Khamis, 6 April 2017

Cara Buat 'Name Art' Viral Step By Step

Selamat petang semua, mesti semua pun tahu kan, sekarang ne tengah viral gila pasal name art tu. Asal buka Facebook scroll dari atas kebawah semua posting tentang name art tu.

Jadi, harini saya ingin kongsikan kepada anda semua bagaimana cara untuk edit name art tu sendiri. Pertama korang kena download app Picsart dan Fucos N Filters. App ne korang boleh downoad kat google playstore dan juga applestore. Okey, tengok bawah ne saya terangkan menggunakan gambar ya~

#Step 1

#Step 2
#Step 3
#Step 4
#Step 5
#Step 6

Kredit : Facebook Ma Y Jane
Next, kita beralih untuk belajar bagaimana nak gabungkan dua app yang kita download tadi, iaitu Picsart dan Fucos N Filters.

#Step 1
#Step 2
#Step 3
#Step 4
#Step 5
#Step 6

#Step 7
#Step 8
#Step 9
#Step 10
#Step 11
#Step 12
#Step 13
#Step 14
#Step 15
#Step 16
#Step 17
#Step 18
#Step 19
#Step 20
Kredit :  Facebook Muhammad Amir Iddin

Semoga perkongsian ini bermanfaat, dan boleh lah share sama kawan-kawan:)

Rabu, 5 April 2017

Demam Kuning Dalam Kalangan Bayi, Ini Petua Yang Perlu Tahu Untuk Mengubatinya

Demam kuning dalam kalangan bayi yang baru lahir adalah perkara yang biasa, namun ada juga bayi yang tidak mengalami masalah kekuningan selepas dilahirkan. Banyak petua yang telah diamalkan supaya demam kuning ini boleh dipulihkan. Oleh itu, ayuh tambah ilmu dengan membaca perkongsian dari laman Facebook Cahaya Mata mengenai demam kuning ini.

Demam Kuning @ Jaundice ini sering menyerang bayi yang baru dilahirkan. Antara sebab bayi terkena demam kuning adalah faktor-faktor seperti udara dan persekitaran kini, tabiat makanan zaman sekarang, pengambilan ubat dan sebagainya.


Antara simptom-simptom demam kuning kepada bayi ialah bahagian putih mata dan kulit bayi berwarna kuning-kuningan. Ia dapat dilihat dengan lebih jelas jika ditekan. Penyakit ini lebih kerap berlaku kepada bayi pra-matang berbanding bayi yang cukup bulan.

Jenis-jenis Demam Kuning
Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-
1. Demam kuning normal (physiological jaundice).
Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 – 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.
2. Demam kuning pra-matang.
Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.
3. Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice).
Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% – 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.

Bagaimana saya tahu jika bayi saya menghidapi jaundis@ penyakit kuning?

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.

Sila ikuti petua dan tips di bawah untuk menghilangkan demam kuning
1. Berikan susu badan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.
2. Ibu perlu banyak minum parti kurma( jual di kedai arab),2 sudu 1 hari atau jadikan jus minum pagi & malam sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundice.dan pati kurma juga mampu membanyak kan susu ibu.
3. Elakan penjemuran kerana kulit bayi masih lagi nipis dan kurang perlindungan. Jika terpaksa berjemur, maka jemurkan pada waktu awal Dhuha iaitu ketika jam 8.30 – 9.30 pagi. Lebih dari waktu ini kulit bayi sudah tidak boleh menerima kepanasan cahaya matahari lagi.
4.Para ibu dinasihatkan tidak memakan seperti lada hitam,jamu,halia kerana bahan tersebut boleh memyebabkan jaundice lambat pulih

Amalan petua melayu lama jangan di lupa.

Rawatan untuk baby jaundice@penyakit kuning

Asam jawa 1 genggam
Ramas sehingga hancur
Kucai 1 cekak
Belenda sehingga hancur dan tapis

Selesai smua tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yg tinggal,masukkan kedalam besen mandian baby bersama air suam-suam. Mandikan baby dalam masa 20 minit,lebih baik badan baby tenggelam agar mandian kucai & asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan baby,

Sangkuang Cina
Kupas kulit tumbuk pastikan lesung batu di rumah di cuci dahulu memgunakan pencuci khas cucian botol susu,tapis berulang2 supaya tiada sisa2 sangkuang
Titik kedalam mulut baby,sengkuang cina di percayai memyejukan badan,

Di ingat kan pemberian sangkuang cina pada baby bukan seperti pemberian susu kepada baby,hanya sedikit sahaja tujuan merawat secara tradisional

Ulang setiap hari sehingga baby bebas dari zon jaundice @ penyakit kuning :)

Kredit : Cahaya Mata

Penderita Slip Disc Selama 4 Tahun Bongkar Rahsia Bagaimana Beliau Boleh Sembuh !


PERHATIAN untuk mereka yang ada SLIPPED DISC
------------------
Saya penghidap slipped disc. Undergo 1st surgery in April 2011 untuk restructure disc L3/L4, L4/L5, L5/S1. 3 discs. Alhamdulillah, went well for 3 years.
In December 2014, doktor sahkan dah chronic sebab level-level yang tadi tu slipped semula (doktor sifatkan dah useless) dengan tambahan S1/S2 & S2/S3 pon dah slipped. Juga minor scoliosis 😭 i was bedridden for almost 2 weeks dengan keadaan masa tu nak tarik nafas pun terjerit sebab sakit sangat. Tak boleh gerak badan. Doktor suruh 2nd surgery which actually i might have to undergo another 3rd n 4th surgery juga lepas tu. I refused.
15 december 2014, saya start vivix 3 tea spoon sehari selama 1 minggu. On day 3rd, boleh bangun dan susukan anak tanpa rasa sakit. Masa tu baby baru 5 bulan. Then 23 december saya dah boleh bangun, berjalan elok sumua. Next week tu dlm 10 hari lepas ambik vivix 1st dose, dah drive semula pergi kerja pergi balik (kepong - shah alam). Alhamdulillah.

Masa tu pula, kena sekali denggi berdarah. Tapi fast recover walhal doktor dah macam ragu-ragu dah masa tu. Orang lain dah almost icu katanya sebab reading saya 7 je. Dan amazingly, saya still bengkak susu sebab warded, 4 hari tak jumpa baby. Sampai doktor nak call husband nak suruh bawa baby naik ward. Saya cakap tak perlu, banyak pam je dah huhu...
Since then saya reduce 1 tea spoon sehari sampai habis 2 botol. Lepas tu, sebab kewangan tak berapa mengizinkan, saya just maintain dengan bcomplex dan lecithin untuk saraf (sebab saraf saya dah "luka parah" sebab kena tindih kerana disc tu) dan makan ostematrix untuk ganti painkiller. Saya tak boleh makan painkiller actually. Rejection. Saya cuma boleh ambil morphine drip je. Tapi bila sakit terpaksa ambik voltaren jap. Selain voltaren, saya teramal jab, tak hilang pun sakit saya. Plus, painkiller saya prescribed untuk saya semua ada 3 level side effect. So memang saya sangat elakkan la.
Alhamdulillah, dah lama tak sakit belakang due to slipped disc ni. Nanti bila ada rezeki lebih, nak smbung vivix balik.
Kredit : Yes We Got Shaklee Effect
CARA ORDER VIVIX SHAKLEE

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke Beli Vivix Sekarang ini dan membeli terus dengan shaklee. Penghantaran menggunakan gdex@citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat dan sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul akan saya berikan apabila anda membuat pembelian dengan saya.
Jesnah Joseph
Email : Tommyjesnah.jt@gmail.com
Call/ Sms / Whataap : 0148645784

Isnin, 3 April 2017

Bekas Jurutera Menderita Slip Disc Dan Prolong Period Sekian Lama Akhirnya Jumpa Penawar


OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 11: NENG ROZIANA
[SLIP DISC & PROLONG PERIOD SEMBUH DENGAN AMALKAN VIVIX]
Assalamualaikum wbt.
Saya Siti Roziana Bt.Alias, berumur 33 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya seorang WAHM dan kini menetap di Puchong.
Saya seorang yang agak aktif ketika di universiti dahulu. Bola jaring, kayak dan aktiviti rekreasi lasak menjadi pilihan ketika itu. Pendek kata..jatuh terseliuh, lebam dan injured dah jadi rutin saya. Akibatnya belakang mula rasa sakit hingga ke tapak kaki.
Pernah juga saya pergi mengurut kerana kecederaan yang saya alami tetapi kerana tempat mengurut itu agak jauh dari Universiti itu sekali sahaja saya kesana. Dan saya pendam sakit itu kononnya tak mahu terlalu memikirkannya dan berharap ia akan baik sendiri suatu hari nanti.

Tuntutan kerjaya saya sebagai Jurutera Rangkaian memerlukan saya banyak keluar pejabat dan pergi ke tempat pelanggan kami. Oleh kerana kerja saya melibatkan pemasangan kabel, perkakasan IT dan computer..makanya kebanyakan barang itu saya akan angkat sendiri selagi terdaya. Tanpa saya sedari sakit itu datang semula. Paling ketara di bahagian belakang hinggalah ke tapak kaki. Berdenyut-denyut dan sungguh menyakitkan.
Jadi apabila saya mula rasa sakit..saya akan makan kan ubat tahan sakit yang diberikan doctor. Memang lega..namun ia hanya berkesan untuk sementara waktu..
Hendak dijadikan cerita, pada tahun 2013 sakit belakang saya menjadi amat kronik. Sakit hingga saya berjalan mengengkang ke hospital kerana terasa amat perit di bahagian pinggang, punggung dan kaki. Jika saya berjalan seperti orang normal..sepertinya ada sesuatu mencucuk-cucuk belakang dan kaki saya.
Suami cadangkan saya refer terus ke pakar Ortopedik kerana keadaan saya yang amat merisaukan nya. Bila sesi soal jawab dengan pakar..pakar menegur saya kerana membiarkan masalah belakang saya yang berlarutan tidak dirawat sehingga 9 tahun lamanya.Pelik juga katanya saya boleh tahan sakit sebegitu..huhuhu..
Beliau menjalankan beberapa ujian dan hasil dari ujian MRI mendapati tulang L4 saya telah terkeluar sedikit atau dalam istilahnya Slip Disc. Kata doctor itulah yang menjadi punca kepada sakit belakang saya selama ini dan ia masih belum di tahap kritikal.
Saya ditahan wad selama seminggu dan menjalani beberapa sesi fisioterapi dan ia mendatangkan sedikit kelegaan. Namun kata doctor saya tidak boleh terlalu lasak dan mengangkat benda berat kerana masalah slip disc saya itu. Sedih mendengarnya kerana saya sedar sebagai seorang pekerja/ ibu pasti banyak perkara yang akan terbatas nanti.
Disebabkan tuntutan kerja yang agak sibuk ketika itu saya tidak menumpukan proses penyembuhan fisioterapi yang telah dijadualkan doctor, namun saya cuba ikhtiar dengan cara lain yang saya rasa fleksibel dengan diri saya.
Saya bertanyakan kepada rakan dan juga mencari di internet . Saya lihat ramai orang bercerita tentang khasiat Vivix yang telah membantu ramai pesakit kronik untuk kembali sihat. Jadi tanpa berlengah lagi...tanpa berkira kira berapa harga sebotol Vivix itu saya terus membeli sebotol Vivix dan juga GLA ( Saya consume serentak dengan Vivix kerana saya turut mengalami masalah prolong period)
Awal ambilan saya kena healig crisis yang teruk juga...pening kepala, tak sedap badan, rasa nak demam.. tapi saya tabahkan hati juga untuk habiskan sebotol.
Perubahan yang mula-mula saya rasai, apabila Prolong Period saya yang tak berhenti selama 6 bulan (dimana seiring dengan sakit slip disc) berhenti serta merta. (Prolong period ini tidak tahu apa puncanya kerana saya disahkan tiada cyst dan fibroid oleh Doctor O&G.)
Perubahan ini turut disedari oleh suami. Katanya saya nampak sihat berbanding dulu dan tidak lagi mengadu sakit belakang setiap malam
Dan syukur pada anugerah yang tak terhingga dariNya yang saya hamil anak kami yang ketiga.Saya alahan diawal kehamilan namun tiada sakit pinggang /belakang yang teruk seperti dua kali kehamilan sebelum ini. Dengan asbab Vivix dan GLA, slip disc dan prolong period saya sembuh. Badan saya sihat dan segar..malah sentiasa bertenaga. Terima kasih Allah..terima kasih Vivix kerna kembalikan semula nikmat sihat pada diri saya.
Kredit to : SUPERMOM SHAKLEE STORY
CARA ORDER VIVIX SHAKLEE

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke Beli Vivix Sekarang ini dan membeli terus dengan shaklee. Penghantaran menggunakan gdex@citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat dan sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul akan saya berikan apabila anda membuat pembelian dengan saya.

Jesnah Joseph
Email : Tommyjesnah.jt@gmail.com
Call/ Sms / Whataap : 0148645784

Rawatan Slip Disc: Kaedah Alternatif Pada Kos Yang Lebih Murah


Slip disc atau kita gelar dalam bahasa Melayu jadi cekera tergelincir. Lebih kurang macam itu la kan sebab slip disc ini adalah sejenis penyakit dimana cakera tulang belakang kita terubah dari kedudukan asal. Hospital-hodpital memang ada rawatan slip disc ni tapi kosnya memang agak mahal. Mesti ribu-ribuan biasanya.

Sebelum kita ketahui lebih lanjut tentang slip disc, kita kenali dulu struktur badan kita serba sedikit, terutamnya bahagian tulang sebab itu la fokus kita pada hari ini.

Tulang Belakang
Tulang belakang kita terdiri daripada 24 jenis tulang berasingan yang dipanggil sebagai vertebrae, yang bertindih antara satu sama lain.

Diantara vertebrae ini ada pelapik tisu penghubung (cartilage) yang dipanggil sebagai disc ( cakera). Disc ((cakera) ini mengandungi kandungan seperti gel didalam dan sarung yang kukuh diluar. Ia membantu untuk mengekalkan fleksibiliti dan pergerakan kita.

Saraf tunjang pula adalah kumpulan saraf yang terdapat dibahagian tengah disepanjang tulang belakang dan ia sangatlah sensitif. Saraf ini menghubungkan semua bahagian tubuh kita ke otak,

Simptom-Simptom Slip Disc
Slip disc boleh menyebabkan sakit belakang dan sakit leher. Lain-lain simptom biasa adalah kekebasan. kesemutan dan terasa lemah pada bahagian tubuh yang lain.

Saraf pada bahagian pinggang biasanya sangat terkesan kerana slip disc ini. Ia adalah saraf paling panjang dalam tubuh kita yang terdapat bermula dari belakang hinggalah ke punggung dan seterusnya sampai ke kaki.

Jika saraf ini mengalami tekanan, ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian kaki, pinggul dan punggung.

Bukan semua slip disc akan menyebabkan simptom seperti kesakitan, lemah atau kesemutan. Ramai individu yang tak sedar pun mereka sebenarnya sedang menghidap masalah slip disc.

Apakah Punca Slip Disc?
Slip disc terjadi apabila lingkaran tisu penghubung disekeliling disc (cakera) rosak atau bocor dan membuatkan cecair lembut seakan gel yang terdapat didalamnya terkeluar.

Disc (cakera) yang rosak memberi tekanan kepada seluruh saraf tunjang atau boleh jadi juga kepada 1 saraf sahaja, dimana 1 saraf terpisah daripada saraf tunjang.

Ini bermakna slip disc boleh membuatkan kawasan dimana disc (cakera) yang terkeluar dan kawasan tubuh yang dikawal oleh saraf tersebut menjadi sakit.

Disc (cakera) yang terkeluar dan memberi tekanan kepada saraf yang menyebabkan terjadi kesakitan pada bahagian tersebut dan boleh juga melibatkan bahagian lain antara belakang hingga ke kaki.

Punca sebenar bagaimana disc (cakera) tersebut boleh rosak kadangkala agak samar, tetapi faktor umur selalu menjadi punca utama dalam kebanyakan kes.

Semakin tua seseorang itu, cakera tulang belakang akan mula kehilangan kandungan air, menjadikan kurang fleksibel dan mudah terpisah.

Merokok juga boleh dikaitkan dengan slip disc kerana ia boleh menyebabkan slip disc (cakera) tersebut kehilangan fleksbiliti semulajadinya.

Faktor lain yang menambah tekanan dan ketegangan kepada tulang belakang termasuklah:

  • Membongkok atau melenturkan badan secara tidak betul atau berlebihan
  • Mengangkat benda berat dengan teknik yang salah
  • Duduk terlalu lama contohnya semasa memandu
  • Kegemukan atau obesiti
  • Terlibat dengan sukan seperti angkat berat
  • Kecederaan teruk pada bahagian belakang badan akibat jatuh atau kemalangan
Keadan-keadaan ini boleh melemahkan tisu disc (cakera) dan kadangkala membawa kepada masalah slip disc.

Siapa Yang Akan Terkesan?
Slip disc sangat sinonim dengan individu yang berumur antara 30 hingga 50 tahun tak kiralah samada lelaki atau perempuan.

Slip disc kerap terjadi pada bahagian badan yang hampir dengan pinggang.

Rawatan Slip Disc
Untuk sembuh daripada slip disc boleh mengambil masa antara 1 hingga 3 bulan. Rawatan slip disc biasanya melibatkan gabungan fisioterapi seperti urutan dan latihan (senaman) dan ubat-ubatan bagi melegakan rasa sakit.

Pembedan untuk mengeluarkan saraf yang tertekan dan disc (cakera) mungkin perlu bagi kes yang lebih serius atau jika kesakitan tidak mahu hilang.

Dalam kebanyakan kes, lama kelamaan disc (cakera) yang tergelincir akan mengecut dan kesakitaan kan hilang kerana disc (cakera) tersebut sudah tidak lagi memberi tekanan kepada saraf yang terlibat.

Kadangkala, disc (cakera) yang tergelincir itu akan terus menekan saraf terlibat, tetapi kesakitan hilang keraa otak belajar untuk 'turn down the volume' terhadap mesej yang dihantar oleh saraf tersebut.

Adalah sangat penting untuk terus kekal aktif walaupun seseorang itu sedang menghadapi masalah slip disc. Mungkin agak susah untuk bergerak, tetapi anda patut mula untuk melakukan pergerakn ringan selepas beberapa hari berehat.

Ini akan membantu tulang belakang sentiasa bergerak dan menghalang daripada ianya menjadi kaku dan otot yang menyokong tulang belakang menjadi lemah. Pergerakan akan membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Pastikan anda hanya melakukan senaman ringan bagi mengelakkan terlalu banyak tekana pada bahagian belakang anda. Elakkan senaman berlebihan seperti berlari, melompat atau memusing-musingkan badan pada peringkat awal kerana ini boleh menyebabkan kesakitan untuk berulang semula atau menjadi lebih teruk.

Cara Mencegah Slip Disc
Ambil langkah berjaga-jaga dan mengamalkan gaya hidup sihat boleh membantu mencegah sakit belakang dan mengurangkan risiko untuk mendapat slip disc.

Sebagai contoh, anda sepatutnya:
  • Selalu bersenam
  • Gunakan teknik yang betul apabila mengangkat benda berat
  • Sentiasa kekalkan posisi yang betul ketika duduk atau berdiri
  • Berhenti merokok jika nada merokok
Kaedah Alternatif Untuk Meredakan Slip Disc
Selain daripada terapi, pembedahan dan pengambilan ubat-ubatan, slip disc juga boleh dibantu dengan pengamalan gaya hidup sihat melalui nutirisi & suplemen yang baik. Di shaklee, antara suplemen yang dapat membantu adalah seperti:
  1. Vivix-dipatenkan dengan formula yang berupaya memperbaiki kesihatan pada tahap se dan DNA. Ini secara tidak langsung dapat memelihara kesihatan seluruh tubuh badan termasukalah tulang dan saraf.
  2. Omega Guard-asid lemak omega-3 merupakan anti-inflamasi yang baik. Ini membantu meredakan keradangan yang berlaku pada sendi akibat slip disc.
  3. Ostematrix-sumber kalsium lengkap dengan magnesium, vitamin D3 dan zat galian lain untuk membantu kesihatan dan kekuatan tulang sentiasa berada pada tahap maksima.
  4. Collagen Powder-kolagen adalah preotein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudan merangkumi 30% daripada keseluruhan protin didalam badan. Ia menyokong sebahgian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.
Testimoni :-



Melaburlah untuk kesihatan anda, Hubungi Jesnah Joseph (0148645784).

Sabtu, 1 April 2017

RESEPI AMBUYAT @ LINUT


Ambuyat atau linut merupakan sejenis hidangan yang berasal dari batang Rumbia atau sagu. Ianya merupakan sejenis makanan tempatan di Negeri Sarawak, Negara Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Sabah.

Ambuyat juga dikenali dengan nama lain seperti linut dan kapurung (Bugis). Selain itu, ianya juga dikenali sebagai papeda di Timur negara Indonesia.

Ambuyat kebiasaanya dimakan dengan menggunakan sejenis garpu buluh yang dipanggil candas, dengan cara menggolekkan kanji disekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sambal atau dimakan dengan pelbagai jenis lauk pauk.

Gambar diatas hanyalah sebagai hiasan dan cadangan untuk hidangan ambuyat atau linut selain dari itu anda boleh pelbagaikan lauk pauk mengikut citarasa anda.

Resepi satu set hidangan ambuyat atau linut yang menjadi cadangan adalah seperti dibawah.

Resepi Ambuyat @ Linut

1Kg (6 Cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 Liter (4 cawan) air

Cara Membuatnya :-

Sagu dicampur dengn 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.

Tuang air dan masukkan sagu kedalam bekas tahan air panas.

Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih.

Kacau sehingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak.

Cara Alternatif

Tepung sagu dicampurkan dengan air masak atau kuali dengan api yang sederhana sehingga menjadi likat dan jernih.

Bagi yang tidak menjumpai tepung sagu, anda boleh tukar menggunakan tepung kanji atau tepung ubi kayu.

Resepi Sambal Belacan Untuk Ambuyat @ Linut

1 ketul belacan bakar
Cili padi@ cili biasa (ikut pedas yang dikehendaki)
Perasa sedikit gula
Jus limau secukupnya
Anda boleh masukkan sedikit bawang merah dengan isi udang ( direbus @ dibakar)

Cara membuatnya:-

Masukkan semua bahan kedalam lesung batu atau blender pun boleh.

Tumbuk @ kisarkan sehingga lumat. Siap!

Resepi Sayur Pucuk Paku / Sayur Midin

500G (60 pokok) pucuk paku ( pucuk midin) dibersihkan dan dipetik
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak sayuran
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu makan belacan
1/2 cawan air
1 biji cili merah dihiris untuk hiasan

Cara membuatnya :-

Tumis bawang putih, bawang merah dan belacan.

Masukkan sayur pucuk paku dan garam.

Tambah 1/2 cawan air.

Masak hingga empuk. Hiaskan dengan cili merah.

Resepi Ikan Masak Gulai

600G ikan tongkol/tenggiri/kurau/senangin 
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 cm kunyit hidup*
2 cm halia*
5 biji cili padi*
2 batang serai diketuk
5 keping asam keping
1 sudu teh garam
2 cawan air

Cara membuatnya :-

Bahan bertanda * ditumbuk kasar

Masukkan bahan-bahan didalam periuk bersama-sama dengan bahan lain.

Rebus sehingga masak. Siap!

Ambuyat @ linut ini sesuai dimakan ketika masih panas atau baru diangkat dari dapur, saya mencadangkan anda memasak lauk pauk terlebih dahulu kemudian barulah membuat ambuyat @ linut.

Ambuyat juga boleh dimakan dengan sup sardin, lagii ummmphhhh~ kalau anda tiada candas anda boleh sahaja makan menggunakan sudu, garfu biasa atau chosptick.

KENALI TANDA KOLESTROL DALAM BADAN ANDA

Kalau sebut tentang kolestrol, mesti semua pun tau ia berkait rapat dengan masalah obesiti kan ? Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang tersenarai dalam rakyat yang begitu banyak menghidap kolestrol.. Jadi apa kata kita kenali tanda-tanda kolestrol dalam badan kita.

KAKI SERING KEBAS
-Ianya berlaku kerana darah tidak mengalir dengan lancar ke saluran kaki anda.

MUDAH LETIH DAN CEPAT MENGANTUK
-Paras kolestrol tinggi menyempitkan pembuluh darah dan mungkin menutupnya. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.

SENAK DAN SAKIT DADA SEBELAH KIRI SEPERTI ADA PEMBERAT
-Ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolestrol terlampau tinggi. Ini sangat bahaya !

SERING SAKIT KEPALA, RASA BERAT DAN TEGANG DIBELAKANG LEHER
-Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

KAKI MEMBENGKAK
-Ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

TIMBUL BINTIK-BINTIK PUTIH (BIJI LEMAK)
-Ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar kolestrol tinggi.

TANDA KUNING MUDA
-Pada tengah atau hujung kelopak mata, merupakan mendapan kolestrol, ada juga yang mengalami benjolan pada siku, tumit atau lutut.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut, segera lah berjumpa doktor agar penyakit ini tidak melarat menjadi lebih teruk. Semoga bermanfaat. Disini saya ada kongsikan satu petua untuk hilangkan kolestrol.

PETUA TURUNKAN KOLESTROL
🍋Air Barli Lemon
Bahan-Bahan:
🍓Barli biji
🍓Madu
🍓Lemon
Methodology:
🐝Basuh barley & rendam seketika.
🐝Masak barli sehingga lembut.
🐝Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.
Siap
Kebaikan :
🐝1- Menurunkan kolestrol
🐝2- Menurunkan berat badan
🐝3- Mencegah jangkitan saluran kencing
🐝4- Mencegah batu karang
🐝5- Anti-bakteria - bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema
🐝6- Mengawal gula dalam darah
** Uuntuk anda yang Gluten Intolerance - Ini mungkin tidak sesuai untuk anda