Jumaat, 21 April 2017

7 Tips Elakkan Gout

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NH (National Institute Of Health In AMERICA), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta  penduduk di Amerika dan kerap  dihadapi oleh lelaki berusia antara 40-50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak dan remaja.

Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik didalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk  'kristal asid urik' pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang rosak, semakin sukar untuk buah pinggang mengeluarkan asid urik dari dalam tubuh.

7 Tips Elakkan Gout


  • Kurangkan berat badan = Sekiranya anda overweight, kurangkan ia secara berperingkat. Penurunan berat badan oleh mengurangkan asid urik.
  • Kurangkan makan makanan yang tinggi purine = Purine adalah komponen yang menyumbang kepada terjadinya gout. Mengawal pengambilan makanan yang tinggi purine seperti organ hati dan jantung, daging, ikan bilis, sardin, kerang-kerangan. Ini boleh mengurangkan potensi untuk mendapat gout.
  • Minum lebih banyak air kosong = Dianggarkan 90% kes gout adalah disebabkan oleh ketidakmampuan buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik dalam badan sepenuhnya melalui urin. Pengambilan air dipercayai boleh meningkatkan kadar penyingkiran bahan-bahan yang tidak bermanfaat dan berlebihan seperti asid urik dari badan.
  • Ambil makanan yang kaya dengan kalsium dan tinggi antioksidan = Makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti sayuran dan buah-buahan seperti pisang, kentang, susu dan yogurt. Makan juga makanan yang kaya dengan vitamin C khususnya sitrus dan strawberi.
  • Elakkan minum minuman beralkohol dan soft drink = Alkohol bboleh menyumbang kepada peningkatan asid utik, manakala soft drink boleh menghalang penyerapan kalsium.
  • Hadkan pengambilan makanan bergoreng = Lemak dan minyak bertukar menjadi tengik pada suhu yang tinggi seperti menggoreng. Tambahan pula sekiranya ia digunakan menggoreng berkali-kali. Lemak tengik akan menghancurkan vitamin E dengan cepat dan meningkatkan asid urik dalam darah.
  • Berbekam = Berbekam boleh membantu menurunkan kadar asid urik dalam darah.
Semoga bermanfaat:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan