Sabtu, 22 April 2017

Tips Penyimpanan Buah Avacado Agar Cepat Masak

Selalunya, apabila kita membeli avacado mesti penjual akan menjual avacado yang mentah. Jadi bagi yang tak tau macamana nak simpan avacado ne sehingga masak, disini saya ada kongsikan caranya.

Buah avacado berasal dari Negara Amerika Tengah dan Mexico. Terdapat pelbagai zat didalam buah ini. Buah avacado sering digunakan untuk membuat jus, kek, kuih-muih dan macam-macam lagi, rasanya yang enak dan lemak-lemak membuatkan buah ini ramai penggemarnya.

Cara memeram buah avacado ada banyak cara seperti menyimpan buah avacado dalam beras, tetapi terkadang avacado tidak  masak dengan sempurna, ada sebahagian yang masih mentah. Jadi boleh cuba cara saya peram avacado ini.

1) Sediakan avacado yang ingin diperam.
2) Kupas bahagian tangkai avacado seperti dalam gambar.

3) Selepas itu, tutup bahagian atas avacado yang dikupas menggunakan tisu, lalu selotepkan tisu tersebut.

4) Kemudian, simpan avacado ditempat yang gelap, boleh juga didalam tempat beras atau dibawah singki.
5) Biarkan selama 4-7 hari, lalu lihat hasilnya :)

Selamat mencuba guys!

Tiada ulasan:

Catat Komen