Ahad, 26 Mac 2017

Leukimia ( Kanser Darah )

Selamat petang semua~ harini saya tergerak hati mahu share tentang penyakit leukimia atau dalam bahasa Melayu kanser darah. Pada sabtu yang lepas, saya mendapat sms dari seorang pelanggan menanyakan tentang vivix untuk kanser darah jenis CML bagi anaknya yang baru berumur 4 tahun. Kesiankan ? Umur masih kecil sudah ada penyakit serius, kita doakan agar dia cepat sembuh ya.

Berbalik kepada topik kita harini untuk mengenali apa sebenarnya leukimia atau kanser darah ini, darimana punca , tanda-tanda kanser darah.

Apakah Itu Leukimia ?
Leukimia merupakan sejenis kanser darah yang berasal dari sum-sum tulang. Sum-sum tulang merupakan satu organ penghasilan darah yang terdapat didalam kesemua tulang dalam tubuh badan manusia. Sel-sel leukimia merupakan sel kanser yang luar biasa dan berupaya membiak dengan cepat serta hidup lebih lama berbanding sel-sel darah yang normal. Oleh sebab itu, sel-sel leukimia mampu menghapuskan fungsi sum-sum tulang dan menghalang penghasilan sel-sel darah yang normal.

Terdapat pelbagai jenis leukimia dan adalah penting untuk mengenalpasti jenis leukimia yang dihidapi. Ini adalah disebabkan rawatan dan peluang sembuh untuk leukimia yang berlainan adalah berbeza.

Terdapat dua jenis leukimia yang utama iaitu "Acute Leukaemia" atau "Chronic Leukaemia". Perbezaan utama kedua-dua jenis leukimia ini adalah kematangan dan kepantasan sel-sel kanser itu membiak. "Acute Leukaemia" adalah sel kanser yang kurang matang dan membiak dengan pantas berbanding "Chronic Leaukaemia" yang terdiri daripada sel kanser yang matang dan membiak dengan perlahan.

Setiap jenis leukimia ini pula dibahagikan kepada dua bentuk utama bergantung kepada sel darah asal dimana leukimia ini mula terjadi iaitu dari jenis "myeloid" atau "lymphoid". Dengan ini terdapat 4 kumpulan penyakit leukimia yang utama iaitu :

  • Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL)
  • Chronic Lymphoblastic Leukaemia (CLL)
  • Acute Myeloid Leukaemia (AML)
  • Chronic Myeloid Leukaemia (CML)
Apakah Yang Menyebabkan Terjadinya Leukimia ?
Adalah diketahui bahawa leukimia boleh terjadi apabila berlaku kerosakan yang penting dalam bahan genetik sel itu. Kebiasaannya, punca kerosakan itu tidak dapat dikenalpasti tetapi kesannya dapat dilihat dengan jelas menggunakan teknologi yang canggih.

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit leukimia,. Contohnya ;
  • Pendedahan kepada radiasi
  • Pendedahan kepada ubat "Chemotherapy" pada masa yang lampau
  • Pendedahan kepada bahan kimia tertentu contohnya benzene
  • Dilahirkan dengan penyakit genetik tertentu
Tanda-Tanda Penyakit Leukimia
Tanda-tanda penyakit leukimia berpunca dari kegagalan sum-sum tulang menghasilkan sel darah yang normal. Tanda-tanda utama adalah seperti keletihan disebabkan kekurangan darah merah, lebam-lebam atau tanda-tanda pendarahan disebabkan kekurangan sel darah platlet serta demam yang berpanjangan. Tanda-tanda lain termasuk kekurangan selera makan, kehilangan berat badan yang ketara serta kesakitan dalam tulang dan sendi.

Komplikasi
Jika tidak dirawat, pendarahan yang serius boleh berlaku seperti pendarahan dalam otak atau jangkitan yang serius seperti jangkitan kulat dan bakteria. Disamping itu, kesesakan nafas dan kesakitan dada juga boleh berlaku akibat kekurangan sel darah merah. Biasanya, penyakit "Acute Leukaemia" yang tidak dirawat akan membawa maut dalam masa yang singkat. Penyakit leukimia adalah tidak berjangkit dan tidak diwarisi.

Diagnosa
Penyakit leukimia boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan sum-sum tulang. Dalam prosedur ini, satu sampel darah sum-sum diperolehi daripada sum-sum tulang yang kebiasaannya tulang pinggul. Prosedur ini merupakan prosedur selamat dan hanya memerlukan bius setempat. Kemudia sampel dara sum-sum ini diperiksa dengan menggunakan beberapa ujian khas untuk mengenalpasti jenis sel leukimia berkenaan.

Rawatan
Pada hari ini, penyakit leukimia dapat dirawat dengan baik. Bergantung kepada jenis leukimia, rawatannya adalah berbeza. Penyakit leukimia yang akut memerlukan rawatan "chemotherapy" yang intensif dan dalam kes-kes tertentu pemindahan sum-sum tulang. Tujuan rawatan adalah untuk menghapuskan sel-sel leukimia dan membenarkan sel-sel darah yang normal pulih kembali. Dlam kes-kes yang berisiko tinggi  untuk berulang, rawatan pemindahan sum-sum tulang adalah disyorkan. Dengan rawatan moden, penyakit leukimia mampu disembuhkan.

Penyakit "Chronic Leukaemia" pula biasanya boleh dikawal dengan mengambil ubat. Contohnya penyakit " Chronic Myeloid Leukaemia" (CML) boleh dikawal dengan amat memuaskan dengan menggunakan sejenis ubat yang dinamakan "Tyrosine Kinase Inhibitor". Kini pasakit CML mampu hidup dengan normal tanpa apa-apa tanda penyakit untuk jangka masa yang amat lama.

Selain itu, anda juga boleh cuba berikhtiar dengan vivix Shaklee dan nutiferon. Sel-sel kanser yang merebak didalam badan dapat dikawal dan dirawat dengan pengambilan vivix dan nutiferon.

Bagaimana Nutriferon Boleh Membantu ?

Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon ini mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells dan makrofag. Melawan kanser dan tumor- interferon semulajadi mengandungi polasakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunogluballin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi. Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Sel-sel yang ada akan menjadi lebih sihat. Harga sekotak nutriferon Rm192.15 , 30 stick dalam 1 kotak.

Bagaimana Pula Vivix Membantu Pesakit Leukimia ?

Bahan-bahan dalam vivix seperti resveratrol bertindak membaiki seawal peringkat DNA lagi. Sebab itulah, Vivix mampu membantu pesakit kanser. Dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan perubatan lain. Dapat membantu menghadapi kesan sampingan rawatan dengan labih baik dan peluang sembuh dengan lebih baik. Dapat meningkatkan sistem imun@ ketahanan badan bagi membolehkan anda melawan kanser. Harga bagi 150ML Vivix ialah Rm503.50.

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan Nutiferon dan juga Vivix di (0148645784) Jesnah Jospeh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan