Ahad, 2 Julai 2017

Kenapa Perut Kembung Dan Berangin? Ini Puncanya!


"Ish berangin agaknya perut ni, dari tadi asyik sendawa. Patutlah kembung semacam saja."

Kalau perut kembung memang rasa tidak selesa dan tidak senang duduk. Terasa bagaikan seperti ada belon dalam perut. Lepas diurut atau disapukan minyak angin dan sendawa besar barulah perut terasa selesa.

Selalunya perut kembung dikaitkan dengan angin yang masuk dalam badan apabila lambat makan daripada waktu sepatutnya. Ada juga kembung disebabkan minum terlalu banyak air.

Sebab Perut Kembung ;

#1 Makan dengan laju
Apabila anda makan dengan laju, makanan tidak dihadam dengan sempurna dan cebisan yang tidak lumat terkumpul dalam perut. Itu yang menyebabkan perut terasa kembung.

Sebaiknya makan dengan perlahan agar makanan yang masuk dalam perut lumat sepenuhnya.

#2 Tidak fokus pada makanan
Apabila makan sambil melayari internet di telefon, tonton tv mahupun komputer, tanpa sedar anda akan mengambil makanan lebih dari yang sepatutunya.

Sebaiknya beri tumpuan pada makanan yang anda makan, jadi anda tidak akan makan berlebihan.

#3 Minum guna penyedut minuman
Semasa anda menyedut air menggunakan penyedut minuman atau straw, anda sebenarnya menyedut udara bersama menyebabkan perut mudah kembung.

Sebaiknya minum terus dari gelas.

#4 Banyak makan makanan yang diproses
Kebanyakkan makanan diproses atau makanan rapu mengandungi garam (sodium). Apabila terlalu banyak sodium masuk kedalam badan, ia menyebabkan perut mudah menjadi kembung.

Sebaiknya banyakkan makan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

#5 Pengambilan gula berlebihan, termasuklah 'Artificial Sugar'
Ramai yang memilih artificial sugar sebagai pengganti gula untuk mengurangkan kalori dalam diet harian. Artificial sugar biasanya mengandungi aspartame dan sucralose yang sukar dihadam oleh perut menyebabkan perut menjadi kembung.

Sebaiknya guna madu sebagai pengganti gula.

#6 Minum air bergas
Tahukah anda buih-buih gas dalam minuman ringan juga menyebabkan perut anda mudah kembung.

Sebaiknya, elak minum minuman bergas. Tetapi jika anda penggemar minuman ini, pastikan letak ais dalam minuman dan tunggu sehingga buih-buih gas hilang sebelum minum.

#7 Makan berat sebelum tidur
Apabila tidur dengan perut penuh, makanan dalam perut biasanya mengambil masa yang lama untuk dihadam dengan sempurna menyebabkan perut menjadi kembung.

Sebaiknya, makan malam sebelum tiga atau empat jam sebelum masuk waktu tidur. Jika perlu makan kerana terlalu lapar, ambil makanan ringan seperti buah-buahan.

Apa pun, banyak penyakit berpunca dari diri kita sendiri yang mengabaikan pemakanan yang sihat.

Cara Untuk Mengurangkan Kembung Perut Dengan Kadar Segera
Disini saya ingin memperkenalkan produk Shakle untuk mengatasi masalah kembung perut. Selalunya ini yang akan saya sendiri ambil apabila hadapi masalah kembung perut. Peppermint Ginger Plus Shaklee sangat popular untuk masalah angin dalam badan, gastrik dan juga loya sewaktu mengandung.

Suplemen Peppermint Ginger Plus dari Shaklee ini berbentuk pil @ tablet. Memang mudah ditelan dan boleh larut dalam air. Harga sebotol Peppermint Ginger Plus ini hanyalah Rm47.50 (90 biji).

Apa Yang Best Tentang Peppermint Ginger Plus Shaklee Ini ?
Keistimewaan utama Peppermint Ginger Plus ialah gabungan empat jenis herba semulajadi dari Timur dan Barat. Maksudnya, untuk menghasilkan setiap biji Peppermint Ginger Plus ini, Shaklee telah menggunakan teknologi sains terkini untuk kesihatan iaitu pokok adas, cekur manis, daun pudina dan halia.

# Jintan Manis/Fennal

  • Ia membantu menghilangkan kembung perut, melegakan kesakitan perut dan membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus. Biasanya orang Eropah mengambil biji jintan manis selepas makan untuk tujuan mengilangkan masalah kembung perut.
# Bunga lawang/Anise
  • Bagi orang Mesir Purba, mereka telah lama menggunakan bunga lawang. Sebab apa ? Ia dapat membantu melegakan masalah pencernaan, mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut dan merangsangkan jus gastrik untuk pencernaan. Bunga lawang juga mampu memberikan peredaran tenaga di dalam badan.
# Daun Pudina
  • Daun ini banyak digunakan bagi membantu proses penghadaman. Ia juga kerap digunakan untuk mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness bagi ibu mengandung. Daun pudina juga dapat mengurangkan sakit gastrik, pedih ulu hati, cirit-birit termasuk mengurangkan kesan sampingan daripada kemoterapi seperti muntah dan hilang selera makan. Kerp demam ? Daun ini dapat merangsang pengeluaran peluh sekaligus mengurangkan risiko demam akibat selesma dan demam lebih cepat bagus.
# Halia
  • Sejak 2000 tahun lepas, orang Cina telah lama menggunakan halia untuk tujuan kesihatan dan pemakanan harian. Halia sangat baik untuk merangsang rembesan enzim Salvia supaya makanan lebih mudah dicernakan. Halia juga mampu melegakan sakit perut, mengurangkan sakit senggugut dan loya.
Apa Kebaikan Mengambil Peppermint Ginger Plus ?
  1. Membantu melegakan otot perut
  2. Membantu mengurangkan simptom-simptom demam
  3. Melancarkan sistem penghadaman
  4. Melegakan cirit-birit, pedih ulu hati dan gastrik
  5. Menghalang muntah selepas pembedahan
  6. Mengurangkan atau mencegah masalah kembung perut
  7. Melegakan haba pada musim sejuk
  8. Membantu melegakan morning sickness
  9. Melegakan senak perut
Testimoni Pengguna :-
"Best makan pil yang saya bagi, berangin je badan, tapi tak rasa nak muntah, sendawa pun secara secara prlahan-lahan je"
Makan Peppermint Ginger Plus, perut dah xda angin.
"Buang angin, tidur pun lena"

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang produk Shaklee yang lain atau nak membeli Peppermint Ginger Plus Shaklee anda boleh hubungi saya di 0148645784 Jesz.

Dan ekslusif untuk pelanggan saya ! Saya akan berikan anda konsultasi untuk makan suplemen Shaklee dengan betul.

6 ulasan:

  1. info yang berguna..halia memang bagus untuk mengatasi masalah angin

    BalasPadam
  2. ooo.ingatkan minum pakai straw lebih baik

    BalasPadam
  3. Uishhhh patutlah! Macam semua tu dibuat! Adui ngerinya. Kena ubah cara makan ni

    BalasPadam
  4. Cara pemakanan sangat mempengaruhi perut berangin. Kena ambil perhatian semua tu. Cegumanes dulu alami masalah perut kembung. Kejap-kejap sendawa angin. Macam tak lepas. Sakit tau. Pedih. Tapi lepas ambil shaklee,sudah tiada perut kembung berangin lagi. Memang kena jaga pemakanan betul-betul.

    BalasPadam
  5. Halia mmg bagus untuk bantu buang angin.. Skarang dah ada peppermint ginger plus lagi senang lah nak atasi kembung perut.. Senang nak dibawa kemana²..

    BalasPadam
  6. Good info.Saya juga guna Peppermint ginger plus shaklee utk atasi kembung perut dan bantu buang angin dlm badan.

    BalasPadam