Sabtu, 11 Mac 2017

10 cara Mudah Jimatkan Bateri Iphone

Siapa pengguna Iphone mesti mempunyai masalah bateri cepat habis kan ? Apalagi kalau banyak group whatApp, Telegram ,Facebook , Twitter dan app yang lain. Mesti kejap je guna bateri dah kong. Kalau kita ne jenis yang memang standby powerbank its no problem la kan, tapi kalau kita jenis yang selalu lupa cas powerbank dan lupa bawa macamana ?


Hah, sini Jesz kongsikan 10 cara untuk jimatkan bateri iphone anda ..

#1 Offkan Vibration

Caranya : Setting --> sound --> vibrate on ring ( off kan ini )

#2 Minimakan masa autolock

Semakin sikit masa, makin jimat bateri. Sebab iphone mesti guna bateri juga sebelum offkan skrin kita..Caranya : Setting --> general --> autolock

#3 Offkan Airdrop

Caranya : Swipe dari bawah ke atas untuk lihat control centre dan offkan dia.

#4 Offkan Location Service

Caranya : Setting --> privacy --> location services (offkan mana-mana yang tak perlu )

#5 Offkan Bluetooth 

kalau nak guna baru on .. hehe

#6 Turn Off Kan Animation Wallpaper

Ada wallpaper yang jenis animation bergerak-gerak tu kan, ia sebenarnya banyak menggunakan bateri walaupun nampak cantik ..Jadi jika nak jimat bateri offkan animation tersebut.

caranya : Setting --> general --> accessibility --> Reduce motion (on)

Selepas itu pergi ke : Setting --> wallpapers & brightness --> choose wallpaper --> pilih still photo

#7 Edit Spotlight Search

By default benda ini akan index dan search setiap item dalam phone kita. Anda boleh jimat bateri handphone dengan offkan yang mana dirasakan tak perlu.

#8 Sentiasa Gunakan Wifi

Kalau di rumah atau ofis anda ada wifi, sentiasa on kan wifi. Ini kerana data handphone lebih banyak menggunakan bateri untuk membuat pencarian. Kalau keluar dari rumah atau ofis pula jangan lupa offkan wifi tu supaya tak la dia tercari-cari connection dan membuat pembaziran bateri.

#9 On Airplane Mode

Kalau anda berada dikawasan yang memang line handphone kantoi, maka sebaiknya anda on airplane mode. Ini sesuai jika memang kita tak berniat untuk membuat panggilan atau tak ingin menggunakan handphone buat sementara waktu.

#10 Offkan Siri

caranya: setting --> general --> siri

Mudahkan cara untuk jimatkan bateri iphone. Jadi sila lah cuba yaa guys ad terima kasih kerana sudi membaca entri ini ,, kalau berguna silakan dishare ..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan