Jumaat, 17 Mac 2017

6 Petua Tradisional Atasi Kulit Muka Berminyak

Dari jauh sudah nampak shining-shining dimuka, mana tak kalau kulit muka berminyak melampau kan ? Mesti rasa geram, bukan sahaja minyak banyak diwajah sampai boleh buat goreng telur, malah ianya juga boleh menyebabkan jerwat,whitehead dan blackhead berpesta di wajah anda.


Setiap orang mempunyai kulit yang berminyak cuma bezanya sikit @ berlebihan, minyak pada kulit adalah berfungsi sebagai pelindung kulit dari bahaya luar seperti pencemaran & juga untuk menjaga keremajaan kulit.

Antara punca kulit berminyak ini ialah :-
  • Makan makanan yang berlemak secara berlebihan.
  • Hormon tidak seimbang- perubahan hormon dalam badan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit.
  • Salah pilih produk kosmetik
  • Stress
  • Genetik
  • Ubat-ubatan
6 Petua Atasi Masalah Kulit Berminyak Secara Tradisional

  1. Epal - Parut epal sehingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan 3x seminggu.
  2. Beras - Rendam beras anggaran setengah gelas, campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemua bahan ini hendaklah diblend/kisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan tersebut setiap kali sebelum tidur.
  3. Madu - Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugor. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.
  4. Daun Sirih - Ramaskan daun sirih didalam secawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan 3x seminggu.
  5. Air Suam - Rendam sehelai tuala kecil kedalam air suam kemudian perah dan tekapkan dimuka. Setelah itu laplah sehingga bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
  6. Bedak Sejuk - Gunakan bedak sejuk pada wajah sebelum tidur. Kemudia bersihkan muka setelah 30 minit atau sebaik bangun dari tidur.
Semoga bermanfaat dan boleh dicuba guys ^_*.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan