Ahad, 26 Mac 2017

Resepi Onde-Onde


Onde-onde kuih tradisional yang memang menjadi kegemaran semua. Rasanya yang lembut dan kenyal dengan lemak rasa kelapa parut, wangi daun pandan dan bila digigit, akan keluarlah air gulanya. Yumm, jom ikut cara mudah buat kuih onde ne.

Bahan-bahannya :-

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Air daun pandan secukupnya dan daun pandan ( 4 helai daun pandan kisar dengan air, tapiskan )
Sedikit pewarna hijau
1 ketul gula melaka potong dadu@kecil
Kelapa parut ambil putih sahaja
Sedikit garam ( gaul dengan kelapa parut )

Caranya:-

1. Dalam mangkuk besar masukkan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul rata. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit dan beberapa titil pewarna hijau. P/s; Jangan masukkan air pandan terlalu banyak, masuk sikit-sikit dulu, elak doh jadi terlalu lembik.

2. Uli doh sehingga tidak melekat ditangan.

3. Sementara itu, kita didihkan air didalam periuk dan saya masukkan daun pandan bagi bau wangi.

4. Ambil sedikit doh sebesar ibu jari. Leperkan dan letak gula melaka. Dan bulat-bulatkan kemas.
5. Susun dalam pingan.

6. Bila air mendidih, masukkan onde-onde tadi.

7. Bila dah ada onde-onde yang timbul boleh diangkat dan sejatkan airnya.

8. Kelapa parut campur dengan sedikit garam dan gaul.

9. Gaul@golekkan onde-onde dengan kelapa parut tadi.

10. Dah siap onde-onde , bolehlah kopi-kopi ^_*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan