Ahad, 16 April 2017

Atasi Bibir Yang Kering Dengan Melakukan 5 Tips Ini!

Bibir menentukan penampilan anda. Bibir yang indah membuatkan anda kelihatan lebih cantik dan menarik. Itulah kebanyakkan wanita tidak suka bibirnya kering kerana akan membuat bibir kelihatan seperti retak dan terkupas.

Bibir yang kering ini, biasanya disebabkan oleh kekurangan vitamin, alergik,perubahan cuaca atau akibat selalu menjilat bibir menggunakan lidah.

Dibawah ini saya sertakan tips bagaimana untuk mengatasi masalah bibir kering.

1. Timun
Timun mengandungi banyak air, dan ia dapat memberikan kesegaran kepada seseorang apabila digunakan sebagai pelempab dimuka, begitu juga dengan dibibir.

**Caranya: Ambil sehiris timun,gosol lembut keseluruh permukaan bibir dan biarkan selama 15 minit lalu bilas dengan air. Amalkan beberapa kali sehari untuk dapat hasil yang terbaik.

2. Lidah Buaya
Lidah buaya mengandungi higroskopis yang dapat melembapkan bibir kering, ia juga bersifat anti-inflamasi yang membantu menyembuhkan rasa sakit.

**Caranya: Ambil bahagian dalam lidah buaya@gel lidah buaya, oleskan diseluruh permukaan bibir, biarkan sehingga kering. Lalu bersihkan menggunakan air bersih. Amalkan setiap hari sehingga dapat hasil yang memuaskan.

3. Lemon
Lemon dapat membantu mengatasi bibir kering dengan menjadikan bibir lebih lembut dan lembab.

**Caranya: Campurkan 1 sudu susu dan beberapa titis lemon, simpan seketika dalam pei sejuk. Setelah itu. goleskan diseluruh bibir anda. Amalkan setiap hari.

4. Gula 
Gula akan membantu pengelupasan sel-sel kulit mati dan melembabkan bibir.

**Caranya: Campurkan gula dengan beberapa titis minyak kelapa, letak dibibir, gosok dengan lembut dan biarkan selama 10 minit. Setelah itu,bilas menggunakan air suam.

5. Teh
Teh akan membantu melembapkan bibir.

**Caranya: Selepas bancuh teh, jangan buang uncang teh tersebut. Tetapi, buka uncang tersebut dan ambil serbuk teh lalu letakkan dibibir, biarkan selama 5 minit. Lakukan setiap hari hingga dapat keputusan yang memuaskan.

Selain menggunakan 5 cara diatas, anda juga harus elakkan dari melakukan hal ini :-

  • Hindari kebiasaan membasahi bibir dengan lidah @ menjilat bibir. Kerana air liur cepat mengering membuat bibir lebih kering dari sebelumnya.
  • Minum cukup air untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Jangan kupas bibir yang kering. Gunakan kapas yang telah dibasahi sedikit dengan air suam dan sapu pada bibir untuk hilangkan sel-sel kulit mati tersebut.
Okey, sekian tips dari saya, boleh la anda cuba dirumah ya:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan