Buah avacado berasal dari Negara Amerika Tengah dan Mexico. Terdapat pelbagai zat didalam buah ini. Buah avacado sering digunakan untuk membuat jus, kek, kuih-muih dan macam-macam lagi, rasanya yang enak dan lemak-lemak membuatkan buah ini ramai penggemarnya.
Cara memeram buah avacado ada banyak cara seperti menyimpan buah avacado dalam beras, tetapi terkadang avacado tidak masak dengan sempurna, ada sebahagian yang masih mentah. Jadi boleh cuba cara saya peram avacado ini.
1) Sediakan avacado yang ingin diperam.
2) Kupas bahagian tangkai avacado seperti dalam gambar.
3) Selepas itu, tutup bahagian atas avacado yang dikupas menggunakan tisu, lalu selotepkan tisu tersebut.
4) Kemudian, simpan avacado ditempat yang gelap, boleh juga didalam tempat beras atau dibawah singki.
5) Biarkan selama 4-7 hari, lalu lihat hasilnya :)
Selamat mencuba guys!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan