Khamis, 13 April 2017

Tips Hilangkan Kelemumur

" Saya tengok awak ne tak henti-henti garu kepala, rimas saya tengok", "Eh! apa putih-putih kat rambut awak tu?". Awak ne ada kutu ke? dari tadi tergaru-garu kepala"

Pernah hadapi situasi macam diatas ? Siapa tak malu bila dicakap ada kutu kan? Apa kata anda cuba tips yang saya kongsikan .. Mana tahu berhasil. Selamat mencuba.

Cara Hilangkan Kelemumur 

1. Minyak Bayi (Baby oil)

Minyak bayi mengandungi beberapa bahan yang sangat baik kepada prmukaan kulit. Ia bukan sahaja ssesuai kepada bayi sahaja, malah kepada orang dewasa juga. Termasuklah dalam penjagaan kulit kepala. Langkah-langkahnya adalah :

  • Sapukan baby oil pada permukaan kulit kepala. Ratakan dan urut sedikit.
  • Tudungkan kepala anda dengan tuala dan biarkannya untuk semalaman.
  • Basuh dengan syampu anti-kelemumur yang berkualiti. Minyak dari baby oil sepatutnya melembutkan kulit kepala anda semasa anda sedang tidur dan memudahkan kelemumur tersebut tertanggal.
  • Amalkan sebelum anda tidur setiap hari sehingga dapat hasil memuaskan.
2. Egg oil ( Eyova )

Minyak telur ataupun egg oil mengandungi omega 3 seperti Docosahexaenoic Acid (DHA) yang mana boleh menggiatkan semula sel folikel pada kulit. Ini boleh menghilangkan kelemumur pada permukaan kulit kepala. Langkah-langkahnya ialah :
  • Sapu dan urut minyak telur (egg oil) ke atas kulit kepala selama 5-10 minit dan biarkannya untuk semalaman.
  • Syampu rambut pada pagi harinya.
3. Listerine Original (Colour oren)

Caranya : 
  • Masukkan 1/2 listerine bersama 1/2 air dalam botol spray.
  • Spray terus di kulit kepala.
  • Amalkan sekali sebulan atau 2 minggu sekali.
4. Limau nipis@purut + Baking soda
 
Penggunaan limau nipis ataupun limau purut dalam menghilangkan kelemumur sudah diamalkan turun-temurun lagi. Caranya :
  • Campurkan air perahan limau nipis ataupun limau purut dengan baking soda.
  • Sapu pada permukaan kulit kepala dan biarkannya selama beberapa minit.
  • Apabila kulit kepala terasa gatal, mula bersihkannya.
  • Bilas rambut dengan air bersih.
  • Amalkan setiap hari sehingga dapat keputusan memuaskan.
5. Lemon

Asid dalam jus lemon memecahkan kelemumur yang berkumpul secara tidak langsung membersihkan kulit kepala. Caranya :
  • Asingkan jus lemon kepada dua, satu sudu dan dua sudu serta secawan air.
  • Sapukan dua sudu jus lemon pada kulit kepala dan usap perlahan kemudian biarkan seketika agar ia menyerap.
  • Campurkan satu sudu lagi bersama secawan air dan bilas kepala anda.
  • Lakukan 2 kali seminggu.
6. Baking soda

Gantikan syampu rambut anda dengan baking soda. Baking soda digunakan dalam pelbagai situasi termasuklah dalam menghilangkan kelemumur. Caranya :
  • Gosok sedikit baking soda pada rambut dn kulit kepala anda.
  • Kemudian,bilas selepas satu minit.
  • Amalkan setiap hari untuk 2 minggu , anda akan terkejut melihat hasilnya!
7. Minyak kelapa

Kelapa mempunyai banyak kegunaan dan salah satunya adalah menghilangkan kelemumur. Caranya:
  • Basahkan rambut anda dan keringkannya (untuk hilangkan semua kotoran yang mungkin ada)
  • Sapukan minyak kelapa pada permukaan kulit kepala anda dan biarkan untuk beberapa minit.
  • Bilas dengan air bersih. Pastikan anda bilas sehingga tiada kesan minyak tersebut.
  • Amalkan sekali seminggu sehinggalah kelemumur tersebut tiada lagi.
8. Yogurt

Penggunaan yogurt adalah salah satu yang paling senang untuk hilangkan kelemumur. Caranya:
  • Bilas rambut dengan air kemudian sapukan yogurt keatas kulit kepala dan biarkan 10-15 minit.
  • Bilas dengan air yang bersih. Guna syampu dengan kadar yang sedikit sekiranya perlu.
9. Pisang dan Cuka

Percaya atau tidak, gabungan pisang dan cuka boleh merawat kelemumur. Caranya :
  • Kupas satu ulas pisang.
  • Campurkannya dengan 2 cawan cuka dan lumatkan sehingga menjadi pes.
  • Kemudian, sapukannya keatas kulit kepala dan rambut.
  • Biarkan selama 15-20 minit atau sehingga 1 jam dan kemudian bilas dengan sempurna.
  • Amalkan setiap hari selama seminggu.
10. Aspirin

Caranya:
  • Pecahkan 2 tablet aspirin sehingga lumat.
  • Masukkanya kedalam syampu rambut anda, dan guna syampu seperti biasa.
  • Biarkan syampu pada kepala anda untuk seketika dalam 2-5 minit kemudian bilas seperti biasa.
11. Garam

Caranya:
  • Bancuh 2 sudu garam dengan sedikit air suam.
  • Lumurkan dikepala sambil picit perlahan supaya air garam sebati ke seluruh kulit kepala.
  • Biarkan lebih kurang 5 minit, kemudian bilas dengan air.
  • Amalkan 2x seminggu.
Selamat mencuba:) 

Tiada ulasan:

Catat Komen