Jumaat, 14 April 2017

Sinopsis Cerita Fast & Furiuos 8 Versi Bahasa Melayu

Selamat petang semua, baru kelmarin kan keluar movie terbaru Fast & Furious 8 yang ditunggu-tunggu selama ne, So saya pun tidak ketinggalan untuk melihat movie tersebut. Hehe Jadi petang ne saya kongsikan sinopsis Fast & Furious 8 bagi anda yang belum sempat pergi tengok lagi~


Watak Yang terlibat :

  • Dominic Torreto (Vin Diesel)
  • Letty Ortiz (Michelle Rodriguez)
  • Luke Hobbs (Dwayne Johnson)
  • Roman Pearce (Tyrese Gibson)
  • Tej Parker (Ludacris)
  • Cipher (Charize Theron)
  • Elena Neves (Elsa Pataky)
  • Ramsey (Nathalie Emmanuel)
  • Tego Leo (Tego Calderon)
  • Rico Santos (Don Omar)
Sinopsis :

Dalam cerita ini, Dominic dan Letty tengah berbulan madu di Cuba, namun kehadiran seorang wanita yang licik dan pakar penggodam. Dia ialah Chiper. Chiper ingin Dominic bekerja dengannya untuk menakluki dunia. Chiper juga adalah seorang yang mencipta God Eye dalam Fast & Furious 7.

Pada awalnya, Dominic tidak bersetuju dengan Chiper, namun akhirnya dia terpaksa akur apabila Chiper menunjukkan sebuah video yang membuatkan Dominic Tidak mampu untuk menolak pelawaan Chiper untuk mengikuti perintahnya untuk menjalankan sebuah misi terlarang.

Luke Hobs mendapat kerja untuk mengambil senjata EMP yang dicuri. Pada waktu dia diberi kerja tersebut, dia diminta untuk mencari pasukan. Luke Hobs lalu menghubungi Dominic untuk mendapatkan bantuan. Ketika misi mengambil EMP berjaya, Dominic terpaksa mengkhianati Luke Hobs dan kawan-kawannya. Ia menyerah senjata EMP tersebut kepada Chiper.

Luke Hobs telah menjadi mangsa pengkhianatan Dom dan dipenjara di Jerman Berlin.Tetapi ata bantuan Mr Nobody dia bebas. Luke Hobs bekerjasama dengan Mr Nobody untuk mencari Dom dan Chiper. Mereka menubuhkan pasukan untuk menangkap Dom. Shaw juga terlibat dalam kumpulan mereka.

Dominic menjadi jahat kerana Elena dan anak lelakinya dalam tahanan Chiper. Jika dominic enggan mendengar kata-kata Chiper ia akan membunuh Elena dan anaknya. Jika korang ingat Elena ni ialah wanita polis yang bersama Dominic ketika Letty hilang dulu. Masa Dominic jumpa Letty, Elena sudah mengandung anak Dominic. Elena baru hendak mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada Dominic tapi Letty dah balik dan waktu itu jugalah Chiper menculik mereka.

Dominic tidak mampu melawan Chiper, kerana setiap gerak-geri beliau diawasi sepenuhnya dengan Chiper. Waktu dia berjumpa dengan Elena dan anaknya dalam kapal Halimunan Chiper, dia sangat sedih kerana tidak mampu memegang anaknya sendiri. Dan ketika itu Dominic telah membuka rantai Salibnya untuk diletakkan didepan cermin kebal bilik Elena dan anaknya.

Tugas Dominic tidak habis disitu. Dia diarahkan oleh Chiper untuk mencuri Bom nuklear yang berada di New york. Ketika di New York , Dom telah menggunakan muslihat ats bantuan kawan-kawannya untuk berjumpa dengan Puan Lan iaitu ibu Shaw dan memberikan sebuah jam tangan untuk mengesan Chiper.

Setelah itu, Dom berpura-pura menembak Shaw. Sebenarnya, Shaw tidak mati, Dom hanya ingin Shaw pergi menyelematkan anaknya. Selepas Dom mencuri bom nuklear, Elena mati dibunuh oleh orang suruhan Chiper kerana Dom tidak membuat kerja dengan betul.

Seterusnya, Chiper mempunyai tugas terakhir untuk Dom sebelum dia mnyerahkan anak Dom. Dia ingin Dom mencuri Kapal Selam Rusia. Pada waktu misi Dom berjalan untuk mencuri kapal tersebut, Luke Hobs dan kawan-kawannya telah bersedia untuk menangkap Dom. Dom berjaya menjalankan misi tersebut, namun Luke Hobs dan kawan-kawannya tidak membiarkan Chiper dan Dom mencuri kapal tersebut dengan mudah.

Shaw dan adiknya telah pergi ke kapal halimunan Chiper untuk menyelamatkan anak Dom. Setelah anak Dom selamat, Dom telah mengkhianati Chiper. Dan dia berjaya menyekat kapal Selam tersebut untuk menjadi milik Chiper.

Dan akhirnya, Dom kembali kepada rakan-rakannya. Oh ya, rantai Salib yang dom letak atas kapal itu sebenarnya ada GPS untuk mengesan Chiper & the gang. Brian dan Mia pula telah bersara ..Itulah mereka tiada dalam Movir FF8 ne.

Itu sahaja, tapi saya cadangkan anda harus pergi menonton movie ini, kerana sangat seronok :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan