Sabtu, 1 April 2017

KENALI TANDA KOLESTROL DALAM BADAN ANDA

Kalau sebut tentang kolestrol, mesti semua pun tau ia berkait rapat dengan masalah obesiti kan ? Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang tersenarai dalam rakyat yang begitu banyak menghidap kolestrol.. Jadi apa kata kita kenali tanda-tanda kolestrol dalam badan kita.

KAKI SERING KEBAS
-Ianya berlaku kerana darah tidak mengalir dengan lancar ke saluran kaki anda.

MUDAH LETIH DAN CEPAT MENGANTUK
-Paras kolestrol tinggi menyempitkan pembuluh darah dan mungkin menutupnya. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.

SENAK DAN SAKIT DADA SEBELAH KIRI SEPERTI ADA PEMBERAT
-Ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolestrol terlampau tinggi. Ini sangat bahaya !

SERING SAKIT KEPALA, RASA BERAT DAN TEGANG DIBELAKANG LEHER
-Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

KAKI MEMBENGKAK
-Ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

TIMBUL BINTIK-BINTIK PUTIH (BIJI LEMAK)
-Ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar kolestrol tinggi.

TANDA KUNING MUDA
-Pada tengah atau hujung kelopak mata, merupakan mendapan kolestrol, ada juga yang mengalami benjolan pada siku, tumit atau lutut.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut, segera lah berjumpa doktor agar penyakit ini tidak melarat menjadi lebih teruk. Semoga bermanfaat. Disini saya ada kongsikan satu petua untuk hilangkan kolestrol.

PETUA TURUNKAN KOLESTROL
🍋Air Barli Lemon
Bahan-Bahan:
🍓Barli biji
🍓Madu
🍓Lemon
Methodology:
🐝Basuh barley & rendam seketika.
🐝Masak barli sehingga lembut.
🐝Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.
Siap
Kebaikan :
🐝1- Menurunkan kolestrol
🐝2- Menurunkan berat badan
🐝3- Mencegah jangkitan saluran kencing
🐝4- Mencegah batu karang
🐝5- Anti-bakteria - bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema
🐝6- Mengawal gula dalam darah
** Uuntuk anda yang Gluten Intolerance - Ini mungkin tidak sesuai untuk anda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan