Setiap orang mempunyai kulit yang berminyak cuma bezanya sikit @ berlebihan, minyak pada kulit adalah berfungsi sebagai pelindung kulit dari bahaya luar seperti pencemaran & juga untuk menjaga keremajaan kulit.
Antara punca kulit berminyak ini ialah :-
- Makan makanan yang berlemak secara berlebihan.
- Hormon tidak seimbang- perubahan hormon dalam badan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit.
- Salah pilih produk kosmetik
- Stress
- Genetik
- Ubat-ubatan
6 Petua Atasi Masalah Kulit Berminyak Secara Tradisional
- Epal - Parut epal sehingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan 3x seminggu.
- Beras - Rendam beras anggaran setengah gelas, campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemua bahan ini hendaklah diblend/kisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan tersebut setiap kali sebelum tidur.
- Madu - Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugor. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.
- Daun Sirih - Ramaskan daun sirih didalam secawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan 3x seminggu.
- Air Suam - Rendam sehelai tuala kecil kedalam air suam kemudian perah dan tekapkan dimuka. Setelah itu laplah sehingga bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
- Bedak Sejuk - Gunakan bedak sejuk pada wajah sebelum tidur. Kemudia bersihkan muka setelah 30 minit atau sebaik bangun dari tidur.
Semoga bermanfaat dan boleh dicuba guys ^_*.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan