Ahad, 19 Mac 2017

Resepi Telur Masak Sambal

Hai selamat petang semua .. ada yang tengah pening fikir menu mahu masak untuk dinner ka? Bah sini saya share satu resepi mudah untuk kamurang .. Betul-betul mudah dimasak dan enak dimakan, cheeeeh~ macam iklan maggi pula .. haha Bah direct untuk resepi ..

Bahan-bahan;-
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 biji bawang besar *
  • 4 biji bawag merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa
Bahan-bahan yang bertanda * perlu dikisar .. Kalau tiada blender boleh guna lesung dan ketuk bahan-bahan tuu sampai hancur .

Cara-caranya :

1.Rebus telur terlebih dahulu, sehingga masak kemudian buka kulit telur.
2. Setelah itu, panaskan minyak dalam kuali agak-agak untuk menggoreng telur yang telah direbus tadi. Dan goreng telur sehingga telur kelihatan garing-garing sedikit.

3. Selepas itu, ketepikan telur yang telah digoreng tadi
4. Panaskan kuali sekali lagi, tapi kurangkan jumlah minyak dalam 4 sudu makan sahaja dan tumis bahan yang telah di kisar tadi sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tambah belacan. 
4. Masukkan gula dan garam.
5.Seterusnya, masukkan air asam jawa, jangan la letak banyak .. agak-agak jee yaa.
6. Masukkan telur yang telah digoreng tadi kedalam sambal yang tengah masak tu dan kacau sehingga sambal sekata dengan telur.


Tara~ ini lah hasilnyaa .. Simple tapi sedap tauu.. Mesti cuba ne resepi .. Hehe

Tiada ulasan:

Catat Komen