Sabtu, 1 April 2017

RESEPI AMBUYAT @ LINUT


Ambuyat atau linut merupakan sejenis hidangan yang berasal dari batang Rumbia atau sagu. Ianya merupakan sejenis makanan tempatan di Negeri Sarawak, Negara Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Sabah.

Ambuyat juga dikenali dengan nama lain seperti linut dan kapurung (Bugis). Selain itu, ianya juga dikenali sebagai papeda di Timur negara Indonesia.

Ambuyat kebiasaanya dimakan dengan menggunakan sejenis garpu buluh yang dipanggil candas, dengan cara menggolekkan kanji disekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sambal atau dimakan dengan pelbagai jenis lauk pauk.

Gambar diatas hanyalah sebagai hiasan dan cadangan untuk hidangan ambuyat atau linut selain dari itu anda boleh pelbagaikan lauk pauk mengikut citarasa anda.

Resepi satu set hidangan ambuyat atau linut yang menjadi cadangan adalah seperti dibawah.

Resepi Ambuyat @ Linut

1Kg (6 Cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 Liter (4 cawan) air

Cara Membuatnya :-

Sagu dicampur dengn 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.

Tuang air dan masukkan sagu kedalam bekas tahan air panas.

Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih.

Kacau sehingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak.

Cara Alternatif

Tepung sagu dicampurkan dengan air masak atau kuali dengan api yang sederhana sehingga menjadi likat dan jernih.

Bagi yang tidak menjumpai tepung sagu, anda boleh tukar menggunakan tepung kanji atau tepung ubi kayu.

Resepi Sambal Belacan Untuk Ambuyat @ Linut

1 ketul belacan bakar
Cili padi@ cili biasa (ikut pedas yang dikehendaki)
Perasa sedikit gula
Jus limau secukupnya
Anda boleh masukkan sedikit bawang merah dengan isi udang ( direbus @ dibakar)

Cara membuatnya:-

Masukkan semua bahan kedalam lesung batu atau blender pun boleh.

Tumbuk @ kisarkan sehingga lumat. Siap!

Resepi Sayur Pucuk Paku / Sayur Midin

500G (60 pokok) pucuk paku ( pucuk midin) dibersihkan dan dipetik
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak sayuran
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu makan belacan
1/2 cawan air
1 biji cili merah dihiris untuk hiasan

Cara membuatnya :-

Tumis bawang putih, bawang merah dan belacan.

Masukkan sayur pucuk paku dan garam.

Tambah 1/2 cawan air.

Masak hingga empuk. Hiaskan dengan cili merah.

Resepi Ikan Masak Gulai

600G ikan tongkol/tenggiri/kurau/senangin 
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 cm kunyit hidup*
2 cm halia*
5 biji cili padi*
2 batang serai diketuk
5 keping asam keping
1 sudu teh garam
2 cawan air

Cara membuatnya :-

Bahan bertanda * ditumbuk kasar

Masukkan bahan-bahan didalam periuk bersama-sama dengan bahan lain.

Rebus sehingga masak. Siap!

Ambuyat @ linut ini sesuai dimakan ketika masih panas atau baru diangkat dari dapur, saya mencadangkan anda memasak lauk pauk terlebih dahulu kemudian barulah membuat ambuyat @ linut.

Ambuyat juga boleh dimakan dengan sup sardin, lagii ummmphhhh~ kalau anda tiada candas anda boleh sahaja makan menggunakan sudu, garfu biasa atau chosptick.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan