Sabtu, 10 Jun 2017

Cara Simpan Susu Ibu (EBM) Dengan Betul

Susu ibu sememangnya adalah pemakanan awal terbaik yang paling penting untuk si bayi. Ibu-ibu disarankan agar memberi susu badan penuh sekurang-kurangnya tempoh 6 bulan pertama selepas kelahiran atau boleh diteruskan sehingga bayi berumur 1 hingga 2 tahun.

Cara menyusui bayi adalah secara terus (direct breastfeeding) atau menggunakan bantuan susu botol sebagai alternatif.

Jika si ibu tidak mempunyai kekangan masa untuk menyusui bayi secara terus, seperti suri rumah sepenuh masa, mereka tiada masalah untuk menguruskan stok susu ibu.

Bagi ibu yang berkerjaya, sudah tentu penting untuk merancang simpanan stok susu ibu supaya sentiasa cukup untuk memenuhi keperluan si kecil. Baca sini >>"Cara banyakkan susu badan dengan mudah"<<

Bagaimana mendapatkan stok susu ibu perahan ( Expressed Breastmilk - EBM ) ?
Ibu menyusu boleh menghasilkan sendiri stok susu ibu melalui teknik perahan sama ada menggunakan tangan, pam manual atau pam elektrik (breastpump).

Cara simpan susu ibu yang sesuai

Susu ibu yang telah diperah disebut dengan istilah EBM - Expressed Breastmilk

Terdapat beberapa kaedah tertentu cara penyimpanan susu ibu agar sentiasa segar. Antaranya :-

  • Simpan secara terbuka pada suhu bilik (25-37 darjah celcius) boleh bertahan selama 4 jam
  • Simpan secara terbuka pada suhu berhawa dingin (15-20 darjah celcius) boleh bertahan sehingga 8 jam
  • Simpan didalam cooler box dengan pek ais, boleh bertahan sehingga 24 jam
  • Simpan didalam peti sejuk pada suhu 2-4 darjah celcius boleh bertahan sehingga 5 hari, letak di bahagian paling dalam, paling sejuk dan asingkan dari stok daging, ikan atau bahan mentah masakan.
  • Simpan dibahagian peti sejuk (bahagian sejuk beku) boleh bertahan sehingga 2 minggu
  • Simpan didalam peti sejuk beku (freezer box) pada suhu minus 18 darjah celcius boleh bertahan sehingga 6 minggu
*Susu EBM beku yang telah dicairkan (nyahbeku) tidak boleh dibekukan semula, ia sebaiknya terus digunakan dalam tempoh 24 jam.

Tips penyediaan EBM untuk penyimpanan

1. Rancang saiz dan bekas simpanan EBM
Saiz bekas simpanan perlu mengikut keperluan dan usia si bayi. Kebiasaannya bayi minum susu dalam jumlah 2-4 OZ (60-120 ml). Boleh gunakan bekas berkapasiti 2 OZ, (60ML) sebagai permulaan. Jika tidak mencukupi baru gandakan.

2. Gunakan bekas yang disteril
Boleh gunakan pe plastik khas atau botol plastik (BPA free), elakkan guna botol kaca. Selain mahal, ia juga merbahaya jika terpecah atau retak.

3. Labelkan tarikh keluaran EBM dan guna ikut urutan
Setiap EBM diperah pada hari yang berbeza-beza. Gunakan stiker sebagai label dan catatkan tarikh bilakah susu ibbu telah diperah dan dipekkan. Ini memudahkan ibu mengetahui jika susu itu telah terlebih waktu atau lebih senang "expired date".

4. Sentiasa bersihkan peralatan mengepam
Pastikan alatan mengepam dibersihkan sebelum sesi mengepam dilakukan.

5. Sentiasa bersihkan tangan

6. Jangan panik jika EBM berubah warna atau terpisah dua
Ibu menyusu asti perasan EBM yang disimpan didalam peti sejuk kadang-kala mempunyai variasi warna kebiruan, kuning atau coklat dan menggagak sesuatu yang tidak kena dengannya.

Tahukah anda ? Warna susu ibu yang berbeza adalah disebabkan oleh makanan yang kita makan, ia adalah normal.

Jika susu EBM itu terpisah kepada dua lapisan apabila dibekukan, jangan panik. Hanya perlu sendengkan susu EBM setelah dicairkan kedepan dan kebelakang atau goyangkan secara perlahan untuk mencampurkannya semula. Jangan pula dikocak dengan kuat.

7. Cairkan atau nyahbekukan EBM secara perlahan

EBM perlu dicairkan sebelum diberikan kepada bayi supaya sesuai dengan suhu badan bayi. Caranya sama ada pindahkan EBM dari freezer ke bahagian bawah peti sejuk semalamam , letakkan dalam semamgkuk air, rendamkan dalam bekas berisi air suam dan biarkan ia dilalukan dibawah aliran air paip.

Suamkan sedikit susu EBM sebelum diberikan kepada bayi dalam botol susu yang bersih. Ia sangat baik untuk proses penghadaman dan pencernaan bayi !

Semoga info dan tips tentang cara simpan susu ibu diatas dapat membantu anda. Terima kasih !

Tiada ulasan:

Catat Komen