Isnin, 12 Jun 2017

Tip Penyimpanan Suplemen Yang Betul

Hai semua ^_*

Harini nak share la sikit bagaimana cara penyimpanan suplemen yang betul, bukan hanya cara makan suplemen sahaja kita kena tau guys~ tapi cara simpan pun harus kita tahu. Ramai yang tak tau pun pasal ne kan ? Dan anggap benda ne tak penting pun.

Ok kenapa kena tahu cara penyimpanan suplemen ne ? kenapa tak simpan je mana-mana tempat ? Semua tahu suplemen bukan ubat, ia adalah vitamin tambahan untuk badan kita, jadi apabila kita tahu bagaimana cara simpan suplemen yang betul tidak lah kualiti sesuatu suplemen tersebut menurun.

Tips Penyimpanan Suplemen Yang Betul

#1. Sentiasa baca label cara penyimpanan setiap botol
Bila kita membeli suplemen, kita haruslah membaca label di di botol suplemen. Selain daripada membaca kandungan dan cara makan kita juga harus mengetahui cara penyimpanan suplemen tersebut. Ini adalah kerana setiap suplemen ia mempunyai cara penyimpanan yang berbeza, walaupun botol dan packagingnya nampak sama, namun jika kita baca label cara penyimpananya ia memang agak berbeza.

Contoh gambar pertama, ialah botol Ostematrix shaklee yang harus disimpan dibawah suhu 30 darjah celcius, dan dielakkan daripada cahaya dan kelembapan.

Seterusnya ialah kotak Vivix Shaklee, kita memerlukan ia disimpan dalam peti ais. Maksudnya kita melancong dan membawa vivix kita tak letak vivix dalam peti ais kan ? Jadi ia akan mengurangkan potensi vivix tersebut. Sebab apa ? Sebab itu yang telah shaklee catatkan di label botol.

Jika kita melihat botol Mealshake Shaklee pula, dia tak tulis berapa darjah celcius, tetapi ia meminta kita untuk meletak di tempat yang sejuk dan kering. Jadi maksudnya, setiap daripada suplemen ini ia mempunyai cara penyimpanan yang berbeza-beza. Jadi lepas ne, harus lah belek-belek botol suplemen korang tau~

Walaupun begitu, cara penyimpanan suplemen yang terbaik ialah tempat yang gelap, dan kering. Kebanyakkan orang suka letak suplemen di dapur , betul tak ? Sebenarnya tak elok, sebab suhu didapur agak tinggi sikit, sebab kan kita masak , jadi haba dia macam panas sedikit. Jadi temat yang lebih baik adalah dibilik atau di dalam laci meja solek.

#2 Cuba kekalkan dalam botol yang sedia ada
Kenapa tak boleh tukar botol ? Terkadang ada sebab kenapa suplemen diletakkan didalam botol berwarna putih atau sebagainya tu. Saya bagi contoh paling senang adalah botol suplemen shaklee, kenapa mereka letakkan dalam botol berwarna putih, adalah sebab supaya cahaya tidak terus menembusi botol tersebut.

#3 Elakkan menyimpan di tempat yang lembap atau panas
Cara penyimpanan suplemen yang terbaik ialah tempat yang gelap, dan kering. Kebanyakkan orang suka letak suplemen di dapur , betul tak ? Sebenarnya tak elok, sebab suhu didapur agak tinggi sikit, sebab kan kita masak , jadi haba dia macam panas sedikit. Jadi tempat yang lebih baik adalah dibilik di dalam laci meja solek, alamari dan sebagainya.

Jadi, korang dah tau kan ? Cara tip simpan suplemen, semoga info yang saya kongsikan ini bermanfat untuk anda semua .. Terima kasih :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan