Jumaat, 9 Jun 2017

Resepi Kentang Putar Ala-Ala KFC

Selamat petang semua ..

Ada tak disini yang sangat suka makan kentang putar kat KFC tu ? Mesti ramai yang suka kan, sampai kekadang order 2-3 kontainer kentang putar je ^_* ..

Hah ! harini saya nak kongsikan resepi simple tapi sedap kentang putar ala-ala kfc tu, boleh lah korang cuba buat dirumah untuk berbuka nanti ..

Pertama kita sediakan kentang dahulu , baru buat sos nya kemudian.

Bahan - Bahan Kentang Putar :

  • 8 Biji Kentang
  • 1 Kotak Kecil Susu Segar
  • Sedikit Butter ( anggaran 2-3 sudu besar )
  • Secukup Rasa
  • Serbuk Lada Hitam
  • Lada Sulah
Cara-caranya : 

  1. Kentang dikupas kulitnya dan dibelah dua. Masukkan kentang kedalam periuk dan rebus dengan air secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10-15 minit dengan api yang sederhana.
  2. Bila kentang telah empuk, toskan airnya.
  3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyekkan kentang.
  4. Masukkan lada sulah, secukup rasa dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
  5. Tuang susu sedikit demi sedikit ( ikut citarasa, sebab susu ini berfungsi membuatkan mashed potato rasa berlemak dan gebu ) dan lenyek lagi sehingga rata.
Bahan-bahan Sos :

  • 1 labu bawang besar ( ditumbuk )
  • 2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 4 sudu butter
  • 2 sudu tepung jagung ( bancuh dengan air suam )
  • 2 kiub ayam knorr
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • 2 1/2 cawan air
Cara-caranya : 
  1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( apai sederhana ). Biarkan dia bertukar arna sedikit perang (warna caramel ).
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung menjadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau-kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah, secukup rasa mengikut citarasa.
  5. Kalau kuah terlalu pekat tambahkan lagi sedikit air.
  6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos kedalam blender dan blend sampai tak berketul.

Taraaa~ dah siap kentang putar kita ! Kena cuba tauu~ pasti anak-anak suka, memang sedap dan puas hati ..

Sekian perkongsian saya untuk harini >>

Tiada ulasan:

Catat Komen