Ok, Tengok bawah ne saya share resepi ya guys! Semoga membantu..
Bahan-Bahan :
- 2 cawan beras pulut
- 4 1/2 cawan santan pekat (Kalau guna santan fresh dari kepala lagi sedap)
- 2 sudu teh garam
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung @ kastard
- 3 helai daun pandan (Kisar, dan ambil airnya 1/2 cawan)
- 3-4 titik pewarma hijau
- 1 biji telur
Kuih seri muka mempunyai dua lapisan, jadi pertama kita buat lapisan bawah.
Bahan Lapisan Bawah :
- 2 cawan beras pulut
- 2 1/2 cawan santan pekat
- 1 sudu teh garam
Cara Memasak :
- Rendam dulu beras pulut selama 1-3 jam. Mahu rendam semalaman pun boleh, supaya pulut lebih lembut nanti.
- Setelah pulut direndam, letakkan dalam loyang untuk dikukus.
- Sebelum beras pulut dikukus, masukkan santan dan garam, gaul sebati bersama dengan beras pulut.
- Setelah itu, kukus 45minit-1 jam.
- Bila buka pengukus, nampak air santan dah kering, tekan-tekan beras pulut agar lebh kemas nanti.
- Setelah selesai, ketepikan seketika.
Bahan-bahan Bahagian atas :
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- 2 cawan santan pekat
- 1 sudu teh garam
- 1 biji telur
- 2 sudu besar tepung jagung @ kastard
- 3-4 titik pewarna hijau
Cara Buat :
- Campurkan semua bahan diatas. Gaul menggunakan whisk atau sudu pun boleh.
- Gaul sehingga semua sebati.
- Selepas itu, tapiskan dengan penapis. ( Bagi membuang tepung yang berketul-ketul)
- Setelah siap ditapis, masukkan kedalam loyang yang ada beras pulut tadi secara perlahan-lahan.
- Dan kukus sekali lagi selama 30 minit-40 minit.
- Apabila bahagian atas kuih agak keras sudah dan tidak cair, bolehlah matikan gas.
- Kalau atas kuih seperti agak berair disebabkan terkena wap dari penutup periuk, ambil sehelai tisu dan letak atas kuih seketika.
- Setelah itu, biarkan kuih sejuk seketika, baru potong dan boleh lah dihidang ^_^
- Jangan potong waktu panas, kerana akan hancur. hehe
Ok, dah siap bolehlah kopi-kopi:) Selamat mencuba semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan