Isnin, 5 Jun 2017

`10 Tips Bersihkan Wajah Anda Secara Betul


1. Jangan skip mencuci muka pagi dan malam.
Berdasarkan kajian, seorang wanita yang tidak mencuci muka yang bermakeup selama satu bulan, akan mengakibatkan wajah kelihatan sepuluh tahun lebih tua dari usia sebenar.

2. Cucilah tangan sebelum mencuci muka.

Tangan kita mempunyai sekurang-kurang 150 jenis bakteria. Namun tidak semua bakteria tersebut berbahaya.

3. Basahi muka dengan air.

Membasahi muka dengan air terlebih dahulu, kemudia larutkan sabun sabun pembersih muka dengan air sehingga berbuih akan membuat produk tersebut lebih menyerap kedalam kulit muka.

4. Gunakan air sejuk dan panas (Bukan air suam).

Saat kulit muka kita terasa panas, pori-pori lebih terbuka dan mudah menyerap nutrisi dari skincare yang kita guna.

5. Pilih pencuci muka yang ringan.

Pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka kita akan terasa selesa di wajah, bukan pula membuatkan kulit muka kita semakin kering.

6. Ambil masa 1 minit untuk membersihkan muka.

Jika anda mencuci muka kurang daripada satu minit, produk itu tidak akan meresap kedalam wajah anda dengan baik.

7. Bersihkan kawasan kening, dekat rambut tumbuh, leher dan batang hidung dengan baik.

8. Bilas muka sehingga bersih.

Jika kita tidak membilas muka dengan bersih, sabun akan mongering dan menutupi pori-pori yang biasanya akan mengakibatkan timbulnya jerawat, jeragat dan wajah akan Nampak kusam.

9. Gunakan sapu tangan muka yang lembut.

Jangan gosok-gosok muka kita dengan tangan dalam keadaan kering. Kalau hendak keringkan muka, boleh tekan-tekan sahaja sapu tangan di wajah anda. Sapu tangan yang lembab boleh membuatkan bakteria muncul, anda seharusnya menggantung sapu tangan dan biarkan ia mongering. Sebaiknya, cucilah sapu tangan seminggu sekali dengan air panas.

10. Gunakan pelembap.

Setelah mencuci muka, pelembab yang dihasilkan oleh tubuh kita akan menghilang dan harus segera diganti. Pakai pelembab yang sesuai dengan kulit wajah anda.


Sekian tips dari saya^_* , semoga bergunaJ

1 ulasan: