Jumaat, 24 Mac 2017

Tips Hilangkan Eyebag


Bila sebut tentang eyebag, semua fikir tak cukup tidur kan ?? Bagi wanita masalah ini sangat la membimbangkan, ya la sudah ada eyebag ditambah lagi lingkaran hitam dibawah mata suda macam panda kan..hehe. Jadi harini saya ingin kongsikan tips untuk hilangkan eyebag tersebut.

Uncang Teh - Lepas bancuh teh, jangan buang uncang tu. Letakkan uncang teh itu pada mata dan biarkan selama 35-30 minit. Sementara itu boleh lah tidur dengan relax dulu=)

Timun - Untuk hilangkan eyebag, letakkan 2 potong hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Bukan hanya hilangkan eyebag, timun juga bagus untuk merawat radang pada kelopak mata.

Kentang - Kentang juga bagus untuk kurangkan eyebag. Potong nipis kentang dan letakkan pada bahagian mata. Biar 15-20 minit sebelum diangkat.


Putih Telur - Biasa putih telur ni orang buat masker jugakkan. Untuk eyebag, sapukan sedikit putih telur pada bahagian mata. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini bukan sahaja merawat eyebag, tapi akan buatkan mata anda lebih segar.

Air masak - Elakkan pengambilan air kosong 1-2 jam sebelum tidur. Pengambilan air kosong 1 hingga 2 jam sebelum tidur antara punca yang menyebabkan berlakunya eyebag.

Enfuselle ( Eye Treatment Shaklee )



Semoga perkongsian ini bermanfaat , dan anda semua bolehlah cuba buat dirumah ya~ untuk enfuselle Eye Treatment boleh hubungi saya Jesnah Joseph (0148645784) untuk membuat pembelian. Harga 1 tube 14ML ialah Rm55.65.

Khamis, 23 Mac 2017

Rawatan Batholin Cyst @ Bartholin Gland Cyst

Selamat petang dan salam sejahtera reader sekalian, harini tergerak hati mahu share tentang bartholin cyst.. Ada yang pernah dengar atau mengalami hal ini ka? Jarang rasanya yang tau benda ne kan ? Kebanyakkan orang hanya kenak CYST sahaja.

Ok, sebenarnya saya sendiri juga pertama kali dengar tentang penyakit ne. Jadi saya pun godek-godek pak google untuk mendalami lagi tentang masalah ini. Ada seorang customer saya dia tanya tentang penyakit ne dan apa cadangan produk yang boleh saya beri.


Jadi berbalik kepada topik yang saya ingin kongsikan, Batholin cyst atau Bartholin Gland cyst merupakan pembengkakan yang berlaku pada kelenjar pada bukaan faraj. Kelenjar bartholin ini berfungsi untuk menghasilkan cecair 'pelincir' semasa melakukan hubungan intim atau untuk membersihkan kawasan bibir faraj.

Apa Itu Bartholin Cyst?
Bartholin cyst ini kebiasaannya berlaku pada wanita yang berada dalam lingkungan usia 20-an. Takut kan? Muda tidak menjamin yang kita ini akan sentiasa sihat ya~ walaupun muda mesti jaga kesihatan dan pemakanan. Pembengkakan yang berlaku ini biasanya berhampiran dengan permukaan vagina. kelenjar bartholin (bartholin gland duct) berperanan dalam membekalkan mukus dan kelembapan kepada kawasan vagina.Duktus yang menyambungkan kelenjar bartholin dengan bukaan vagina wanita berukuran 1 inchi panjang dan jika ia tersumbat ia boleh menyebabkan pembengkakan pada kelenjar bartholin. Jadi,sangat penting untuk menjaga kebersihan dikawasan vagina.


Kebiasaannya bartholin cyst takkan menyebabkan orang yang menghidapinya berasa sakit dan ia juga tidak memerlukan sebarang rawatan khusus. Namun, jika berlakunya jangkitan pada kawasan yang mengalami pembengkakan tersebut, pada ketika itu si penghidap akan mengalami kesakitan yang teramat sangat kerana kelenjar yang bengkak itu berkemungkinan sudah pun bernanah.

Jika dikaji tentang punca berlakunya nanah bartholin ini, ialah disebabkan jangkitan,kecederaan,pembengkakan atau radang. Bakteria yang sering wujud di tempat jangkitan dan menyebabkan jangkitan berlaku adalah gonococci dan chlamydia. Dan apabila duktus tersumbat, mukus akan terkumpul di sekitar kelenjar.

Tanda-Tanda Bartholin Cyst
Tanda-tanda jangkitan dan pembengkakan kelenjar bartholin dapat dirasai apabila pesakit merasakan kesakitan pada bahagian vagina dan kebiasaanya penghidap bartholin cyst yang bernanah ini hanya boleh duduk diatas sebelah punggung sahaja.

Pesakit akan mengalami demam, bahagian vagina yang membengkak, kemerahan dan berasa sakit. Biasanya ramai yang tidak perasan dengan kehadiran cyst ini kecuali setelah membuat pemeriksaan dengan doktor.

Cyst yang membesar lebih daripada 1 inchi diameter akan membuatkan pesakit tidak selesa, terutamanya ketika duduk, berjalan dan ketika melakukan hubungan seksual.Ini kerana kelenjar bartholin lah yang menyediakan cecair untuk pelinciran semasa hubungan seksual, dan jika saluran ini tersumbat,maka ia akan membesar dan dipenuhi lendir. Dan itulah yang dikenali sebagai cyst. Cyst itu boleh membesar daripada saiz kacang ke saiz bola golf malah lebih besar dari itu. Itu sebab penting untuk segera mendapatkan rawatan bartholin cyst.

Punca Berlaku Bartholin Cyst

  1. Hubungan kelamin = Apabila melakukan hubungan kelamin, lebih banyak cecair yang akan dihasilkan atau keluar. Ini menyebabkan kekotoran dan perlu dibersihkan sebaiknya.
  2. Kebersihan faraj = Mungkn disaat bercukur, ada bisul timbul tanpa disedari. Jadi, pastikan faraj sentiasa dalam keadaan bersih dan kering, kerap membuang air kecil dan kerap menukar pantyliner.
  3. Faktor usia = Wanita yang sudah menopause berkemungkinan boleh mengalami masalah bartholin cyst. Ia sering berlaku pada umur 60an keatas.
Rawatan Bartholin Cyst Yang Berkesan Supaya Tidak Melarat
Rawatan pertama ialah berjumpa doktor dan berbincang mengenai tahap cyst tersebut. Jika cyst itu sudah dijangkiti, kemungkinan anda akan dinasihatkan untuk membuang cyst tersebut melalui pembedahan kecil. HARUS INGAT! Jangan biarkan cyst anda kekal lama di tempatnya, takut-takut jika dibiarkan ia boleh membawa kepada kanser sel.

Jadi sebaik anda dijangkiti bartholin cyst, anda perlu cari rawatan terbaik untuk merawati bartholin cyst ini.

Saya pakar nutrisi anda mencadangkan untuk anda mengambil pilihan supplemen kesihatan ini sebagai rawatan bartholin cyst.

1. GLA COMPLEX

Kebanyakkan masalah cyst, ramai yang mengesyorkan untuk mengambil Gla Complex, Gla Shaklee dapat membantu masalah hormon sekaligus mengecutkan cyst. Gla merupakan sejenis asid lemak omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin- Bahan berkesan berupa hormon yang membantu dalam mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara intergeriti sel.
                                                     Testimoni vivix dan Gla Complex
2. VIVIX

Kuasa antioksidan 40x ganda lebih tinggi daripada anggur biasa, megandungi asid elagik membantu mengurangkan kesan oksidatif stress dan elak kanser, lebih berkesan melawan radikal bebas, mengandungi polifenol dan resvertrol yang merupakan antioksida yang sangat kuat. Vivix sangat membantu untuk mengecutkan cyst pada masa yang sama membaiki sel yang rosak.

3.GARLIC COMPLEX

Garlic Complex adalah antibiotik semulajadi. Ia berperanan untuk membunuh bakteria dan membantu mengawal jangkitan kuman yang berlaku pada bahagian faraj.

Pilihan ditangan anda. Jom cegah, sebelum rawat! Jom rawat, sebelum melarat! Boleh hubungi saya untuk dapatkan produk dan konsultasi . Jesnah joseph (0148645784).

Ahad, 19 Mac 2017

Resepi Telur Masak Sambal

Hai selamat petang semua .. ada yang tengah pening fikir menu mahu masak untuk dinner ka? Bah sini saya share satu resepi mudah untuk kamurang .. Betul-betul mudah dimasak dan enak dimakan, cheeeeh~ macam iklan maggi pula .. haha Bah direct untuk resepi ..

Bahan-bahan;-
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 biji bawang besar *
  • 4 biji bawag merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa
Bahan-bahan yang bertanda * perlu dikisar .. Kalau tiada blender boleh guna lesung dan ketuk bahan-bahan tuu sampai hancur .

Cara-caranya :

1.Rebus telur terlebih dahulu, sehingga masak kemudian buka kulit telur.
2. Setelah itu, panaskan minyak dalam kuali agak-agak untuk menggoreng telur yang telah direbus tadi. Dan goreng telur sehingga telur kelihatan garing-garing sedikit.

3. Selepas itu, ketepikan telur yang telah digoreng tadi
4. Panaskan kuali sekali lagi, tapi kurangkan jumlah minyak dalam 4 sudu makan sahaja dan tumis bahan yang telah di kisar tadi sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tambah belacan. 
4. Masukkan gula dan garam.
5.Seterusnya, masukkan air asam jawa, jangan la letak banyak .. agak-agak jee yaa.
6. Masukkan telur yang telah digoreng tadi kedalam sambal yang tengah masak tu dan kacau sehingga sambal sekata dengan telur.


Tara~ ini lah hasilnyaa .. Simple tapi sedap tauu.. Mesti cuba ne resepi .. Hehe

Sabtu, 18 Mac 2017

7 Tips Ajar Anak Membaca Sebelum Usia 4 Tahun

Tiada umur yang boleh dikatakan terlalu awal untuk ajar anak membaca. Malah, lebih awal didedahkan dengan buku, tentulah lebih bagus kerana ia membuka seribu satu kemungkinan kepada anak-anak kecil ini.


Sebenarnya, ibu bapa adalah guru pertama anak, dan dalam mengajar membaca, ia pun tidak terkecuali. Jika betul tekniknya, anda boleh menjadikan anak anda bijak membaca seawal usia tanpa perlu dipaksa.

Berikut adalah tips yang boleh anda manfaatkan kepada anak-anak pada usia 4 tahun atau lebih awal. Cubalah!

7 Tips Ajar Anak Membaca Sebelum Usia 4 Tahun
Semasa ajar anak membaca, tanamkan prinsip ini supaya mereka lebih cepat fokus dan faham, sekaligus mengasuh kemahiran membaca.

1. Tunjukkan Gambar
-Sebelum anak mula pandai membaca dan mengenal huruf, mereka lebih dahulu akan memahami gambar. Oleh itu, tanamkan minat terhadap buku dengan memperkenalkan gambar-gambar yang menarik perhatian mereka. Kemudian, tunjukkan gambar tersebut dan sebutkan perkataan yang berkaitan. Proses ini dapat meningkatkan kosa kata mereka dan menggalakkan kemahiran membaca mereka.


2.Labelkan Barang
-Perkataan yang selalu dilihat seperti nama sendiri dan 'sign board' di jalanan adalah antara perkataan pertama yang boleh dibaca oleh anak. Mengapa? Kerana mereka berulangkali melihatnya sehingga terhafal walaupun tanpa mereka sedari. Oleh sebab itu, jangan hadkan proses membaca hanya pada buku. Sebaliknya, maksimakan apa yang berada di persekitaran anda. Melabel atau meletakkan perkataan dalam sesebuah 'natural setting' adalah salah satu usaha membantu mereka untuk membaca dengan mudah. Anda boleh melabelkan barangan anak-anak yang selalu digunakan seperti buku, atau baju pada almari. Apabila berada diluar, tunjukkan mereka perkataan yang terdapat sekeliling mereka. Tidak hairanlah kebanyakkan anak kecil belajar membaca dengan 'meneka' rupa bentuk perkataan, bukannya melalui ejaan.



3.Mengira Benda
-Mengira apa saja benda di sekeliling anda adalah aktiviti yang amat mudah dilakukan bersama-sama. Selain mendedahkan anak dengan ilmu asas kenal nombor, sebenarnya mengira benda juga membuka ruang kepada anak untuk mempelajari kosa kata. Di samping itu, ia membantu mereka mengingat turutan dan menghafalnya dengan baik.


4.Aksi Dan Suara Yang Menarik
-Jangan malu menggunakan kepelbagaian nada dan tona suara - rendah, tinggi, kelakar, menyanyi dan sebagainya. Lakukan juga macam-macam gaya supaya mereka dapat meniru serta memahaminya. Boleh juga menggunakan 'puppet' atau anak patung unuk menjadikan cerita anda lebih menarik.


5.Baca Dengan Anak Berulang Kali
-Normal bagi seorang anak kecil yang asyik meminta kita mengulang membaca buku yang sama. Elakkan daripada menunjukkan reaksi marah atau bosan kerana sebenarnya tindakan ini ada alasan saintifik yang tersendiri. Menurut sebuah jurnal, kemahiran bahasa dan kemampuan otak dapat berkembang dengan lebih mantap apabila anak-anak melakukan pengulangan terhadap bahan bacaan yang mereka minati. Bolehkah membayangkan bagaimana anda mahu mendengar lagu yang anda minati berulang kali sehingga dapat menyanyi bersama dan menghafal liriknya? Begitu jugalah yang berlaku pada si kecil anda.


6. Biar Mereka Memilih
-Jangan hadkan bahan bacaan terhadap pilihan anda sahaja. Jika mereka masih belum memilih, anda boleh mengambil 2 atau 3 buku yang baik dan menunjukkannya kepada mereka. Kemudian, beri mereka buat pilihan yang mana untuk dibaca bersama. Anda juga boleh membawa mereka ke perpustakaan seawal mungkin. Memberi pilihan kepada anak-anak sedikit sebanyak memberi mereka rasa lebih bersemangat dan 'empowered'. Proses ini turut dapat melatih mereka membat keputusan.


7.Pelbagaikan Sumber & Topik Bacaan
-Sekiranya anak-anak nampak kurang berminat atau tidak merespon terhadap bahan bacaan yang anda perkenalkan, jangan cepat berputus asa. Mungkin belum sampai tahapnya mereka memahami apa yang cuba disampaikan melalui buku tersebut. Cuba lagi selepas beberapa minggu atau bulan. Sementara itu, cuba lakukan aktiviti lain yang diminati seperti bermain. Apabila anda mengenali minat mereka, tentu lebih mudah untuk anda mencari sumber dan topik bacaan yang sesuai dengan minat mereka.

Jangan terlalu memaksa anak-anak untuk membaca. Apabila mereka rasa terpaksa, ia akan mula disetkan didalam otak mereka bbahawa belajar membaca adalah proses yang membosankan dan sukar. Dengan memupuk tabiat membaca yang seronok dan santai anda sebenarnya dapat ajar anak membaca tanpa mereka sedari.

Jumaat, 17 Mac 2017

6 Petua Tradisional Atasi Kulit Muka Berminyak

Dari jauh sudah nampak shining-shining dimuka, mana tak kalau kulit muka berminyak melampau kan ? Mesti rasa geram, bukan sahaja minyak banyak diwajah sampai boleh buat goreng telur, malah ianya juga boleh menyebabkan jerwat,whitehead dan blackhead berpesta di wajah anda.


Setiap orang mempunyai kulit yang berminyak cuma bezanya sikit @ berlebihan, minyak pada kulit adalah berfungsi sebagai pelindung kulit dari bahaya luar seperti pencemaran & juga untuk menjaga keremajaan kulit.

Antara punca kulit berminyak ini ialah :-
  • Makan makanan yang berlemak secara berlebihan.
  • Hormon tidak seimbang- perubahan hormon dalam badan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit.
  • Salah pilih produk kosmetik
  • Stress
  • Genetik
  • Ubat-ubatan
6 Petua Atasi Masalah Kulit Berminyak Secara Tradisional

  1. Epal - Parut epal sehingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan 3x seminggu.
  2. Beras - Rendam beras anggaran setengah gelas, campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemua bahan ini hendaklah diblend/kisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan tersebut setiap kali sebelum tidur.
  3. Madu - Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugor. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.
  4. Daun Sirih - Ramaskan daun sirih didalam secawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan 3x seminggu.
  5. Air Suam - Rendam sehelai tuala kecil kedalam air suam kemudian perah dan tekapkan dimuka. Setelah itu laplah sehingga bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
  6. Bedak Sejuk - Gunakan bedak sejuk pada wajah sebelum tidur. Kemudia bersihkan muka setelah 30 minit atau sebaik bangun dari tidur.
Semoga bermanfaat dan boleh dicuba guys ^_*.

Luka Episiotomi Luka Yang Harus Anda Ambil Tahu

Ramai mempersoalkan mengapa jahitan episiotomi dilakukan tanpa bius dengan erti kata lain, ibu akan merasakan seolah mereka dijahit hidup-hidup. Ada juga mempersoalkan keperluan episiotomi itu sendiri dilakukan semasa proses labour. Ada juga yang tidak pernah mendengar tentang episiotomi.

Bukan sedikit kisah kembali semula ke wad semasa dalam pantang kerana wound breakdown. Akibat menyapu minyak gamat, manjakani serta kurang menjaga kebersihan yang satu itu. Akibatnya, 2 kali merasa sakit dan ia mempengaruhi emosi si ibu sendiri kan.


Apa Itu Episiotomi ?

Episiotomi adalah satu prosedur yang dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit bagi memudahkan laluan bayi.  Guntingan akan dilakukan apabila kepala bayi telah sampai ke mulut faraj. Selepas proses kelahiran selesai, luka akan dijahit dengan benang yang akan larut / hancur sendiri dalam beberapa hari.

Absorbable suture yg digunakan di dalam jahitan luka episiotomi kebiasaannya akan hancur dalam tempoh 7-10 hari bergantung kepada individu. Tidak semua ibu-ibu memerlukan episitomi kerana ia bukan prosedur yang mesti bagi setiap kelahiran kecuali;
  1.  Kandungan sulung walaubagaimanapun, ia bukan rutin untuk semua ibu-ibu kehamilan pertama yang mahu beranak secara biasa. Penilaian diberi oleh pegawai perubatan serta bidan yang mengendalikan proses kelahiran.
  2. Kejadian yang memerlukan bayi dilahirkan segera sebelum kelahiran dibantu oleh forceps atau vacuum.
  3. Untuk kelahiran bayi sonsang.
  4. Kepala bayi berada dalam posisi abnormal. Bayi besar atau kejadian bahu sangkut - supaya internal manoeuvre dapat diakukan untuk selamatkan bayi.
  5. Bayi didalam keadaan stress/tekanan (fetal distress) - membantu ibu memudahkan kelahiran bayi.
Episiotomi akan dilakukan jika penyambut kelahiran merasakan koyakan faraj teruk akan terjadi.
Proses kelahiran terlalu lama ATAU ibu keletihan bukan indikasi episiotomi.

Jenis koyakan semasa melahirkan

First Degree Tear : satu koyakan kecil pada kulit yang lazimnya pulih sendiri dan tidak memerlukan jahitan.
Second Degree Tear : koyakan yang lebih mendalam yang melibatkan otot-otot dan kulit, - memerlukan jahitan.
Third Degree Tear ; koyakan mendalam yang melibatkan kulit dan otot-otot perineum. Koyakan itu juga melibatkan otot-otot yang mengelilingi anus - memerlukan jahitan.
Forth Degree Tear ; koyakan parah yang melebihi paras otot-otot anus anda. Koyakan mungkin sejauh bahagian usus yang terletak selepas anus, - memerlukan jahitan.

Normalnya, wanita yang pernah mengalami episiotomi cukup faham tentang 'peritnya' kawasan jahitan itu. Bagi mengelakkan luka episiotomi mengalami jangkitan/terbuka, ibu-ibu dinasihatkan untuk;-
  1. Memastikan kawasan perineum bersih kerana darah nifas serta air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka dibersihkan sama ada dengan air suam, atau dengan ubat sapu yang telah dibekalkan oleh pihak hospital. Elakkan menyapu benda lain seperti serbuk manjakani atau minyak gamat yang kita tak tahu tahap kebersihannya di kawasan perineum.
  2. Elakkan dari sembelit kerana sembelit akan memberikan tekanan di bahagian perineum semasa meneran dan ini akan menyebabkan luka terlerai sedikit atau mungkin terus. Minum banyak air dan makan banyak sayuran serta buah buahan bagi membantu pelancaran proses pembuangan najis. Mitos berkaitan minum air yamg banyak akan menyebabkan perineum ataupun peranakan berair selain makan sayur akan menyebabkan angin adalah SALAH. Minum air yang kurang juga akan menyebabkan gangguan pada penghasilan susu badan. Kekurangan air juga akan menyebabkan luka episiotomi lambat sembuh.
  3. Senaman lantai pelvic ataupun juga dikenali sebagai senaman kemutan ('Kegel Exercise) boleh dilakukan secara rutin. Ia akan membantu dalam pelancaran darah di vagina selain akan membantu dalam proses penyembuhan luka.
  4. Perhatikan tentang tanda-tanda jangkitan kuman.Segeralah ke hospital/maklumkan kepada jururawat yang melawat di rumah. Luka boleh diperiksa dengan Menggunakan cermin. Minta kerjasama suami untuk melakukan pemerhatian.
  •  Kemerahan
  •  Bengkak di luka episiotomi
  •  Sakit yang teramat di kawasan luka terutama semasa bergesel sewaktu berjalan.
  •  Pengeluaran discaj berbau
  •  Demam. 
  1. Jika kesakitan terhadap luka episitomi tidak dapat dikawal, pengambilan paracetamol serta ponstant boleh diambil (atas arahan doktor).
  2. Pakai seluar dalam dari jenis kapas yang boleh menyerap peluh bagi mengelakkan kelembapan di perineum.
  3. Tukar pad dengan kerap dan lap kering perineum setelah ke tandas bagi mengelakkan potensi infeksi.
  4. Cuci perineum DARI DEPAN KE BELAKANG (perineum ke anus) bagi mengelakkan flora pada anus menjangkiti luka episiotomi.
  5. Elakkan dari mencangkung. Seeloknya gunakan tandas duduk bagi mengelakkan regangan pada luka episiotomi.

Ada yang mengeluh, apabila baru melahirkan, disuruh berjalan pula. Letih meneran pun tak habis lagi. Belum 3- 4 jam sudah disuruh berjalan. Sebenarnya, ambulasi awal adalah penting bagi mengelakkan pengumpulan darah beku di perineum. Pengaliran darah yang sempurna membantu dalam penyembuhan luka episiotomi.


Buat suami-suami di luar sana, bawa-bawalah bersabar dari menyetubuhi isteri anda. Pastikan lukanya benar-benar sembuh. Takkan lari gunung dikejar. Berpuasa sekarang lagi bagus dari terpaksa 'berpuasa' selama-lama.

Notakaki;
Kebiasaannya, semasa jahitan episiotomi dilakukan, bius setempat akan diberikan; cuma pemberian bius yang terlalu banyak akan menyebabkan bengkak di kawasan perineum dan apabila bengkak surut, dikhuatiri akan menganggu kesan jahitan itu. Kawasan kulit di perineum mempunyai saraf yang sensitif, walaupun telah diberikan bius, sakit dan pedih tetap akan terasa. Tanggapan bahawa tiada pemberian bius semasa menjahit luka episiotomi adalah salah.
Credit : Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

8 Tanda Serius Pada Jahitan Caesarean(Pembedahan) Yang Wajib Anda Tahu

Luka Caesarean adalah luka pembedahan dan terdapat dua jenis, iaitu jenis menegak dan melintang. Biasanya, doktor akan cuba memilih secara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit Tempoh bagi luka pembedahan untuk kulit bercantum semula akan boleh sembuh dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.


Luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim itu sendiri, lapisan pada selaput emudian kulit. Hal ini menyebabkkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut ialah 6 minggu. Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin c kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan . Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudahlebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas caesarean/pembedahan:-

  1. Demam berterusan.
  2. Sakit pada tempat luka.
  3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj.
  4. Keluar nanah dari tempat luka.
  5. Tanda kemerahan pada sekitar luka.
  6. Keluar air jernih dari tempat luka.
  7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak.
  8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka.
Bagaimana mahu luka jahitan caesarean/ pembedahan cepat sembuh tanpa perlu terseksa jahitan terbuka kembali ?

Suka saya kongsikan link video seorang ibu yang lukanya terbuka dan akhirnya meminum si tonik merah. Harga sebotol Tonik merah ini ialah Rm503.50 atau anda juga boleh terus klik sini >>Beli Vivix Shaklee untuk membuat pembelian secara online.

Boleh tengok video tersebut disini >>Video pengalaman guna vivix setelah bersalin

Selain si tonik merah. anda juga boleh mendapatkan set berpantang shaklee yang terbukti sangat bagus dan berkesan.



Vitamin B-complex Dengan Asid Folik
  • Vitamin b-complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan.
  • Mengelakkan stress dan meroyan dikalangan ibu berpantang.
  • Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah.
  • Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan didalam badan.
  • Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah.
  • Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit-stretch mark.
Vitalea ( Multivitamin)
  • Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang.
  • Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan.
  • Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral.
  • Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan untuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.
Vitamin C
  • Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuh luka.
  • Membaik pulih sel dan tisu yang rosak.
  • Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya.
  • Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit.
  • Mengandungi Bioflavanoid yang berfungsi mencantikkan dan pencerahan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch mark dan parut.
  • Sebiji vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.
Esp- Susu Soya Protein
  • Esp baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu berpantang dan ibu menyusu digalakkan mengambil Esp.
  • Pengambilanya sangat membnatu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman.
  • Mencantikkan kulit.
  • Memejalkan otot.
  • Membantu dalam penurunan berat badan.
  • Membantu menambah penghasilan susu ibu.
  • Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.
Ostematrix ( kalsium )
  • Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia dan kurang selesa untk meneran terutamanya ketika ingin membuang air kecil mahupun besar.
  • Pengambilan ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama dikalangan ibu berpantang.
  • Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi.
  • Membantu penghasilan susu yang banyak.
Alfafa
  • Alfafa shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan.
  • Kaya dengan serat,protein,amino asi,klorofil,15 zat galian,10 vitamin,8 enzim dan fitokimia.Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan.
  • Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan susu ibu.
Kesimpulannya, Set berpantang shaklee dapat memenuhi keperluan para ibu yang berpantang bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum selepas bersalin. Harga Set Berpantang shaklee ini adalah Rm565.51 dan postage Rm10 untuk seluruh Malaysia. Anda juga boleh terus order sini  >>Set Berpantang Shaklee dan pihak Gdex atau Citylink akan terus hantar kerumah anda.

Boleh Hubungi saya juga di 0148645784 ( Jesnah Joseph ).