Sabtu, 8 Julai 2017

Makanan Yang Ibu Perlu Elakkan Semasa Menyusu Bayi

Selamat malam semua, agak lama sedikit tak menulis entri~ hehe sangat sibuk sedikit kebelakangan ini, so malam ini Jesz nak share sedikit info tentang makanan yang ibu menyusu bayi harus elakkan.

Semua tahu, ibu-ibu yang menyusu kena menjaga pemakanan, sebab setiap makanan yang ibu makan akan disalurkan kepada bayi, jadi itulah sebab utama kenapa ibu menyusu tak boleh nak makan makanan sembarangan.

Makanan Yang Ibu Perlu Elakkan Ketika Masih Menyusukan Bayi

#1 Kopi 
-Apabila anda minum kopi atau teh, sebahagian kafein akan masuk kedalam susu anda. Oleh kerana bayi tidak dapat mengeluarkan kafein daripada badannya secara efisien seperti seorang dewasa, kafein yang terkumpul akan menyebabkan bayi tidak selesa badan, meragam dan susah tidur. Cara penyelesainnya ialah dengan mengurangkan minuman yang berkafein atau elakkan terus kalau boleh, jika anda minum 2-3 cawan kopi sehari, kurangkan kepada satu cawan sehari.

#2 Coklat
-Ramai orang menggemari coklat. Seperti kopi dan teh, coklat juga mengandungi kafein. Tetapi kandungan kafeinnya adalah lebih rendah daripada kopi. Jika anda mengesyaki coklat membuat bayi anda meragam, hentikan memakannya untuk beberapa hari. Jika anda nampak perubahan yang positif pada bayi anda, teruskan elak daripada memakannya atau kurangkan kuantitinya.

#3 Buah-buahan sitrus
-Di daam buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon, terdapat bahan yang mungkin boleh memedihkan usus bayi. Ini akan menyebabkan bayi meragam, muak banyak dan juga terjadi ruam lampin. Jika anda rasa mengurangkan atau mengelakkan buah-buahan sitrus satu langkah yang baik demi kesejahteraan bayi anda, gantikan dengan makanan lain yang kaya dengan Vitamin C dalam pemakanan anda seperti betik.

Selain itu, anda juga boleh amalkan suplemen tambahan Vitamin C jika takut hendak makan buah sembarangan Di sini saya perkenalkan Vitamin C shaklee yang sangat bagus untuk ibu yang menyusukan bayi.


#4 Alkohol
-Jika seorang ibu minum alkohol dengan banyak, terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin muncul, iaitu mengantuk, lemah dan kenaikkan berat badan yang tidak normal kepada bayi anda. Manakala kesannya pada ibu pula adalah sukar mencapai "let down reflex" dimana ia sangat penting dalam penyusuan. Orang yang minum alkohol untuk merasa relaks, tetapi ada cara lain yang mungkin lebih baik daripada minum alkohol seperti minum teh kamomil atau berurut.

#5 Makanan pedas dan berempah
-Sesetengah ibu boleh makan makanan pedas berempah dan tidak mendatangkan masalah kepada bayinya. Jika nada mendapati bayi anda kerap meragam dan tidak selesa perut, mungkin ada baiknya anda elakkan terus daripada memakannya.

#6 Kacang
-Adakah anda atau ahli keluarga lain mempunyai alahan kepada makanan ? Anda perlu berjaga-jaga sebelum memasukkan kacang ke dalam pemakanan anda. Jika anda memakan kacang dan bayi juga sensitif atau alah, anda mungkn perasan simptom seperti berikut : kemerahan, eczema dan hidung tersumbat.

#7 Makanan bergandum 
-Jika anda makan sandwich atau pasta sebelum menyusu bayi anda dan mengakibatan bayi anda mendapat simptom berikut ; menangis tidak berhenti, atau najis berdarah ini mungkin menunjukkan bayi anda sensitif pada makanan yang mengandungi gandum. Untuk memastikan itu adalah alahan, hindari makanan yang mengandungi gandum selama 2-3 minggu. Jika simptom yang terdapat pada bayi anda mula menunjukkn tanda positif, anda mungkin boleh terus elakkan makanan yang bergandum.

#8 Produk tenusu
-Simptom alahan kepada produk tenusu (susu, yogurt, ais krim) adalah seperti berikut ; colic, muntah-muntah, susah tidur dan eczema. Jika prosuk tenusu menyebabkan anak anda mendapat simptom tersebut, elakkan produk tenusu selama 2-3 minggu.

#9 Makanan laut / kerang
-Pakar-pakar telah mendapati bahawa lebih kukuh sejarah keluarga terhadapa alahan makanan tertentu, lebih besar risiko dan lebih awal bayi itu mungkin menunjukkan tanda-tanda. Dalam erti kata lain, jika bapa anak anda mempunyai alahan kerang, tetapi anda tidak mempunyai masalah dengan udang dan ikan, mungkin anda harus mengelakkan makan makanan laut semasa menyusukan bayi anda.

#10 Telur
-Alahan telur adalah biasa bagi kanak-kanak. Tetapi oleh kerana telur bersembunyi dalam pelbagai jenis makanan dari roti, makanan ringan, ais krim ia mungkin sukar menentukan sumbernya. Satu lagi taktik AdPintar300x250 untuk penyusuan ibu-ibu yang mengesyaki anak mereka mempunyai alahan makanan adalah untuk mengelakkan semua makanan yang paling kerap memberi alahan sekaligus bahan-bahan tenusu, soya, telur, gandum, kacang dan kerang.

Sekian perkongsian saya untuk kalian harini, semoga berguna. hihihi

Luv, Jesz.

4 ulasan:

  1. Betol tu..
    Beringt lh ye ibu2 hamil..jga pemakanan kerana ibu2 yg mnyusu melibtkn bayi..beringt sblum trlmbt

    BalasPadam
  2. Masa hamil,memang ibu perlu jaga pemakanan. Segala khasiat dari ibu,akan dapat kepada anak. Ambil pemakanan yang sihat.

    BalasPadam
  3. masa mengandung anak pertama memang suka sangat coklat..tak tahu la kenapa..bila dah bersalin..takde lah suka sangat pun..apa-apa pun, ibu hamil kena menjaga pemakanan dengan baik agar perkembangan bayi di dalam kandungan juga membesar dengan elok.

    BalasPadam
  4. banyak pula pantangnya yerr.bte, tq for the tips.sangat beerguna

    BalasPadam