Isnin, 3 April 2017

Rawatan Slip Disc: Kaedah Alternatif Pada Kos Yang Lebih Murah


Slip disc atau kita gelar dalam bahasa Melayu jadi cekera tergelincir. Lebih kurang macam itu la kan sebab slip disc ini adalah sejenis penyakit dimana cakera tulang belakang kita terubah dari kedudukan asal. Hospital-hodpital memang ada rawatan slip disc ni tapi kosnya memang agak mahal. Mesti ribu-ribuan biasanya.

Sebelum kita ketahui lebih lanjut tentang slip disc, kita kenali dulu struktur badan kita serba sedikit, terutamnya bahagian tulang sebab itu la fokus kita pada hari ini.

Tulang Belakang
Tulang belakang kita terdiri daripada 24 jenis tulang berasingan yang dipanggil sebagai vertebrae, yang bertindih antara satu sama lain.

Diantara vertebrae ini ada pelapik tisu penghubung (cartilage) yang dipanggil sebagai disc ( cakera). Disc ((cakera) ini mengandungi kandungan seperti gel didalam dan sarung yang kukuh diluar. Ia membantu untuk mengekalkan fleksibiliti dan pergerakan kita.

Saraf tunjang pula adalah kumpulan saraf yang terdapat dibahagian tengah disepanjang tulang belakang dan ia sangatlah sensitif. Saraf ini menghubungkan semua bahagian tubuh kita ke otak,

Simptom-Simptom Slip Disc
Slip disc boleh menyebabkan sakit belakang dan sakit leher. Lain-lain simptom biasa adalah kekebasan. kesemutan dan terasa lemah pada bahagian tubuh yang lain.

Saraf pada bahagian pinggang biasanya sangat terkesan kerana slip disc ini. Ia adalah saraf paling panjang dalam tubuh kita yang terdapat bermula dari belakang hinggalah ke punggung dan seterusnya sampai ke kaki.

Jika saraf ini mengalami tekanan, ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian kaki, pinggul dan punggung.

Bukan semua slip disc akan menyebabkan simptom seperti kesakitan, lemah atau kesemutan. Ramai individu yang tak sedar pun mereka sebenarnya sedang menghidap masalah slip disc.

Apakah Punca Slip Disc?
Slip disc terjadi apabila lingkaran tisu penghubung disekeliling disc (cakera) rosak atau bocor dan membuatkan cecair lembut seakan gel yang terdapat didalamnya terkeluar.

Disc (cakera) yang rosak memberi tekanan kepada seluruh saraf tunjang atau boleh jadi juga kepada 1 saraf sahaja, dimana 1 saraf terpisah daripada saraf tunjang.

Ini bermakna slip disc boleh membuatkan kawasan dimana disc (cakera) yang terkeluar dan kawasan tubuh yang dikawal oleh saraf tersebut menjadi sakit.

Disc (cakera) yang terkeluar dan memberi tekanan kepada saraf yang menyebabkan terjadi kesakitan pada bahagian tersebut dan boleh juga melibatkan bahagian lain antara belakang hingga ke kaki.

Punca sebenar bagaimana disc (cakera) tersebut boleh rosak kadangkala agak samar, tetapi faktor umur selalu menjadi punca utama dalam kebanyakan kes.

Semakin tua seseorang itu, cakera tulang belakang akan mula kehilangan kandungan air, menjadikan kurang fleksibel dan mudah terpisah.

Merokok juga boleh dikaitkan dengan slip disc kerana ia boleh menyebabkan slip disc (cakera) tersebut kehilangan fleksbiliti semulajadinya.

Faktor lain yang menambah tekanan dan ketegangan kepada tulang belakang termasuklah:

  • Membongkok atau melenturkan badan secara tidak betul atau berlebihan
  • Mengangkat benda berat dengan teknik yang salah
  • Duduk terlalu lama contohnya semasa memandu
  • Kegemukan atau obesiti
  • Terlibat dengan sukan seperti angkat berat
  • Kecederaan teruk pada bahagian belakang badan akibat jatuh atau kemalangan
Keadan-keadaan ini boleh melemahkan tisu disc (cakera) dan kadangkala membawa kepada masalah slip disc.

Siapa Yang Akan Terkesan?
Slip disc sangat sinonim dengan individu yang berumur antara 30 hingga 50 tahun tak kiralah samada lelaki atau perempuan.

Slip disc kerap terjadi pada bahagian badan yang hampir dengan pinggang.

Rawatan Slip Disc
Untuk sembuh daripada slip disc boleh mengambil masa antara 1 hingga 3 bulan. Rawatan slip disc biasanya melibatkan gabungan fisioterapi seperti urutan dan latihan (senaman) dan ubat-ubatan bagi melegakan rasa sakit.

Pembedan untuk mengeluarkan saraf yang tertekan dan disc (cakera) mungkin perlu bagi kes yang lebih serius atau jika kesakitan tidak mahu hilang.

Dalam kebanyakan kes, lama kelamaan disc (cakera) yang tergelincir akan mengecut dan kesakitaan kan hilang kerana disc (cakera) tersebut sudah tidak lagi memberi tekanan kepada saraf yang terlibat.

Kadangkala, disc (cakera) yang tergelincir itu akan terus menekan saraf terlibat, tetapi kesakitan hilang keraa otak belajar untuk 'turn down the volume' terhadap mesej yang dihantar oleh saraf tersebut.

Adalah sangat penting untuk terus kekal aktif walaupun seseorang itu sedang menghadapi masalah slip disc. Mungkin agak susah untuk bergerak, tetapi anda patut mula untuk melakukan pergerakn ringan selepas beberapa hari berehat.

Ini akan membantu tulang belakang sentiasa bergerak dan menghalang daripada ianya menjadi kaku dan otot yang menyokong tulang belakang menjadi lemah. Pergerakan akan membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Pastikan anda hanya melakukan senaman ringan bagi mengelakkan terlalu banyak tekana pada bahagian belakang anda. Elakkan senaman berlebihan seperti berlari, melompat atau memusing-musingkan badan pada peringkat awal kerana ini boleh menyebabkan kesakitan untuk berulang semula atau menjadi lebih teruk.

Cara Mencegah Slip Disc
Ambil langkah berjaga-jaga dan mengamalkan gaya hidup sihat boleh membantu mencegah sakit belakang dan mengurangkan risiko untuk mendapat slip disc.

Sebagai contoh, anda sepatutnya:
  • Selalu bersenam
  • Gunakan teknik yang betul apabila mengangkat benda berat
  • Sentiasa kekalkan posisi yang betul ketika duduk atau berdiri
  • Berhenti merokok jika nada merokok
Kaedah Alternatif Untuk Meredakan Slip Disc
Selain daripada terapi, pembedahan dan pengambilan ubat-ubatan, slip disc juga boleh dibantu dengan pengamalan gaya hidup sihat melalui nutirisi & suplemen yang baik. Di shaklee, antara suplemen yang dapat membantu adalah seperti:
  1. Vivix-dipatenkan dengan formula yang berupaya memperbaiki kesihatan pada tahap se dan DNA. Ini secara tidak langsung dapat memelihara kesihatan seluruh tubuh badan termasukalah tulang dan saraf.
  2. Omega Guard-asid lemak omega-3 merupakan anti-inflamasi yang baik. Ini membantu meredakan keradangan yang berlaku pada sendi akibat slip disc.
  3. Ostematrix-sumber kalsium lengkap dengan magnesium, vitamin D3 dan zat galian lain untuk membantu kesihatan dan kekuatan tulang sentiasa berada pada tahap maksima.
  4. Collagen Powder-kolagen adalah preotein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudan merangkumi 30% daripada keseluruhan protin didalam badan. Ia menyokong sebahgian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.
Testimoni :-



Melaburlah untuk kesihatan anda, Hubungi Jesnah Joseph (0148645784).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan