Sabtu, 25 Mac 2017

9 Cara Semulajadi Hilangkan 'Blackhead" & "Whitehead" Pada Wajah

Kulit muka yang berminyak memang berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori. Apabila liang terbuka, ia mengundang masalah lain seperti whitehead, blackhead dan jerawat.

Selain itu, kulit muka berminyak, sinaran matahari yang terlalu banyak juga boleh merosakkan kolagen kulit secara tidak langsung membuka liang dimuka dan menyebabkannya tersumbat. Apabila usia meningkat, masalah liang pori turut meningkat.

Facial Spa antara pilihan yang boleh dilakukan untuk merawatnya. Namun, petua hilangkan whitehead dan blackhead menggunakan bahan semulajadi juga boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah pembukaan liang pori di wajah.

Petua Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Dengan Bahan Semulajadi

1. Ais
Meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.

Caranya : Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian bermasalah selama 30 minit. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.

2. Cuka Epal
Menegangkan kulit, mengurangkan pores dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.

Caranya : Campurkan cuka kedalam air. Dengan menggunakan kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.

3. Putih Telur
Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.

Caranya : Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering dulu baru bilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu diatasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.

4. Skrub Gula
Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.

Caranya : Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila. Lagi wangi !

5. Soda Bikarbonat
Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit wajah. Ia juga merawat masalah jerawat.

Caranya : Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.

6. Jus Lemon
Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan kulit.

Caranya : Campurkan satu sudu madu kedalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setaip hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!

7. Timun
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.

Caranya : Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap hari juga selama sebulan.

8. Yogurt
Membuang minyak berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut dimuka.

Caranya : Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru bilas. Lakukan sekerap mungkin.

9. Oat
Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif.

Caranya : Campurkan lima sudu madu dan dua sudu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada wajah. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.

Lakukan semua perkara diatas secara konsisten. Pastiakn wajah anda tidak terdedah pada sinaran matahari. Lakukan scrub setiap minggu untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit mati dan kotoran di muka.

Dengan mengamalkan petua hilangkan balckhead dann whitehead diatas dan menjaga kebersihan diri, anda dapat merasakan kesannya dalam masa yang singkat ! You guys should try this. And share it ^_*.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan