Rabu, 7 Jun 2017

7 Tips Kuruskan Badan Dalam Bulan Ramadhan

Petang semua ^_^

Dah tak lama lagi nak raya kan ? Tapi mesti semua orang sekarang tengah usaha nak diet , hihi yee la nak berkebaya di pagi hari raya kan. So, harini saya ada share la beberapa tips untuk bantu anda semua supaya tampil langsing dipagi raya.


1. Jangan Tinggal Sahur
Jangan tinggal sahur walaupun hanya sebiji kurma. Jangan sebab alasan nak diet dan kurus korang tak bersahur pula. Lagipun salah kalau tak bersahur sebab ianya tak elok untuk kesihatan.

2. Makan Makanan Rendah Kalori
Semasa bersahur pilihlah makanan yang tidak tinggi kalori, tinggi garam dan kurangkan makan berlemak. Elak lauk sahur ikan masin, telur masin, mee segera atau makanan dalam tin dan seumpamanya. Sebab makanan-makanan itu akan serap air dalam badan kita.

3. Pengambilan Nasi / Bihun / Mee
Tidak ada masalah untuk ambil nasi / bihun / mee / kuetiow semasa sahur. Asal jumlah segenggam. Namun untuk jimatkan lagi kalori, anda boleh ambil karbo kompleks yang lain, seperti roti wholemeal atau pun oat.

4. Minuman Manis
Tinggalkan segala minuman manis atau berkafien sepanjang sahur. Minumlah air kosong banyak-banyak. Untuk pengetahuan air kosong selama-lamanya memang kosong kalori^_*

5. Kuantiti Makanan Semasa Berbuka
Semasa berbuka puasa, tidak ada masalah untuk ambil makanan yang lebih banyak berbanding semasa sahur. Namun pastikan makanan itu makanan yang berkualiti.

6. Mulakan Berbuka Dengan Kurma Dan Air Manis Seteguk Sahaja

7. Supplimen Tambahan
Dalam mengamalkan diet semulajadi, memang tak sah jika disulamkan lagi dengan suplimen, supaya lemak-lemak yang sedia ada tu lebih mudah terbakar. Tapi pastikan anda semua ambil suplimen yang betul-betul selamat dan berkesan tauu~

Saya cadangkan kepada anda semua untuk baca artikel mengenai suplemen yang boleh bantu anda dapatkan berat badan yang ideal >>Set Kurus Untuk Hari Raya<<

Semoga berjaya semua^_^. Sekian tips dari saya ..








Tiada ulasan:

Catat Komen