bagi kebanyakkan orang yang mempunyai masalah kegemukkan atau obesiti, disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat agar boleh mendapatkan berat badan yang ideal. Ia boleh dilakukan dengan mengamalkan diet yang betul seperti dibawah :
  • Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Lebihkan karbohidrat kompleks seperti bijirin bergandum penuh.
  • Kurangkan makanan berlemak, tinggi gula dalam diet.
  • Kurang pengambilan lemak tepu daripada lemak haiwan.
  • Lakukan aktivit fizikal atau senaman sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu, pada kadar masa 30-40 minit.
  • Jalankan aktiviti yang banyak pergerakan.
Sekian perkongsian saya untuk mengapa berat badan sukar untuk turun :)

Luv, Jesz.

4 ulasan:

  1. kalau bab nak buat senaman kat luar atau ditaman, memang tak tau la bila nak buat. Jadi, alternatifnya, Jida try buat senaman ringkas yang boleh dibuat dirumah je..

    BalasPadam
  2. Nak kurus tapi makan banyak...cmner nak kurus...
    Nak kurus kena lah buat senaman dan jaga pemakanan tiap hari...tak semestinya berlari berjam-jam baru kata bersenam..Sehari ambil masa at list 15 minit lakukan senaman ringkas bagi berpeluh sikit...BAARU lah kesihtan pon terjamin..

    BalasPadam
  3. Adui, makan lewat malam. Sebelum ni memang selalu makan kewat malam sebab asben balik lambat. Alhamdulillah sekarang dah okay. Nak turunkan berat badan

    BalasPadam
  4. Wah. Terima kasih bagi tips ini. Mahu kurus sebab nak dapat kesihatan yang terbaik. Jaga pemakanan kita setiap hari. Kurangkan lemak dalam makanan jadi kuranglah lemak dalam badan.

    BalasPadam