Ahad, 9 April 2017

Hilangkan Jeragat Dengan 4 Tips Mudah


"Eh, banyak nya bintik-bintik dimuka awak!! Dah macam kulit orang yang dah tua saya tengok" Siapa pernah kena lemparkan dengan kata-kata seperti ini? Padahal itu sebenarmnya adalah jeragat bukan penyakit. Jadi harini saya akan share 5 cara bagaimana nak hilangkan bintik-bintik hodoh dimuka tu:)

JUS LEMON membantu mengelupaskan kulit mati dan juga memudahkan pertumbuhan sel baru. **Caranya : Celupkan kapas dalam jus lemon dan letakkan jus lemon pada muka biarkan selama 15 minit kemudian cuci muka dengan air sejuk. Amalkan sebelum tidur setiap hari.

BAKING SODA adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel kulit mati. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan PH kulit.
**Caranya: Campurkan sedikit air dalam sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal. Sapu pada kawasan jeragat dan cucinya selepas beberapa minit. Ulang sua atau tiga kali seminggu. (Jenis kulit sensitif tidak digalakkan guna baking powder).

OATMEAL bukan untuk dimakan sahaja, ia bekerja sebagai agen pengelupasan semulajadi dan mampu menyerap minyak berlebihan dan membuka liang.
**Caranya: Letakkan serbuk pes oatmeal yang dicampur dengan air. Biarkan selama 10 minit, kemudian gosok pada muka. Amalkan dua kali seminggu.

CUKA EPAL CIDER berfungsi seperti astrigen untuk mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Ia juga bersifat anti-bakteria untuk melawan jerawat.
**Caranya: Campurkan satu sudu cuka epal cider dengan satu cawan air. Letakkan pada muka menggunakan bola kapas, Biarkan selama 10 minit sebelum membilas muka dengan air suam. Cuba cara ini setiap hari beberapa hari setiap minggu.

Semoga semua tips diatas dapat membantu anda untuk hilangkan jeragat diwajah anda. Sekian terima kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Komen